Sakit tumit – Banyak orang menderita sakit tumit. Tahukah anda, plantar fascitis adalah penyebab sakit tumit yang paling kerap terjadi di kalangan orang dewasa. Sebenarnya plantar fasclitis ini merujuk kepada sindrom sakit pada bahagian tumit kaki akibat radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok dan lengkungan pada kaki.
Apabila seseorang mengalami plantar fascitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif dan mengakibatkan aktiviti normal seseorang semasa berjalan dan berlari akan menyebabkan sakit tumit.
Biasanya sakit tumit akan makin meneruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini adalah kerana apabila kita bangun tidur, tisu plantar menjadi ketat dan mereganganggkan tisu fiber. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber akan kembali mengendur dan melonggar, jadi sakit akan semakin berkurang. Namun, sakit akan datang lagi jika kita berjalan atau berdiri terlalu lama.
Derita Sakit Tumit Berakhir
Di bawah ini merupakan kisah seorang wanita yang telah menderita sakit tumit hampir 2 tahun. Jom kita baca kisahnya, dan bagaimana beliau kini bebas sakit tumit dan boleh berjalan ke mana-mana tanpa risaukan kesakitan pada tumit lagi.
Nama saya Nadia Ezdanie Norazman, berumur 35 tahun dan saya merupakan suri rumah sepenuh masa. Saya juga mempunyai
Pada 23 November 2015 saya didiagnosis dengan “PLANTAR FASCITIS” atau bahasa senangnya sakit tumit. Sakit yang saya alami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai takut untuk saya untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi.
Kronologi kes saya ini bermula dari kepulangan saya dari melancong. Pada mulanya saya ingatkan kaki saya sakit setelah penat berjalan semasa melancong, mana tidaknya masa melancong tu semua tempat dijelajahi dari gunung sampailah ke lautan. Seharian berehat di rumah, tumit saya masih sakit dan akhirnya pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan “PAINKILLER”. Selepas makan ubat tersebut kesakitan saya terubat. Dari peristiwa tersebut sakit tumit akan on off on off.
Kesakitan yang teruk saya alami sekali lagi semasa saya melancong lagi dan penderitaannya semakin perit sampai saya tidak boleh berjalan. Apa lagi terus ambil ubat tahan sakit tapi masa itu terasa rugi kerana seharian tidak dapat berjalan dan bershopping kerana saya perlu berehat sahaja di bilik hotel. Sampai di Malaysia saya terus mendapatkan rawatan di Hospital. Setelah membuat beberapa ujian klinikal di hospital terutama X-ray doktor mengesahkan saya menghadapi “PLANTAR FASCITIS”
Selepas didiagnos dengan penyakit tersebut bermula episod untuk merawat. Setiap kali sakit menjelma peneman setia adalah “PAINKILLER”. Pemilihan kasut juga penting bagi saya. Setiap kasut saya mesti mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa. penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa ini melibatkan kos pembelian yang mahal, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit ini.
Selain daripada itu saya juga memerlukan suntikan pada bahagian tumit saya. Masa ini saya rasa sungguh menderita, tuhan hanya menarik satu nikmat dari saya tapi saya terasa cukup menderita. Kesakitan pada tumit ini amatlah menderita bagi orang yang mempunyai hobi melancong dan gemar melakukan aktiviti lasak.
Selama beberapa bulan saya hanya bergantung dengan rawatan seperti saya sebutkan di atas. Pada bulan Desember 2016 terdetik di hati untuk mencuba produk Shaklee. Mulanya saya mengambil produk untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya dengan set tersebut. Dari situ saya add on OsteMatrix dan Sustained Release Vita-C Plus. Saya mula mengambil OsteMatrix 4 biji setiap malam dan Vit-C 1 biji sebelah pagi. Setelah sebulan mengambil OsteMatrix dan Vit-C tersebut kesakitan yang saya alami semakin berkurang dan akhirnya saya dapat tumit kaki saya yang dahulu.
Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas saya baru pulang dari melancong dan saya tidak lagi merasai kesakitan yang pernah saya alami. Saya tidak lagi bergantung pada PAINKILLER dan yang paling saya gembira saya dapat menggunakan segala jenis fashion kasut yang ada di pasaran. Pergerakan saya tidak terbatas lagi. Bertambah gembira lagi masalah SINUSITIS/RESDUNG saya juga dapat diubati dan kulit saya bertambah berseri-seri.
Pelaburan yang saya buat bersama Shaklee berbaloi kerana bila kita menggunakan produk Shaklee untuk 1 tujuan kita akan dapat banyak manfaat dari sudut lain jugak. Kesan Shaklee terhadap saya sangat awesome. Saya dapat menurunkan berat badan saya dan dalam masa yang sama sakit tumit dan resdung saya dapat diatasi. Bak kata dari kawan saya, Sesungguhnya sakit itu MAHAL!!! PREVENTION IS BETTER THAN CURE.
Rawat Sakit Tumit Anda Hari Ini!
Jika berjumpa doktor, doktor akan memberikan anda ubat anti radang dan kalau sakit teruk sangat, doktor akan berikan suntikan untuk meredakan rasa sakit. Tapi ubat hospital ini bersifat dadah dan memberikan kelegaan sementara.
Sebagai alternatif, anda boleh mengamalkan supplement yang lebih selamat, mesra alam dan berkesan.
1. Ostematrix
Ostematrix mengandungi kalsium, dan magnesium yang dapat menghindarkan kerapuhan pada tulang dan menguatkan jisim tulang.
Tiada supplement terbaik kalsium selain Ostematrix. Jika anda mengambil supplement calcium di luar sana, anda perlu mengambil magnesium dan vitamin D dalam tablet yang asing. Bayangkan, anda memakan 3 jenis ubat untuk supplykan kalsium yang optimum pada badan anda.
2) Vitamin C
Vitamin C bertindak sebagai antioksida yang mengelakkan radikal bebas daripada merosakkan tisu. Disamping itu, vitamin C turut merangsang penghasilan kolagen yang menjadi asas kepada kekuatan tisu fiber seperti yang terdapat pada fascia plantar.