Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

5 Persediaan Sebelum Hamil Untuk Lahirkan Bayi Sihat dan Pintar

Posted on April 25, 2017 by admin

Persediaan Sebelum Hamil-Mempunyai anak adalah komitmen seumur hidup pada ibu bapa untuk menyayangi, mendidik, mengasihi, meberi perlindungan, pelajaran dan perhatian yang secukupnya. Perlu untuk kita mempertimbangkan keputusan sebai-baiknya sembelum mempunyai anak kerana keputusan ini akan mengubah kehidupan kita untuk selamanya.

Jika kita sudah membuat keputusan untuk mempunyai anak, mungkin diet kita selama ini perlu diberi perhatian. Pastinya dengan melakukan sedikit perubahan pada gaya hidup sekarang, ia memberi permulaan terbaik untuk bakal bayi kita, Jom kita teliti beberapa persediaan sebelum hamil untuk lahirkan bayi yang sihat dan pintar.

5 Persediaan Sebelum Hamil

1. Keperluan Makanan Berkhasiat

Sebaik sahaja anda merancang untuk hamil, anda sangat memerlukan makanan yang berkhasiat. Lupakan sebentar tentang fad diet (diet yang mengurangkan berat badan dengan pantas) dan belajarlah untuk makan makanan sebenar. Maksudnya, makan makanan yang mengandungi diet seimbang, tiga kali sehari, merangkumi 5 bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran.

3 nutrisi paling penting untuk kesihatan ibu mengandung ialah kalsium, zat besi dan asid folik. Pastikan kita mendapat nutrisi ini secara langsung daripada susu, buah-buahan sitrus, jus buah-buahan, sayuran berwarna hijau, kekacang, bijian penuh, roti dan emping jagung.

Pengambilan kafein juga harus dikurangkan bagi wanita kerana ia dapat menjejaskan kesuburan wanita. Sebaliknya, bakal bapa pula digalakkan menambah pengambilan kafein kerana ia dapat membantu menaikkan tahap kesuburan mereka dengan cara mengaktifkan pergerakan sperma.

2. Supplemen Antenatal

Tiada pemakanan yang setanding dengan diet seimbang dan berkhasiat tetapi mengambil supplemen antenatal memastikan kita mendapat bekalan asid folik, iaitu vitamin B yang mampu mengelakkan kecacatan tiub neural ketika dalam proses pembentukan bayi, 
Asid folik telah terbukti dapat mengurangkan risiko bayi terkena kecacatan saraf tulang belakang (neural tube defect) seperti spina bifida dan mengurangkan risiko serangan jantung, stroke, kanser dan diabetis. Setiap wanita di peringkat umur layak hamil sepatutnya perlu mendapatkan 0.4mg asid folik setiap hari. 
pessediaan sebelum hamil
Bayi yang lahir dengan neural tube defect kerana kekurangan asid folik

Asid Folik telah terbukti dapat mengurangkan risiko bayi terkena kecacatan saraf tulang belakang (neural tube defect) seperti spina bifida dan juga mengurangkan risiko serangan jantung, strokes, cancer dan juga diabetes. Setiap wanita diperingkat umur layak hamil, sepatutnya perlu dapatkan 400 mikrogram (mcg) ataupun 0.4 mg Asid Folik setiap hari.

Anda boleh dapatkan supplement Vitamin B with folic acid sebagai persediaan sebelum hamil di SINI-BUY NOW!



3. Perhatian Dengan Berat Badan

Sama ada kurang berat badan atau terlebih berat badan, ia mempengaruhi kesuburan dan memberi kesan kepada proses kehamilan. Berusaha sehabis baik untuk mendapatkan berat badan normal sekiranya kita mahu mempunyai peluang besar untuk hamil dan mempunyai kesihatan memuaskan sepanjang kehamilan. 

Cara terbaik untuk mendapatkan berat badan ideal ialah dengan mengamalkan diet seimbang, beserta aktiviti senaman sebelum kita hamil. Sasarkan pengurangan berat badan yang selamat, hingga ke 1kg dalam masa seminggu. 

Andaikata kita seorang yang kurang berat badan, cuba tambah berat badan. Risiko keguguran adalah tinggi sekiranya kita hamil dalam keadaan kekurangan berat badan. Walaupun ibu yang terlampau kurus boleh melahirkan bayi yang sihat, tetapi kajian menunjukkan ibu kurus mempunyai peluang besar untuk melahirkan bayi yang kurang berat badan.



Program senaman yang seimbang adalah permulaan terbaik sekiranya kita berusaha untuk hamil. Senaman akan memberikan kita stamina, tenaga dan fleksibiliti. Senaman yang mampu membantu ibu kekal sihat dalam kehamilan adalah seperti berjoging, berjalan, berenang, berbasikal dan beraerobik. 


4. Berhenti Minum, Merokok dan Mengambil Dadah

Kita tidak perlu menjadi saintis bagi mengetahui kesan buruk seperti merokok, mengambil dadah dan minum beralkohol secara berlebihan semasa hamil, boleh memudaratkan bayi. Kajian menunjukkan pengambilan rokok, dadah mahupun minuman beralkohol berkaitan dengan keguguran, bayi kurang berat dan kelahiran pramatang. Merokok semasa hamil boleh meningkatkan risiko bayi mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS-sudden infant death), dan lebihan minuman beralkohol memberikan kesan serius pada tumbesaran bayi. 




5. Mengurangkan Risiko Persekitaran

Terdapat pekerjaan yang boleh membahayakan kesihatan ibu dan anak yang dikandung. Sekiranya kita terpaksa berdiri sepanjang hari, selalu terbang ke sana-sini bagi bekerja, atau selalu terdedah kepada bahan kimia dan radiasi, perlulah membuat perubahan sebelum hamil. Cuba berbincang dengan doktor dan majikan dan mencari alternatif untuk mengurangkan keadaan berbahaya itu.



Supplement Penting Sebagai Persediaan Sebelum Hamil


1. B-Complex with Folic Acid (RM58)




Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik. 

Vitamin B9 (folic acid) membantu pembentukan tiub neural baik dengan baik tanpa kecacatan.

2. Multivitamin (Vitalea) – RM96


  • Vita-Lea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

DAPATKAN SUPPLEMEN PERSEDIAAN SEBELUM HAMIL HARI INI!

    Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.


ATAU

HUBUNGI KAMI

Klik image untuk terus whatapps



Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« May    
©2023 | Design by Superb