Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak

Posted on May 10, 2020May 10, 2020 by admin
gaharu tea valley gopeng

Baru ini, Intan dan keluarga membuat lawatan sambil belajar ke HOGA Gaharu Tea Valley yang terletak di Gopeng, Perak. Memang sangat memeranjatkan sebenarnya, sebab ada tempat yang cantik dengan seni bina ala-ala British, dan pemandangan ala-ala Cameron Highlands di Gopeng Perak. Korang memang wajib melawat Gaharu Tea Valley ni tau jika berkunjung ke Perak. Ia menjadi salah satu tempat menarik untuk dilawati jika berkunjung ke Ipoh Perak.

sampai-sampai terus bergambar
opah bergambar dengan cucu-cucu

Kami sampai di sini, awal pagi dan cuaca agak sejuk. Sampai-sampai Kami masuk Show Room penjualan produk berasaskan teh Gaharu, sambil test minum air dari teh Gaharu ni. Kebetulan di tempat yang sama, kami terserempak dengan YB Zuraida. Apalagi, request ambil gambar la 😬😜

pantang dapat tester ;p
Tiket masuk ke HOGA Gaharu Tea Valley ini adalah PERCUMA. Cuma, korang kena bayar tiket van untuk lawatan ke ladang teh Gaharu dan korang juga akan dibawa ke 3 station utama dengan van ni lah. Harga tiket van ini ialah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Bayangkan, kami spend masa hampir 2 jam setengah dalam kawasan Gaharu Tea Valley ni. Memang best sangat!
Inilah vannya

Dengan van ini, kami dibawa naik bukit-bukau sambil tengok ladang Gaharu.

Pemandangan dari dalam van
Intan nak share, 3 station yang kami dibawa oleh driver van. Setiap station ada tarikan tersendiri tau!

1. Station Pertama.

Di sini, korang boleh tengok view ladang Gaharu di tempat yang tinggi. Memang cantik, dan nyaman sangat suasana di station pertama ni. Juga, terdapat cafe kecil yang menjual roti dan air berasaskan Gaharu. Meja-meja di cafe ni pun dibuat daripada kayu gaharu.
Di tingkat 2 station pertama ini, ada lukisan mural untuk anda ambil gambar.
Roti berasaskan kayu gaharu. Sedap tak ekk?
Belajar sejarah sikit
Mural yang terdapat di station pertama
Mural yang terletak di stesen pertama

2. Station Kedua

Dah siap makan-makan, silalah naik van balik, anda akan dibawa ke station kedua. Di station kedua, anda akan disambut dengan ikan talapia merah besar-besar sebesar lengan. Bolehlah bagi ikan tilapia tuu makan. Sila beli makanan ikan dari driver van. RM3 per paket.
Bagi makan ikan talapia besar-besar tau
Dah puas bagi makan ikan, kami menelusuri laluan berjalan kaki kira-kira 100m. Sepanjang laluan ini, korang boleh tengok pokok-pokok gaharu yang telah dilukis lukisan haiwan, dan quote-quote yang digantung pada pokok.
Di hujung jalan, anda boleh melihat, kura-kura giant dalam kolam yang disediakan. Di area sini, banyak patung-patung yang menarik perhatian kanak-kanak untuk bergambar terutamanya.

Dah habis lawatan, sila tunggu can untuk ke station berikutnya yang lagi best!

3. Station Ketiga

Ha! Inilah station ketiga! Kata orang, ini tempat pasangan kekasih. Decoration station ketiga ni memang cantik dan banyak lagi spot2 menarik. Di station ketiga ini, anda hanya perlu berjalan kaki menelusuri tangga-tangga besi dan akhirnya sampai semula ke tempat parking kereta. Intan agak adalah dalam 1-1.5 km untuk berjalan kaki sambil menikmati spot2 menarik di station ini.

 Siapa yang tak.mahu berjalan kaki, boleh lah tunggu semula van untuk balik ke tempat parking & show room.
Orang panggil pokok ini sebagai pokok cinta.
Banyaknya ikan,,,
Mural biji timah
Akhirnya, lepas selusuri jalan berbesi, sampailah kami di tempat mula-mula kami sampai tadi. Jadi, kami spend masa minum pagi sambil menikmati aiskrim perisa teh Gaharu.

Amacam? Best takk? Memang best datang ke Gaharu Tea Valley ni. Korang yang berkunjung ke Ipoh, jangan lupa singgah kat sini ya. Tapi, bukan boleh singgah je, memang korang boleh spend hampir 2 jam+ di HOGA Gaharu Tea Valley ni. Selamat bercuti!

2 thoughts on “Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak”

  1. Mas FVOME says:
    May 15, 2020 at 1:50 pm

    seronoknya kak intan.! best jalan2..apakan daya skrg covid19

    Reply
  2. Zarini says:
    May 20, 2020 at 10:07 pm

    Sejuk tak tempat ni wak? Tengah membayangkan suasana macam dekat ladang teh Cameron Highlands..tapi tak boleh imagine lagi kat kawasan mana dalam perak tempat ladang teh ni..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« May    
©2023 | Design by Superb