Apa itu Psoriasis?
Psoriasis kelihatan seperti penyakit kulit tetapi ia sebenarnya adalah penyakit kronik gangguan autoimun yang dialami oleh kira-kira satu hingga tiga peratus daripada penduduk secara umumnya di Malaysia. Ia juga boleh dialami oleh semua orang tidak kira dewasa atau kanak-kanak.Penyakit ini dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar abnormal yang luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit.
Sel kulit tambahan kemudian akan membentuk sisik berwarna perak yang tebal dalam tompokan merah yang gatal, kering dan menyakitkan. Lebih malang apabila dianggarkan sehingga 30 peratus penghidap psoriasis mengalami artritis psoriatik di mana pesakit mengalami kesakitan, kekakuan dan bengkak pada sendi. Nisbah kecenderungan boleh diserang penyakit berkenaan bagi kedua-dua lelaki dan perempuan adalah sama.
Penghidap artritis psoriatik bukan saja dibelenggu masalah bengkak dan sakit tetapi juga mengalami beban emosi seperti tekanan dan kebimbangan yang mempengaruhi tahap fungsi seseorang dalam aktiviti harian dan juga kualiti kehidupan mereka.
Biasanya pesakit akan mengalami gatal yang teruk dan kulit cedera akibat digaru. Ada ketikanya pesakit perlu mengikis kulit mati di badan dan berendam dalam air suam untuk melegakan kegatalan dan sakit pada kulit.
Akhirnya psoriasis dan artritis psoriatik memberikan kesan yang ketara terhadap kesihatan fizikal dan emosi pesakit. Ini bukan saja menjejaskan kualiti kehidupan tetapi juga menjejaskan keyakinan penghidap.
Punca Psirosis
Banyak kajian mengatakan punca kepada penyakit ini adalah genetik. Bermakna jika kita mempunyai penyakit ini, anak atau susur galur kita kemungkinan besar akan dapat jugak penyakit ini. Cuma yang membezakan teruk atau tidak sahaja.
Selain itu, ia juga berpunca daripada
- infeksi
- alah kepada beberapa jenis ubatan kimia
- mengalami tekanan
- cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
- perokok atau peminum arak tegar
Namun, pesakit psoriasis sangat bernasib baik kerana penyakit ini tidak menjejaskan hubungan intim antara suami isteri. Begitu juga untuk ibu hamil, anak di dalam kandungan tidak akan mendapat apa-apa kesan hanya kerana ibunya mengidap psoriasis.
Komplikasi Psirosis
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah sendi hujung pada jari tangan atau kaki bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki.
Rawatan Psirosis Dengan VIVIX
Vivix merupakan minuman botanikal yang sangat tinggi kandungan antioksidanya. Ia membantu untuk memulihkan beberapa penyakit kritikal di peringkat sel. Apabila sel sihat, in shaa Allah badan pun akan sihat.
Begitulah cara vivix bertindakbalas. Segala sel yang rosak akan disingkirkan dan digantikan dengan sel-sel baru. Sebab itulah pengidap sakit kulit seperti psoriasis sangat digalakkan mengambil vivix sebagai usaha untuk membantu mengawal penyakit ini.
Jom kita tengok testimoni yang ada.
Dapatkan VIVIX Sekarang!
Hubungi saya Intan, whatapps www.wasap.my/60135241628
atau
buat pembelian di sini: