Rawatan Bipolar Disorder– Penyakit bipolar disorder dikenali sebagi penyakit kemurungan melampau. Ia merupakan sejenis gangguan mental atau penyakit jiwa disebabkan oleh perubahan suasasana hati yang serius. Penghidap penyakit bipolar disorder boleh mengalami perubahan sikap yang mendadak, dan tidak stabil. Tempoh kemurungan yang melampau ini boleh berlaku dalam masa beberapa jam, beberapa hari, berminggu-minggu malah berbulan-bulan yang mana ianya bergantung kepada tahap keseriusan pesakit bipolar disorder.
Ramai orang yang mengalami masalah ini, namun ramai juga yang tidak menyedari yang sebenarnya mereka sedang menderita masalah bipolar disorder. Pesakit bipolar disorder akan mengalami situasi duka dan sedih secara melampau secara tiba-tiba ketika dalam situasi gembira. Begitu juga sebaliknya, dalam situasi sedih, tiba-tiba perasaan gembira yang melampau boleh hadir. Secara puratanya, pesakit bipolar disorder boleh mengalami pertukaran perasaan yang melampau antara bahagia dan sedih yang datang silih berganti.
Simptom Bipolar Disorder
✔ Perubahan suasana hati yang ketara. Jika sedang gembira, pesakit bipolar disorder akan menjadi sangat gembira dan bersemangat. Banyak bercakap, lancar dan petah berkata-kata. Namun, secara tiba-tiba suasana hati mereka boleh berubah menjadi amat sedih dan kecewa.
✔ Pesakit bipolar disorder mempunyai ego yang tinggi, mudah tersinggung, merasakan dirinya penting, merasa bangga dengan dirinya sendiri, sangat defensif.
✔ Untuk kes penyakit bipolar disorder yang teruk, pesakit akan mengalami psikotik dan khayalan. Pada masa berhalusinasi, pesakit akan mendengar atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada.
✔ Penurunan suasana hati yang mendadak sehinggakan pesakit bipolar disorder merasakan sedih, cemas, sukar untuk tidur, merasa bersalag, pesimis dan selalu berputus asa.
✔ Pesakit bipolar disorder sukar untuk menumpukan perhatian dan mengalami penurunan daya ingatan, sehiingga menyebabkan prestasi dan produktiviti menurun.
Kesannya, akan selalu berlaku ketegangan dan break down dalam komunikasi dengan orang sekeliling, menjejaskan prestasi kerja dan tugasan, dan lebih kronik, ia boleh mendorong seseorang untuk membunuh diri.
Jika anda mengesan simptom ini wujud dalam diri anda, segeralah untuk mendapatkan rawatan doktor.
Punca Penyakit Bipolar Disorder
Ahli sains telah mengkaji punca sebenar penyakit ini. Kebanyakan mereka bersetuju bahawa tidak ada punca khusus yang menyebabkan penyakit ini. Mereka berpendapat, banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah ini.
✔ Penyakit ini diwarisi secara genetik dalam satu keluarga. Hasil penyelidikan telah mencadangkan bahawa orang yang memiliki gen tertentu berpotensi mendapat bipolar disorder berbanding orang orang lain dari gen yang berbeza. Sebab itu penyakit ini sering dianggap sebagai satu penyakit keturunan. Bagaimana pun kanak kanak yang berlatar belakangkan keluarga yang mempunyai sejarah bipolar ini tidak mengalaminya sehinggalah mencapai usia dewasa tertentu.
Rawatan Bipolar Disorder
Dalam mendiagnosis penyakit bipolar disorder, doktor atau pakar jiwa akan cuba mengumpulkan maklumat, baik dari pesakit sendiri mahu pun dari keluarga mereka. Doktor akan bertanya berkaitan simptom, sejarah kesihatan pesakit, dan sejarah kesihatan keluarganya. Contohnya apakah ada ahli keluarga pesakit yang menghidap keadaan yang sama. Selain itu, doktor mungkin melakukan ujian darah dan ujian air kencing untuk memastikan gejala yang ada bukan disebabkan oleh penyakit lain.
Tujuan rawatan gangguan bipolar adalah untuk menurunkan kekerapan berlakunya episod-episod mania (gembira) dan kemurungan agar pesakit dapat hidup secara normal dan dapat berkomunikasi dengan persekitarannya dengan baik. Selain memperbaiki pola hidup, rancangan rawatan biasanya merangkumi pemberian ubat-ubatan yang digabungkan dengan pengendalian lain seperti terapi psikologi.
Tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit gangguan bipolar. Namun, dengan bantuan kaedah psikotik dan juga ubat penstabil mood serta ubat-ubat gangguan bipolar yang lain, pesakit gangguan bipolar dapat hidup normal dan produktif. Walaubagaimanapun, pesakit gangguan bipolar harus berdisiplin dalam pengambilan ubat dan juga sentisa mematuhi temu janji dengan doktor mereka untuk mengelakkan episod-episod yang agresif.
Alternatif Lain Untuk Penyakit Bipolar Disorder
Selain daripada pengambilan ubat-ubatan untuk menstabilkan mood dan sebagainya, Shaklee mempunyai rangkaian produk yang lebih sihat untuk membantu menstabilkan mood pesakit gangguan bipolar ini. Antaranya ialah:
1. B-Complex
-Membantu meredakan stress dan menenangkan perasaan.
– Membantu menukarkan makanan menjadi tenaga untuk menyelesaikan tugasan seharian.
– Membantu mencegah gejala kemurungan dan depresi.
2. Ostematrix
– Membantu meringankan stress.
– Membantu mengimbangi tekanan darah, impuls saraf dan kadar denyutan jantung.
– Membantu menggalakkan tidur yang lebih berkualiti.
– Membantu mengelakkan jantung berdebar, depresi, stress, sakit kepala.
3. Omega Guard
-Membantu mencegah migrain dan insomnia.
-Membantu mengurangkan stress.
-Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
-Membantu menstabilkan emosi.
-Membantu menguatkan ingatan.
DAPATKAN SUPPELEMEN ANDA HARI INI!
Beli dari kami untuk mendapatkan konsultasi cara makan yang tepat dan tips-tips berguna.
ATAU
HUBUNGI KAMI
FB : Intan Farhana Sharifudin
No.HP : +6013-5241628
No.HP : +6013-5241628
![]() |
Klik image untuk terus whatapps |
Penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.
Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628
Penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.
Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628