Selalu berasa sakit badan atau mula rasa tidak sedap badan? Keadaan ini sering berlaku pada kebanyakan orang sehinggakan mereka berasa lesu, tidak bermaya akibat sakit badan yang dialami. Efek kepada sakit badan juga menyebabkan kepala rasa pening, lemah, letih, mengantuk, selesema, sakit tekak dan mula terasa loya seperti hendak muntah. Ada orang mengalami sakit badan setelah bangun daripada tidur, dan ada orang diserang sakit badan setelah makan. Namun, menjadi kebiasaan untuk wanita selepas bersalin untuk mengalami masalah sakit badan, namun ia harus diatasi dengan segera supaya tidak melarat.
Jika kita selalu mengalami masalah sakit badan, itu menunjukkan kita mempunyai masalah kesihatan. Biasanya, orang yang mengalami sakit badan ini akan mengambil ubat paracetamol atau painkiller untuk mengurangkan sakit-sakit badan dan sendi. Namun, pengambilan ubat untuk menghilangkan sakit badan yang tidak terkawal, bakal mengundang masalah kesihatan lain pula.
Punca Sakit Badan
Banyak punca yang menyumbang kepada sakit badan. Antaranya ialah, tidak cukup tidur, pengambilan diet yang tidak seimbang, kurang darah merah, mengalami tekanan emosi, mengambil terlalu banyak kafein dan berlaku dehidrasi pada tubuh. Ibu selepas bersalin juga sering mengalami masalah sakit badan kerana tidak cukup rehat atau proses pengembalian tenaga yang lambat selepas bersalin.
Cara Hilangkan Sakit Badan Tanpa Pengambilan Ubat
Beberapa petua berikut boleh anda amalkan, untuk membantu menghilangkan sakit badan secara semulajadi tanpa pengambilan ubat. Selamat mencuba!
1. Sapu Minyak Lavender
Sakit-sakit badan, sakit kepala, menunjukkan indikasi yang anda sebenarnya sedang stress dan mengalami ketegangan pada urat badan dan leher. Jadi, cuba sapukan sedikit minyak lavender di kawasan leher dan muka, kemudian dapatkan kerehatan sementara.
2. Berendam Dalam Air Garam
Anda boleh berendam dalam air panas bercampur garam. Terapi ini dapat menenangkan otot-otot yang sedang tegang. Garam mineral dipercayai dapat mengeluarkan racun daripada otot dan memperbaiki sistem saraf.
3. Peppermint Essential Oil
Peppermint Essential Oil ini mempunyai bau yang sangat kuat dan dapat memberikan kesegaran kepada siapa sahaja yang menghidunya. Ia sangat berkesan untuk membantu melancarkan pernafasan dan hidung tersumbat.
4. Pengambilan Teh dan Madu
Pengambilan teh dan madu bukan sahaja dapat melegakan sakit-sakit badan, namun dapat membunuh bakteria streptococcus, dan dapat dijadikan painkiller penyebab sakit tekak.
5. Pengambilan Supplemen Seharian
Saya sendiri merasai perubahan ini selepas konsisten mengambil supplemen. Tiada lagi sakit badan, letih-letih dan tidak bertenaga sepanjang hari. Untuk mereka yang sering sakit badan, rasa letih dan lesu, saya syorkan anda mengambil set ini. Bukan sahaja badan menjadi lebih bertenaga dan kuat, tetapi demam selsema sukar untuk datang juga. Sesungguhnya, kesihatan yang sihat sangat tidak ternilai harganya.