Pengedar Shaklee Kuala Lipis – Assalamualaikum semua. Sekiranya anda mencari pengedar Shaklee di kawasan Bandar Baru Lipis, Sungai Koyan dan Benta, jangan segan-segan untuk menghubungi saya Afiqah Shahar di talian berikut +6013-4449792.
InshaAllah saya akan berkomitmen untuk memastikan produk Shaklee yang anda suka itu selamat sampai ke tangan anda bersama dengan konsultasi terbaik. Saya juga tiada masalah untuk berurusan cash-on-delivery (COD) mengikut kesesuaian masa yang dipersetujui bersama.
Nak Tahu Bagaimana Saya Boleh Jatuh Cinta Dengan Shaklee?
Nama penuh saya ialah Nur Afiqah binti Ahmad Shahar. Saya seorang jurutera di sektor swasta dan sudah berumahtangga dan saya berasal dari Kuala Lipis, Pahang. Saya merupakan pengedar Shaklee yang berdaftar dengan nombor ID 1262040 semenjak bulan April 2017.
Saya jatuh cinta dengan Shaklee apabila saya diperkenalkan oleh kawan saya kepada produk ini tentang keberkesanan dan kualiti produk ini. Kebetulan pula ketika itu saya memang mengalami masalah kesihatan. Saya bukanlah orang yang mudah untuk percaya kepada supplemen. Lebih-lebih lagi kerana terdapat lambakan produk picisan yang tiada kelulusan KKM di pasaran. Setelah kajian terperinci dibuat, produk Shaklee ternyata selamat, semulajadi dan berkesan. Produk pertama yang saya ambil ialah Alfalfa complex. Saya mengalami masalah sembelit dan perut sentiasa berangin.
Alhamdulillah, penggunaan yang konsisten telah beri kesan positif kepada masalah saya. Semenjak hari itu, saya terus konsisten mengambil produk Shaklee, dan ia sangat membantu meningkatkan kualiti kesihatan saya. Kerana itu, saya bukan sahaja pengguna tegar malah ingin berkongsi juga tentang kebaikan produk Shaklee ini dengan orang lain.
Jika anda berada di kawasan sekitar Kuala Lipis, Benta dan Sungai Koyan dan anda berminat untuk membeli produk Shaklee, boleh hubungi nombor yang tertera. Jika anda juga berminat untuk menjadi pengedar Shaklee dengan peluang menjana income part time dan full time, saya sedia untuk bertemu mata dengan anda untuk menjelaskan betapa besarnya potensi bisnes bersama Shaklee.