Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Tips Cepat Hamil Untuk Wanita PCOS

Posted on July 5, 2017 by admin

Rawatan PCOS Untuk Hamil– Polycystic Ovarian Syndrome atau dikenali sebagai PCOS adalah keadaan di mana hormon wanita iaitu hormon estrogen dan progestron menjadi tidak stabil. Ketidakstabilan pada hormon ini boleh meninggikan risiko untuk mendapat cyst pada ovari.

PCOS adalah sindrom yang menghantui ramai wanita dan merupakan satu penyakit yang menganggu kesuburan wanita kerana ia melibatkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh wanita. PCOS melibatkan organ wanita iaitu ovari. Pada ovari yang normal, organ ini merembeskan estrogen dan progesteron dan juga menghasilkan sedikit adrogen (hormon lelaki). Namun dalam PCOS, adrogen dihasilkan lebih banyak daripada normal. Hormon lelaki yang lebih tinggi ini akan menyebabkan gangguan pada hormon wanita dan memberi kesan kepada masalah kitaran haid dan masalah dalam penghasilan telur.

Hormon lelaki yang lebih tinggi juga akan menyumbang kepada masalah jerawat dan tumbuhnya bulu di muka dan nampak macam ada misai. Pesakit PCOS juga mempunyai sel-sel tubuh yang tidak sensitif kepada insulin menyebabkan kawalan gula dalam tubuh akan terganggu. Kemungkinan besar penghidap PCOS akan menunjukkan simptom sepertimana pesakit kencing manis. Gula berlebihan dalam badan menyebabkan seseorang itu berisiko untuk menjadi obes. Malah, ada doktor yang merawat PCOS menggunakan ubat kencing manis walaupun paras gula normal untuk mengurangkan rintangan insulin.

Penyebab Dan Simptom PCOS

Antara Faktor Menyumbang Pada PCOS

Penyebab kepada PCOS masih belum diketahui dengan jelas, namun ahli perubatan berpendapat penyebab PCOS adalah ketidakstabilan hormon, obesiti, sistem imun yang lemah hingga tidak boleh melindungi sel dari radikal bebas dan juga kerana faktor genetik.

Antara simptom yang boleh dikaitkan dengan PCOS adalah:

1. Haid tidak teratur dan kadangkala haid tidak datang.

2. Bulu roma berlebihan di tubuh badan.

3. Jerawat yang teruk dan kronik.

4. Obesiti. Kebanyakan wanita penghidap PCOS juga mempunyai metabolisme yang rendah sehingga menyebabkan masalah berlebihan berat badan (obesiti). Penghidap PCOS akan dihadapi sepanjang hidup.

5. Kulit menjadi makin menggelap.

6. Rambut gugur dan hampir botak.

Penghidap PCOS Boleh Hamil?

Selagi seorang wanita itu mempunyai rahim, peluangnya untuk mengandung masih cerah walaupun wanita itu disahkan PCOS. Telah ada banyak kes yang berjaya untuk wanita penghidap PCOS untuk hamil dengan cara mengamalkan diet dan cara hidup yang sihat dan mengamalkan supplemen yang mampu meningkatkan kesuburan. 

Bagaimana Supplemen Kaya Resveratrol Membantu Pesakit PCOS?


Sejak 10 tahun yang lepas,  banyak kajian yang melihat potensi Resveratrol untuk rawatan PCOS.
Dalam kajian-kajian tersebut, didapati:
✔ Resveratrol adalah antioksidan yang kuat yang melindungi sel-sel telur dari radikal bebas dan dapat membantu meningkatkan kesuburan seorang wanita.
✔ Resveratrol membantu menghalang penghasilan androgen berlebihan dengan menyebabkan apoptosis (kematian) sel yang menghasilkan androgen.
✔ Resveratrol membantu memperbaik kitaran estrus (kitaran penebalan dinding rahim). Kajian ini dilakukan kepada tikus, tapi dipercayai mempunyai kesan yang sama kepada manusia.
✔ Resveratrol mengurangkan saiz sel lemak. Sel lemak yang berlebihan akan ditukarkan kepada hormon wanita yang seterusnya meningkatkan risiko ketidakstabilan hormon.
✔ Resveratrol meningkatkan sensitiviti sel tubuh kepada insulin untuk kawalan gula yang baik.
Jadi, berdasarkan kajian yang dijalankan, saintis menyimpulkan bahawa resveratrol mampu memperbaiki sistem tubuh pesakit PCOS dan meningkatkan peluang seseorang untuk hamil.

VIVIX Shaklee Kaya Resveratrol


Resveratrol boleh didapati dalam buah-buahan seperti anggur dan buah-buahan jenis beri, tetapi Shaklee telah melopori supplemen yang mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi.
Vivix mengandungi 15 jenis polyphenols termasuk Resveratrol! Jadi VIVIX adalah 13x lebih berkesan berbanding Resveratrol sahaja dalam memberikan kesan baik kepada kesihatan. Ramai yang mencubanya dan mendapat kesan yang positif.

Jom Kita Lihat Apa Kata Pengguna VIVIX

TESTIMONI 1


TESTIMONI 2


TESTIMONI 3


TESTIMONI 4

Disclaimer: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan sebagai rawatan utama, menyembuhkan dan menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan di hospital yang berkaitan pada masa yang sama boleh ikhtiar dengan supplemen yang dicadangkan.



MAHUKAN VIVIX YANG KAYA DENGAN RESVERATROL? 

ATAU

HUBUNGI KAMI

Klik Image Untuk Terus Whatapps




Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« May    
©2023 | Design by Superb