Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Perokok Punyai Risiko Kanser Usus!

Posted on May 25, 2017 by admin

Risiko Kanser Usus– Kanser usus merupakan penyakit barah yang utama bagi lelaki dan ketiga paling banyak menyerang wanita di negara ini. Ketumbuhan kanser ini biasanya bermula dari lapisan dalam usus dan ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh lain. Kanser usus jika tidak dirawat pada peringkat awal akan berisiko menjadi lebih berbahaya.

 risiko kanser usus


Punca sebenar kepada kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia dikatakan berkaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan pembentukan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk. 

Faktor Risiko Kanser Usus

1) Kanser kolon  boleh merebak tanpa mengira usia, dan tiada siapa yang terlalu muda untuk mendapat kanser kolorektal. Namun, kira- kira 90 peratus pesakit berusia lebih 50 tahun.

2) Jika anda pernah mempunyai kanser usus atau adenoma polipus, anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser usus pada masa akan datang. Kebarangkalian anda menghidapi kanser usus adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut.

3) Kanser usus dan rektal mungkin dikaitkan dengan diet yang rendah fibernya dan tinggi dalam lemak dan kalori.

4) Apabila anda tidak aktif, sisa-sisa buangan akan berada di dalam kolon anda dengan lebih lama. Dengan melakukan aktiviti fizikal secara teratur akan mengurangkan risiko kanser merebak.

5) Pesakit diabetes mempunyai sehingga 40 peratus risiko kanser kolorektal.

6) Terdapat lebih 1:10 penyakit kanser usus yang mengakibatkan maut berpunca daripada merokok. Jika anda pernah didiagnosis dengan kanser usus, perokok mempunyai 30 hingga 40 peratus risiko untuk meninggal dunia disebabkan penyakit yang mendatangkan maut ini.

7) Terlalu banyak mengambil alkohol.


Tanda-Tanda Kanser Usus

Segeralah berjumpa doktor di hospital sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti berikut:

1. Perubahan di dalam tabiat semulajadi usus termasuk cirit-birit atau sembelit atau perubahan tabiat membuang air besar anda buat beberapa minggu.

2. Perdarahan rektal atau najis berdarah.

3. Rasa tidak selesa pada abdomen yang berterusan seperti kekejangan, angin atau rasa sakit.

4. Abdomen sakit apabila membuang air besar.

5. Rasa seperti usus tidak dikosongkan sepenuhnya.

6. Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya.

7. Darah di dalam najis mungkin menunjukkan tanda-tanda berlakunya kanser tetapi ia juga boleh menunjukkan keadaan-keadaan lain.



Pelbagai Cara Merawat Kanser Usus


Jenis rawatan yang dicadangkan oleh para doktor di hospital bergantung pada peringkat kanser yang dialami. Tiga pilihan rawatan yang primer adalah surgeri, kemoterapi dan radiasi.

Berapa banyak usus anda dibuang atau sama ada terapi-terapi lain seperti radiasi atau kemoterapi merupakan satu pilihan untuk anda, bergantung pada sejauh mana kanser itu menembusi dinding usus anda dan sama ada ia telah merebak ke limfa nodus atau bahagian tubuh anda yang lain.


Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb