Rawatan Urticaria– Gegata juga lebih dikenali sebagai urticaria atau dalam bahasa kampungnya dipanggil kelopak garam. Gegata (urticaria) ini menyebabkan orang yang diserangnya menjadi miang dan gatal-gatal, meninggalkan bintik merah di kulit seakan digigit ulat bulu, dan lama kelamaan ia akan menjadi bintik merah bertompok-tompok. Tidak sampai 8 jam, kesan gegata serta merta hilang kadang-kadang itu langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan.
Gegata (urticaria) ini kerap menyerang kanak-kanak berbanding orang dewasa. Di kalangan orang dewasa pula, ia banyak menyerang kaum wanita. Ada juga orang mengalami gegata (urticaria) ini setiap bulan malah ada yang sampai setiap hari!
Adakah Gegata (Urticaria) ini Berbahaya?
Biasanya gegata (urticaria) ini boleh berlaku dalam masa beberapa jam sebelum hilang tanpa kesan. Jika simptom ini kejap timbul dan kejap hilang dalam masa kurang 6 minggu, ianya dipanggil Acute Hives, dan jika lebih dari 6 minggu, ia dipanggil Chronic Hives. Dalam keadaan yang lebih teruk, kesan gegata (urticaria) ini boleh menyebabkan angioedema iaitu pembengkakan di bahagian mata, bibir, tangan, kaki mahupun tekak.
Punca Berlaku Gegata (Urticaria)
Gegata (urticaria) ini boleh disebabkan oleh allergik, perubahan suhu sekitar (seperti mengembara ke tempat lain), stress dan infection. Gegata (urticaria) terbentuk apabila tubuh kita membebaskan histamine, iaitu compound dalam sistem imun kita yang bertindak balas dengan allergen (benda asing) dan menyebabkan pembengkakan. Imun dalam tubuh kita mungkin tersalah anggap yang allergen dalam tubuh kita sebagai sesuatu yang berbahaya. Jadi, ia bertindak melindungi badan dengan melepaskan histamine dan beberapa compound lain dalam salur darah. Sebab itu, siapa yang ada allergik, simptom awalnya ialah orang itu akan bersin dan selsema. Rawatan untuk allergik ini adalah anti-histamine.
Namun, anti histamine hanya berhentikan perembesan histamine untuk elakkan gegata muncul di kulit. Root cause kepada pembentukan gegata (urticaria) masih tidak dapat diselesaikan.
Contoh allergen yang boleh trigger allergik dan sebabkan gegata (urticaria) ialah:
1. Makanan laut, protein seperti ikan, ayam, daging,
2. Susu lembu dan susu soya.
3. Kekacang
4. Buah-buahan tertentu.
5. Ubat-ubatan tertentu.
6. Bulu binatang seperti kucing, anjing atau arnab atau apa sahaja binatang berbulu
7. Pollen dari debunga dan tumbuhan
8. Gigitan serangga dan bisa serangga
9. Jangkitan kuman termasuk demam (immune sistem merosot)
10. Stress
11. Terdedah kepada matahari atau panas
12. Terdedah kepada cuaca sejuk
13. Terdedah kepada bahan kimia
14. Menggaru
Rawatan Gegata (Urticaria) Dengan Antihistamine dan Steroid
Biasanya, doktor akan mencadangkan anti-histamine supaya badan berhenti menghasilkan histamine. Root cause kepada pembentukan gegata (urticaria) masih tidak dapat diselesaikan. Antihistamin yang doktor bagi pula ada bermacam-macam jenis. Ada yang diambil secara oral, dan ada juga yang terus melalui suntikan steroid (jika keadaan pesakit semakin serius dan tidak boleh dikawal lagi ). Tapi ia hanya bertindak sementara sahaja. Perlu diingatkan bahawa pengambilan steroid untuk jangka masa panjang memang sangat memudaratkan. Sebab itulah akhirnya saya berjaya menjumpai cara penyelesaian gegata ini melalui rawatan semulajadi yang lebih selamat, iaitu dengan meningkatkan sistem imun badan.
Rawatan Gegata (Urticaria) Secara Semulajadi
1. Nutriferon
Nutriferon sangat bagus untuk tingkat sistem imun tubuh.
2. Vitamin C
Vitamin C membantu tingkatkan sistem imun tubuh. Vitamin C bagus untuk allergik, resdung dan kegatalan.
3. HerbalBlend Cream
Menghilangkan kegatalan dan rasa miang. Herbal blend ini selamat tanpa steroid.
Pengalaman Anak Menghidap Urticaria Kronik
Pada penghujung November 2016, anak saya sendiri yang kedua secara tiba-tiba mengalami gegata (urticaria) yang teruk. Saya dan suami tidak tahu apa puncanya kerana sebelum ini, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Ketika itu anak kami berusia hampir 2 tahun. Saya yang ketika itu langsung tiada pengalaman, menjadi panik dan langsung beberapa kali kami ke klinik untuk dapatkan rawatan doktor. Doktor memberikan lotion calamine untuk mengurangkan rasa miang dan gatal, kemudian memberikan antihistamine. Apabila makan ubat, gegata surut, tetapi keesokan harinya gegata naik kembali dan ianya berlarutan hingga 2 minggu. Kami dah cuba stopkan makanan-makanan yang menyumbang pada allergik seperti susu, kacang, telur namun tiada kesan. Habis semua carpet kami hantar ke dobi, risaukan anak kami alah dengan habuk. Namun gegata (urticaria) terus muncul setiap hari.
Kerana risaukan keadaan anak kami, kami buat lawatan ke 2 orang pakar kulit kanak-kanak. Yang pertama, Dr Sabirah di Prince Court Medical Centre. Yang kedua, Dato Dr Maziah di KPJ Damansara. Kedua orang doktor ini mengesahkan anak kami kena urticaria. Mungkin hanya mild dan masih tidak kronik kerana masih tidak melebihi tempoh 3 bulan. Dr Maziah minta teruskan dengan antihistamine Zyrtec setiap hari. Alhamdulillah, selepas 3 minggu, gegata tidak datang lagi. Saya berasa sangat lega.
Namun pada hujung Januari 2017, gegata datang lagi. Dan kali ini setiap hari tanpa miss! Jika tidak makan ubat Zyrtec sahaja, gegata pasti akan muncul. Maka, bermulalah episod anak kami makan ubat antihistamine (Zyrtec) setiap hari hampir 2x sehari. Setiap kali cuba untuk stop, gegata pasti naik. Gegata naik lebih teruk apabila makan telur dan kekacang serta coklat. Habis bengkak semua mulut dan kepala juga membengkak. Pada ketika itu, hampir setiap minggu kami jumpa doktor kulit, Dr Gangaram di PCMC. Doktor nasihatkan untuk teruskan dengan Zyrtec mengikut dos tertentu.
Sambil ikhtiar dengan Zyrtec, di penghujung Julai 2017, saya ikhtiar berikan nutriferon dan vitamin C chewable pada anak saya secara konsisten setiap hari. Selepas hampir 2-3 minggu, saya cuba hentikan Zyrtec. Ya, gegata tidak naik lagi selepas itu hingga hari ini selepas konsisten ambil nutriferon dan vitamin C terutamanya. Alhamdulillah. Doakan moga Allah terus berikan kesihatan yang baik pada anak saya.
DAPATKAN VITAMIN ANDA HARI INI
Jom ikhtiar untuk bantu masalah gegata (urticaria) anda!
Dapatkan segera vitamin anda hari ini. Saya akan kongsikan cara makan paling berkesan untuk anda supaya anda tidak lagi diserang gegata yang mengerikan. Jangan lupa hubungi saya seperti di bawah.
Boleh buat belian terus secara online di sini:
ATAU
HUBUNGI KAMI
Penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.
Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628
