Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

8 Cara Hilangkan Sakit Tekak Dengan Cepat

Posted on December 18, 2017 by admin

Cara Hilangkan Sakit Tekak– Sakit tekak atau lebih dikenali sebagai faringitis ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria sama seperti kes selsema. Sakit tekak ini biasanya ramai pada remaja dan kanak-kanak, kerana sistem imuniti yang masih melemah. Namun, sakit tekak ini tidak terkecuali terkena pada orang dewasa juga secara berkala.

 cara hilangkan sakit tekak

Orang yang kena sakit tekak ini akan berasa sakit dan perit pada tekak. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk menelan makanan. Selain simptoms sukar untuk menelan makanan, antara simptoms sakit tekak yang lain ialah:

✔ Sakit kepala

✔ Tonsil yang membengkak kerana radang.

✔ Kelenjar leher membesar.

✔ Batuk-batuk.

✔ Selsema.

✔ Sakit otot dan urat.

Cara Hilangkan Sakit Tekak Secara Semulajadi

Rawatan sakit tekak tidaklah sukar dan ianya mudah untuk hilang tanpa memakai ubat-ubatan. Ia dengan mudah boleh sembuh dengan elakkan merokok dan jauhi sementara persekitaran yang kotor seperti berjerebu dan berasap. Semasa sedang sakit tekak, elakkan untuk makan makanan panas. Untuk remaja dan orang dewasa, anda boleh menghisap gula-gula pelega sakit tekak. 
Antara cara hilangkan sakit tekak semulajadi yang bakal saya kongsikan adalah seperti berikut:

1. Air dan Garam

 cara hilangkan sakit tekak
Sediakan satu gelas air suam dan campurkan dengan 1/4 sudu teh air garam. Gunakan air itu untuk berkumur. Air garam sangat membantu untuk melegakan sakit tekak dengan cara meneutralkan asid di tekak, mengurangkan rasa sakit di tekak, serta mempercepatkan proses penyembuhan di tekak. 

2. Air Putih

Salah satu ubat sakit tekak yang murah ialah air mineral. Pengambilan air mineral yang mencukupi akan sentiasa membantu mencairkan kahak, serta membuatkan mukosa dan dinding saluran tekak sentiasa lembap. 

3. Air dan Limau

Antara ubat sakit tekak yang berkesan ialah campuran antara air masak dan perahan buah limau. Di dalam limau, terdapat kandungan astrigen yang dikatakan boleh menghilangakn sakit tekak dan mengembalikan suara yang hilang akibat sakit tekak secara semualajadi.

4. Teh Hangat

Anda boleh meminum teh hangat untuk menghilangkan sakit tekak secara semualajjadi. Teh mempunyai antioksidan yang menyokong tubuh daripada jangkitan dan keradangan yang menyebabkan sakit tekak. Anda boleh menambah perasa lemon atau madu dalam teh hangat untuk meningkatkan lagi kesedapan dan khasiat dalam teh untuk membantu melegakan sakit tekak.

5. Madu

Pada madu yang rasanya manis sebenarnya terkandung pelbagai khasiat seperti anti-bakteria, anti-virus dan anti-kulat yang boleh membantu melawan jangkitan yang menjadi penyebab sakit tekak. 

6. Air Cengkih

Cengkih bersifat anti-bakteria dan anti-inflamasi yang boleh mengatasi sakit pada saluran tekak dan membantu memberikan kenyamanan pada tekak. Cara penyediaan air cengkih ialah campurkan air dengan 1-3 sudu serbuk cengkih. Kemudian, kumur beberapa kali. 

7. Sup Ayam

Pada kuah sup ayam mengandungi natrium yang boleh legakan radang pada tekak. Dengan memakan sup ayam semasa sakit tekak, anda akan berasa lega dan selesa untuk makan. 

8. Vitamin C Sustained Release

Vitamin C Sustained Release ini dapat membantu untuk meningkatkan imun sistem anda untuk melawan jangkitan yang menyebabkan sakit tekak. 
Dulu, saya selalu juga mengalami masalah sakit tekak. Pantang bertemu dengan orang yang tidak sihat mahupun berada persekitaran yang kotor dan berasap, mudah sahaja untuk sakit tekak. Namun, setelah konsisten mengambil Vitamin C Sustained Release ini, sangat jarang untuk saya mendapat jangkitan sakit tekak lagi. Jika kena pun, tidak sampai setengah hari, sakit tekak hilang begitu sahaja tanpa menggunakan ubat-ubatan. Biiznillah!

Anda juga sering mengalami sakit tekak?

Jangan biarkan masalah sakit tekak menghantui kehidupan anda lagi!

Beli dari kami untuk mendapatkan konsultasi cara makan yang tepat dan tips-tips berguna.

ATAU

HUBUNGI KAMI

Klik image untuk terus whatapps

Penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.

Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb