Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Cara Merawat Urat Leher Tegang Secara Semulajadi

Posted on March 1, 2018 by admin

Urat Leher Tegang– Sakit pada tengkuk atau urat leher tegang boleh disebabkan oleh banyak faktor. Antara perkara yang menyumbang kepada urat leher tegang ialah bekerja terlalu lama, salah tidur, stress, melihat handphone/laptop terlalu lama atau posisi badan yang tidak betul apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Sakit pada urat leher yang tegang kadangkala memberi kesan kepada bahagian bahu dan kepala sekali. Bahu berasa tidak selesa dan kepala menjadi sakit terutama di bahagian belakang kepala.

 urat leher tegang

Pesakit yang sering mengalami urat leher tegang ini menyebabkan pesakit menjadi tidak selesa dan akan memberikan kesan kepada produktiviti kerja. Saya sendiri adalah seorang yang mengalami masalah urat leher tegang sebelum ini. Ia sangat menggangu kerja seharian saya dan saya berasa stress dengan keadaan ini. Hampir setiap minggu juga masalah urat leher tegang ini menyerang saya terutamanya selepas bangun tidur atau selepas melakukan kerja-kerja berat. Jom teruskan membaca, untuk dapatkan tips cara saya merawat masalah urat leher tegang sehingga masalah itu tidak menghantui saya lagi hingga hari ini.

Tips Merawat Urat Leher Tegang

Apabila anda diserang urat leher tegang, anda boleh mencuba beberapa tips berikut:

1. Memusing-musingkan leher

Memusing-musingkan leher ke kanan dan ke kiri mampu mengurangkan ketegangan pada otot. Sekiranya rasa sakit yang kuat, berhenti menggunakan cara ini.

2. Rehatkan Leher

Letakkan leher dan rehatlah dalam masa 30 minit. Jauhkan handphone daripada sisi anda seketika. 

3. Jangan Guna Bantal Tebal

Bantal boleh menjadi punca urat leher tegang. Elakkan menggunakan bantal yang tebal kerana ia memberikan tekanan pada urat leher. 

4. Berenang

Berenang boleh membantu menghilangkan rasa sakit pada tengkuk dan urat leher tegang. 

5. Ambil Makanan Kaya Magnesium

Pengambilan magnesium yang mencukupi dapat membantu meredakan rasa sakit. Magnesium merupakan mineral yang membantu memberikan tindak balas dan mengendurkan otot leher. Magnesium boleh didapati secara semualajadi dalam soya, bijirin, dan kekacang. 

Ubat Urat Leher Tegang

Aspirin, paracetamol dan ibuprofen adalah kategori ubat painkiller yang biasa saya ambil untuk menangani masalah kesakitan kerana urat leher tegang ini. Ubat-ubat ini hanya mampu menghilangkan sakit hanya seketika, kemudian, ia akan datang kembali apabila kesan ubat hilang. Pengambilan ubat-ubat ini memerlukan dos tertentu daripada pakar kesihatan. Pengambilan dos yang berlebihan tanpa kawalan dalam masa yang panjang boleh memberikan kesan negatif pada individu.

Masalah Urat Leher Tegang Yang Saya Alami Tiada Lagi!

Berbalik kepada cerita saya di atas, saya adalah antara pesakit yang sering mengalami masalah urat leher tegang dan sakit urat belikat. Ianya menyerang beberapa kali dalam masa sebulan dan ianya sangat mengganggu aktiviti seharian saya. Setiap kali sakit, saya perlu mengambil ubat tahan sakit dan kerana masih menyusukan anak, saya bertukar kepada panadol sahaja. Dr yang saya jumpa juga menyarankan untuk saya jaga posisi tidur dan tidak membuat aktiviti tangan yang berlebihan, untuk mengelakkan urat leher tegang menyerang lagi. Namun, tanpa sebab musabab, sakit akibat dari urat leher tegang akan datang juga walaupun saya sudah mengambil langkah berjaga-jaga.

Ini adalah beberapa supplemen yang saya amalkan, dan amazingly, biiznillah, sakit urat belikat dan urat leher tegang saya tidak pernah datang lagi hingga hari ini. Ianya sudah masuk 1 tahun sakit akibat urat leher tegang tidak menyerang saya.

a) B Complex

Mengandungi 8 vitamin B yang penting untuk menghasilkan sel-sel baru, penukaran makanan kepada tenaga, mempertingkatkan sistem imun dan membantu kestabilan  emosi.


b) Ostematrix

Membantu memperbaiki sistem fungsi saraf, membantu mengawal paras tekanan darah dan mengelakkan kekejangan otot penyebab sakit belakang dan kejang kaki.


c) Omega Guard


Mengandungi pelbagai khasiat asid lemak omega-3 dan berupaya membantu kelegaan sistem saraf, mengurangkan keradangan (inflamasi) dan menurunkan paras kolesterol jahat dalam badan.

Anda juga mengalami masalah urat leher tegang?

Jangan biarkan masalah urat leher tegang menghantui kehidupan anda lagi!

Beli dari kami untuk mendapatkan konsultasi cara makan yang tepat dan tips-tips berguna.


ATAU

HUBUNGI KAMI



Klik image untuk terus whatapps

Penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.

Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Mar    
©2023 | Design by Superb