Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Cara Merawat Resdung, Resdung Kronik Boleh Bawa Maut

Posted on August 9, 2017 by admin

Cara Merawat Resdung– Resdung adalah satu penyakit yang sangat menganggu kehidupan seharian kita. Mana tidaknya, pelbagai pantang larang perlu kita jaga seperti tidak boleh makan seafood, belacan dan sebarang makanan berminyak. Malah, pesakit resdung sangat alah dengan habuk, asap hatta bau makanan. Bangun pagi sahaja, penghidap resdung sudah bersin tidak henti-henti dan mengalami kegalatalan pada hidung yang luar biasa.

 cara merawat resdung

Hampir kebanyakan orang mengalami resdung, namun ada yang tidak teruk. Walaupun resdung anda tidak teruk, jangan biarkan sehingga ianya melarat. Jika ianya dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi yang berlaku pada otak.

Gejala Penyakit Resdung

 merawat resdung

✔ Sering mengalami hidung tersumbat terutamanya pada waktu pagi.

✔ Mempunyai lendir dari hidung ke tekak.

✔ Rasa berat pada bahagian muka terutamanya mata.

✔ Sakit tekak yang berulang dan berpanjangan.

✔ Kerap bersin dan gatal hidung terutama pada waktu pagi.

✔ Rambut gugur, kulit kepala berkelemumur dan gatal.

✔ Rasa sakit kepala seperti pening dan migrain.

✔ Rasa tidak sedap badan yang berpanjangan.

Wajib Merawat Resdung, Resdung Kronik Boleh Membawa Maut!

Resdung yang dibiarkan begitu sahaja tanpa rawatan yang tepat boleh menyebabkan penyakit resdung menjadi bertambah kronik. Akhirnya, ia boleh mengundang kesan-kesan yang lebih parah, dan jika dibiarkan boleh membawa maut!
Antara komplikasi yang bakal timbul dari resdung yang tidak dirawat ialah:
1. Jangkitan nanah di kawasan mata. Paling teruk, ia boleh sebabkan buta. Perkara ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak.

2. Jangkitan otak. Resdung yang kronik boleh menyebabkan nanah bertakung dalam ruangan sinus. Jika nanah tak dikeluarkan, ia akan dipenuhi dengan kuman. Akibatnya, bakteria boleh memasuki ruangan otak dan mengakibatkan jangkitan pada otak atau meningitis. Jika terus dibiarkan ia boleh membawa maut.

3. Jangkitan pada tulang muka.

4. Keadaan lelah makin meneruk.


5. Berdengkur secara kronik.

6. Menyebabkan jangkitan telinga dan tongsil. Sering sakit pada tekak. 

7. Selsema yang kian meneruk.

Cara Merawat Resdung Secara Semulajadi

1. Wap Air Hangat

Apabila resdung anda menyerang, rendamkan kain dalam air hangat, kemudian perah kain tersebut. Kemudian, tekupkan kain tadi pada muka anda. Ia boleh memberikan kelegaan.

2. Aloe Vera

Menitiskan lendir aloevera pada hidung. Untuk hasil yang lebih baik, rebus aloe vera dan minum air rebusannya.

3. Merawat Resdung Dengan Daun Pandan Dan Limau Nipis

Perah air limau nipis dan buang bijinya. Potong daun pandan halus-halus dan gaulkan dalam air perahan limau nipis sehingga air betukar warna hijau. Tapiskan sehingga tertinggal air sahaja. Basuh air tadi ke wajah dan elakkan terkena mata dan bibir. Tunggu wajah kering, kemudian sapu lagi. Buat setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik.

4. Cuka Epal dan Madu

Ambil 3 sudu cuka epal, kemudian masukkan dalam secawan air panas atau teh. Kemudian, campurkan limau dan madu secukup rasa. Amalkan 3x sehari.

5. Amalkan Mengambil Supplemen Alfafa dan Vitamin C

a) Alfafa

1. Berfungsi mengurangkan paras radang penyakit resdung (sinuisitis).

2. Diperkaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap radang daripada alahan, gegata dan resdung.


b) Vitamin C




1. Peranannya adalah antioksida yang hebat dalam mengoptimumkan antibodi dan imuniti dalam menyerap serangan resdung.

2. Mempercepat proses penyembuhan.

3. Vitamin C memastikan proses pemuliharan dan proses metabolisme dalam tubuh berperanan dengan sempurna dan unggul.


Wanita Ini Sembuh Dari Resdung



[KERANA TAKUT HILANG HIDUNG SAYA IKHTIAR DENGAN SET RESDUNG SHAKLEE]- JOM IKUTI PENGALAMAN NURHAFIZAH ZAMRI MENGGUNAKAN SET RESDUNG SHAKLEE.






Testimoni Pengguna Set Resdung Shaklee

                                                                  TESTIMONI 1
TESTIMONI 2
TESTIMONI 3

JADI APA TUNGGU LAGI? 

Pilihan ikhtiar di tangan anda.  Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan menjadi kronik, boleh menyebabkan pelbagai komplikasi termasuklah membawa maut!

ATAU

HUBUNGI KAMI

KLIK IMAGE UNTUK TERUS WHATAPPS.

Kawasan COD: Sentul-Gombak-KLCC-Selayang-Batu Caves-Taman Melati

Dan penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.

Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628


Jom Cari : Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia







Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb