Sabun Basuh Baju– Banyak sabun basuh baju di pasaran sana dengan pelbagai jenama yang menawarkan kuasa pencucian yang hebat, bau yang mengharumkan serta warna yang pelbagai menarik hati kita untuk menggunakannya. Sabun basuh baju yang wangi dan murah bukan menjadi jaminan yang sabun itu selamat digunakan.
Tahukah anda? Sabun basuh baju dan produk detergen di luar sana banyak mengandungi bahan kimia bertoksin yang sangat berbahaya kepada kesihatan kita. Kita mungkin tidak melihat kesannya secara serius sekarang, tetapi bahan kimia bertoksik ini boleh merengsa kulit, membuat kita sakit-sakit tekak dan sehingga tahap antara karsinogen yang mana ia berperanan sebagai agen kanser.
Antara penyebab kepada pelbagai penyakit kulit seperti eczema, allergik dan urticaria salah satunya adalah kerana penggunaan sabun basuh yang tidak selamat. Sesetengah orang yang mempunyai kulit yang sensitif terutama bayi dan kanak-kanak akan mudah kena eczema dan allergik jika tidak tahan dengan bahan kimia yang digunakan semasa membasuh baju.
6 Bahan Kimia Berbahaya Dalam Sabun Basuh Anda!
Bahan kimia yang terdapat dalam kebanyakan sabun basuh bersifat mudah diserap oleh kulit dan mudah dihidu dan diserap hingga menyebabkan allergik. Sebarang sentuhan kepada bahan kimia bertoksin ini boleh membakar kulit, tak selesa dan gatal, ruam, ganggu pernafasan dalam hidung, tekak dan paru-paru.
Jadi, pemilihan sabun basuh tidak boleh dipandang remeh! Jom kita tengok satu persatu bahan kimia yang terkandung dalam sabun basuh anda.
1. Pewangi (Fragrance)
Kita sangat tertarik dengan sabun basuh baju yang mempunyai pelbagai wangian. Bau lemon, lavender, fresh, flower semuanya menarik hati kita. Sebelum ini kita percaya, baju yang berbau wangi pasti bersih. KITA SILAP! Untuk menghasilkan wangian yang pelbagai itu, para pengeluar sabun basuh harus mencampurkan beberapa bahan kimia untuk menghasilkan suatu wangian yang menarik pelbagai perisa itu.
2. Agen Pencuci (Surfactan)
Agen pencuci dicampurkan untuk menghasilkan sabun basuh yang berperanan untuk membersih dengan lebih baik. Bahan kimia yang dicampur untuk kesan pencucian yang lebih baik ialah:
1. Quaternium-15 (dikenali kerana membebaskan formaldehid iaitu karsinogen)
2. Dietanolamina (dikaitkan dengan kulit dan kerengsaan mata dan mungkin masalah hati)
3. Nonylphenol ethoxylate atau NPE (toksik kepada saraf, merengsa kulit, potensi gangguan hormon, toksik kepada hidupan akuatikik.
4. Linear Sulfonat alkil benzena atau LAS (merengsa kulit dan mata dan toksik kepada hidupan akuatik; benzena sendiri adalah karsinogen)
5. Sulingan petroleum (dikaitkan dengan kanser dan kerosakan paru-paru)
3. Stabilizer
Stabilizer dalam sabun basuh berperanan untuk menstabilkan ramuan formula campuran supaya ianya lebih tahan lama daripada tarikh luput. Contoh-contoh stabilizer yang dicampur dalam sabun basuh ialah oksida polialkalina atau etilena oksida yang banyak dikaitkan dengan masalah sakit mata, keradangan paru-paru dan dermitis.
4. Peluntur
Kita biasa menggunakan peluntur untuk menghilangkan kotoran dengan lebih efektif. Peluntur biasanya dicampur juga dalam sabun basuh atau digunakan secara berasingan. Peluntur dipercayai dapat undang keradangan kulit, mata dan paru-paru.
5. Pencerah (brightener)
Sabun basuh yang selalu kita pilih adalah yang mempunyai pencerah, dengan harapan baju kita kembali ke warna asal yang cantik dan terang. Sebenarnya bahan pencerah ini mengandungi bahan kimia:
1. Naphthotriazolystilbenes (dikaitkan dengan kesan perkembangan dan pembiakan)
2. Benzoxazolyl
3. Disulfonate diaminostilbene dan banyak lagi.
Sekiranya bahan kimia bertoksik ini kekal berada di pakaian kita, sudah pasti ia akan bersentuhan dengan kulit kita dan mengundangkan keradangan dan penyakit lain.
6. Fosfat dan EDTA
2 bahan ini biasa digunakan dalam sabun basuh untuk membuatkan sabun basuh itu lebih berkesan bertindak dalam air yang mempunyai kandungan mineral yang tinggi. Ia juga berperanan dalam mencegah kotoran daripada terlekap kembali kepada pakaian apabila telah dicuci.
Fosfat dan EDTA banyak dikaitkan dengan pencemaran alam sekitar dan mampu merosakkan ekosistem air.
Menakutkan rupanya! Di sekeliling kita, hatta sabun basuh yang kita pakai juga mengadungi bahan kimia bertoksik yang berbahaya untuk kesihatan kita.
Jom Beli Sabun Pencuci Yang Organik, Selamat Dan Berkesan!
Formula enzim semulajadi Get Clean: Fresh Laundry Concentrate ini adalah sabun pencuci yang organik, selamat dan berkesan dan saya pasti ada semua akan berpuas hati! Di samping memberikan pakaian anda extra bersih, ia tidak memudaratkan kulit kita, dan alam sekitar.
Fresh Laundry Concentrate ini mengandungi:
1. Pekatan Unggul – Sekotak boleh mencuci sehingga 88 cucian. 43% lebih dari jenama terkenal lain!
2. Prestasi Unggul – pembersih enzim diaktifkan menjaga kulit putih putih dan warna-warna terang.
Kelebihan Fresh Laundry Concentrate
– Hipoalergik-Tidak merangsang kulit dan menyebabkan allergik.
– Tanpa klorin, fosfat, borat, bahan merangsang dan bahan pewarna.
– Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh.
– Tiada bahan kimia berbahaya.
– Berkesan untuk membersih.
– Berkepekatan tinggi: Hanya 1 auns (11.275L) sudah mencukui untuk cucian muatan sederhana dan ia sudah tentu MENJIMATKAN.
– Dibuat daripada sumber semulajadi yang tidak mencemarkan alam sekitar.
– Selamat untuk sistem septik dan pembentungan.
– Bungkusan yang boleh dikitar semula.
YANG PENTING! Sabun basuh baju Fresh Laundry Concentrate ini boleh digunakan untuk membasuh baju seisi keluarga dan termasuklah baju-baju bayi. Kulit sensitif pun tiada masalah dan anda tidak perlu membasuh baju asing-asing lagi!
Dan ia juga membuatkan baju anda tidak lagi berbau busuk pada musim hujan atau direndam 2-3 hari!
Jom lihat sendiri Residue Test yang dijalankan ke atas sabun basuh baju Fresh Laundry Concentrate, bersama dengan 2 lagi sabun jenama X yang lain.
Terbukti, sabuh basuh Fresh Laundry Concentrate mempunyai kuramg fiiler berbanding sabun jenama lain, serta mengandungi cleansing power yang tinggi!
Jom Lihat Feedback Pengguna Fresh Laundry Concentrate
1) Testimoni 1
2) Testimoni 2
3. Testimoni 3
4. Testimoni 4
JADI TUNGGU APA LAGI? JOM BELI SEKARANG!
Jangan tunggu lagi untuk dapatkan Fresh Laundry Concentrate. Pilihan anda hari ini, dapat selamatkan anak dan keluarga anda daripada bahan kimia toksik berbahaya!