Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Apakah Kanser Usus?

Posted on May 4, 2017 by admin
 rawatan kanser usus

Ikhtiar Rawatan Alternatif Untuk Kanser Usus–  Kanser Usus merupakan kanser yang terdapat di dalam usus besar (kolon) iaitu bahagian bawah sistem pencernaan anda. Dalam kebanyakan kes, kanser usus bermula daripada gumpalan sel-sel bukan kanser (benign) yang dikenali sebagai polipus adenoma. Lama-kelamaan, polipus-polipus yang berbentuk seakan cendawan ini akan berubah menjadi kanser.

 rawatan kanser usus



Polipus-polipus yang agak kecil tidak menunjukkan banyak simptom. Namun demikian, jika terdapat sebarang tanda, buat ujian secara konsisten untuk membantu menghalang kanser usus atau mengesan kanser usus di peringkat awal. Jika kanser usus tidak dirawat dengan dengan cepat, ia boleh merebak ke bahagian tubuh lain dan boleh membawa maut kepada penghidapnya. Kanser usus yang dikesan pada peringkat awal, mempunyai harapan untuk sembuh jika dirawat dengan cepat.


Tanda-Tanda Kanser Usus


Pesakit kanser usus mungkin tidak mempunyai sebarang simptom di tahap awal penyakit ini. Tanda-tanda awal kanser usus berbeza bergantung kepada saiz kanser dan kedudukannya di dalam usus besar.

Dalam beberapa kes, simptom-simptom ini mungkin terjadi bukan disebabkan kanser tetapi penyakit usus radang, sindrom usus rengsa dan kadangkala divertikulitis. 

Segeralah Berjumpalah doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti berikut:

1. Perubahan di dalam tabiat usus termasuk diarea/cirit-birit atau sembelit atau perubahan tabiat membuang air besar anda buat beberapa minggu.

2. Perdarahan rektal atau najis berdarah.

3. Rasa tidak selesa pada abdomen yang berterusan seperti kekejangan, angin atau rasa sakit.

4. Abdomen sakit apabila membuang air besar.

5. Rasa seperti usus tidak dikosongkan sepenuhnya.

6. Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya.

7. Darah di dalam najis mungkin menunjukkan tanda-tanda berlakunya kanser tetapi ia juga boleh menunjukkan keadaan-keadaan lain.


Pelbagai Cara Merawat Kanser Usus


Jenis rawatan yang dicadangkan oleh doktor bergantung pada peringkat kanser yang dialami. Tiga pilihan rawatan yang primer adalah surgeri, kemoterapi dan radiasi.

Berapa banyak usus anda dibuang atau sama ada terapi-terapi lain seperti radiasi atau kemoterapi merupakan satu pilihan untuk anda, bergantung pada sejauh mana kanser itu menembusi dinding usus anda dan sama ada ia telah merebak ke limfa nodus atau bahagian tubuh anda yang lain.


Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
March 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« May    
©2021 | Design by Superb