Ketiak berbau walaupun sudah memakai deodorant! Ini sangat memalukan dan seringkali membuatkan kita hilang keyakinan diri. Kerana masalah ini, kita akan takut untuk mendekati ramai orang dan mengangkat tangan tinggi-tinggi.
Punca Ketiak Berbau
Ada 3 punca utama yang menyumbang kepada ketiak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.
1. Gaya Pemakanan
Badan seseorang yang baunya lebih kuat adalah daripada golongan orang yang banyak mengambil rempah-ratus dan minuman berkafein. Lagi-lagi makanan berempah yang diambil mengandungi bawang merah dan bawang putih, akan menusukkan lagi bau yang keluar daripada rongga ketiak. Jadi, jika anda mempunyai masalah ketiak berbau, elakkan untuk makan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang.
2. Toksin yang banyak dalam badan
Bahan buangan yang tidak diperlukan tubuh akan disingkirkan melalui najis dan toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik. Jika mempunyai masalah sembelit, toksin yang disingkirkan melalui peluh akan menjadi lebih parah dan mengeluarkan bau lebih tengit.
3. Genetik dan kesihatan
Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang tidak aktif. Jika anda sebelum ini tidak mempunyai masalah bau badan, dan tiba-tiba menghadapi masalah bau badan, ia mungkin berpunca daripada masalah yang berlaku pada ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis atau tiroid. Jika hadapi masalah sebegini, buat pemeriksaan lanjut ya!
Petua Atasi Ketiak Berbau
Anda boleh atasi masalah ketiak berbau dengan mandi lebih kerap (3x sehari), pilih pakaian fabrik kapas dan longgar, mencukur bulu ketiak apabila panjang, dan penggunaan deodorant anti-perspirant walaupun ianya tidak menjamin keberkesanan 100%.
Saya ingin memperkenalkan kepada anda beberapa petua atasi ketiak berbau dengan menggunakan bahan semulajadi.
1. Cara Menghilangkan Bau Ketiak Dengan Daun Sirih
Kapur sirih disapukan secara rata pada bahagian ketiak dan dibiarkan selama 20 minit sehingga kering. Selepas 20 minit, kapur dibilas dengan air bersih. Bersihkan sisa kapur sirih dengan perlahan-lahan supaya kulit ketiak tidak terluka.
2. Cara Hilangkan Bau Ketiak Dengan Cuka
Cuka boleh menghalang pertumbuhan bakteria pada kulit yang menghasilkan bau yang tidak menyenangkan pada ketiak. Cuka boleh bertindak sebagai deodorant semulajadi. Cuka mempunyai bau masam yang kuat, dan cara menggunakannya ialah dengan menggunakan kapas yang direndam dalam cuka dan disapukan pada ketiak sebelum mandi. (selama 30 minit).
3. Cara Hilangkan Bau Ketiak Dengan Timun
Ambil sebiji timun dan cuci sehingga bersih. Setelah dicuci, timun dipotong. Potongan timun yang masih terdapat getahnya itu disapu ke ketiak. Praktikkan cara ini berterusan sehingga masalah ketiak berbau ini hilang.
Pengambilan Supplement Untuk Kawan Bau Badan Secara Semulajadi
1. Alfafa Complex
Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
2. Garlic Complex
Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.
3. Herblax
Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.
Masalah bau badan ini adalah satu perkara yang serius dan perlu diatasi daripada sekrang sebelum terlewat. Saya pasti anda pasti ingin tampil di hadapan orang ramai dengan lebih berkeyakinan.
Jadi apa tunggu lagi, order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi!
atau
Call/Whatapps: www.wasap.my/60135241628
Email: intan_ifs@yahoo.com
Penghantaran VIA Pos ke seluruh Malaysia.
Konsultasi PERCUMA hanya untuk customer saya sahaja.