Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Tanda Masa Subur Wanita Untuk Hamil

Posted on July 24, 2017 by admin

Tanda Masa Subur– Kesuburan atau disebut ovulasi ini adalah saat magik yang berlaku pada setiap bulan apabila salah satu ovari kita melepaskan telur yang bersedia untuk persenyawaan. Melalui tanda-tanda kesuburan, ia dapat membantu kita untuk mengenal pasti hari-hari yang membuka lebih peluang untuk hamil.

 tanda masa subur

Ovulasi berlaku apabila satu ataupun lebih telur dilepaskan daripada salah satu ovari, dan ia adalah waktu subur dalam kitaran haid kita. Ia biasanya berlaku antara 12 hingga 16 hari sebelum mula masa haid seterusnya. Pada wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari. Ovulasi akan berlaku pada hari-hari ke 13 hingga ke 15. 

Tanda-Tanda Masa Subur Wanita

1. Perubahan Pada Mukus Serviks

Apabila kitaran kita berjalan, hormon estrogen meningkat. Ini bermakna isipadu mukus serviks bertambah dan terdapat perubahan pada teksturnya. Kita menjadi lebih subur apabila mukus itu jernih, licin dan melekit, sepertimana telur putih yang belum dimasak. Terdapat perubahan rasa pada serviks pada waktu ini, bermula daripada rasa keras, berada pada kedudukan rendah, tertutup dan kering, berubah menjadi lembut, berada pada kedudukan tinggi, terbuka dan lembap.

2. Sakit Pada Bahagian Bawah Abdomen

Hampir 20 peratus wanita rasa sakit apabila masuk masa subur (ovulasi). Kesakitan ini berbeza daripada rasa ringan hingga ke sakit menusuk, dan ia boleh hilang dalam masa beberapa minit ataupun berlarutan hingga ke beberapa jam. 

3. Rasa Seksi Dan Menggoda

Rasa bertambah ghairah, mempunyai keinginan untuk bermesra bersama pasangan, adalah tanda wanita sedang berada di fasa subur.

4. Kelihatan Lebih Menarik

Kajian menunjukkan wanita yang sedang berasa di masa subur akan merasakan dirinya cantik dan kelihatan cantik pada orang yang melihatnya. Kita mungkin memilih pakaian yang menarik dan memberi lebih perhatian pada gaya dan penampilan. 

5. Bau Harum

Ada pendapat mengatakan wanita akan lebih berbau harum pada kaum lelaki apabila hampir pada waktu subur. Semua tanda ini bersifat semulajadi bagi memastikan kita bersama pada waktu yang tepat. 

6. Suhu Badan Naik

Selepas berlaku ovulasi, suhu badan akan naik 0.5 hingga 1.6 darjah celcius. Kita tidak akan berasa perubahan itu ettapi kita boleh memeriksa suhu badan dengan termometer. Kita sangat subur dalam tempoh 2 ke 3 hari selepas suhu badan kita naik. Sesetengah pakar mencadangkan kita membuat carta suhu badan yang diambil setiap pagi selama beberapa bulan, untuk menjangka tarikh subur (ovulasi) yang bakal berlaku. 

7. Guna Alat Jangka Ovulasi (OPKs)

Alat jangka ovulasi atau ovulation predictor kits (OPKs) dapat membantu pasangan untuk mengetahui waktu subur dan peluang cerah untuk hamil. OPKs ini boleh didapati di mana-mana farmasi. 

Terdapat 2 jenis OPKs:

a) Berasaskan air kencing. OPKs jenis ini mengesan peningkatan hormon yang dipanggil luteinising hormone (LH) ataupun tidak. OPKs tidak mengesan sama ada ovulasi pasti berlaku, walaupun terdapat maklum balas positif kehadiran LH.
b) Berasaskan air liur. OPKs jenis ini mengesan kenaikan paras estrogen apabila proses ovulasi semakin hampir dan bukan hormon yang mengakibatkannya berlaku. 

Supplemen Untuk Tingkatkan Kesuburan  Isteri

1. Vitalea (Multivitamin)


Multivitamin lengkap untuk keperluan badan. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telur wanita atau ovum.

2. GLA Complex

GLA sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang sering menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang mana ia dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)“. Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangka masa yang agak lama iaitu 4-5 hari dan sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur. 

Apa Kata Pengguna Supplemen Kesuburan

PCOS atau Polycystic ovarian syndrome adalah penyakit yang menganggu kesuburan kebanyakan wanita. Ianya berkaitan dengan ketidaknormalan haid dan hormon yang sekaligus menyukarkan seseorang untuk mengandung.  Ingin saya kongsikan cerita yang salah seorang pelanggan sahabat saya yang telah mengambil set kesuburan Shaklee dan berjaya hamil setelah hanya sebulan mengamalkanya. Dan lebih mengejutkan beliau adalah pesakit PCOS, berusia 43 tahun dan  hanya ada satu ovari saja!


TESTIMONI 1

TESTIMONI 2

BOLEH DAPATKAN SUPPLEMEN UNTUK TINGKATKAN KESUBURAN ISTERI DI SINI

ATAU

HUBUNGI KAMI

Klik Image Untuk Terus Whatapps
Disclaimer: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan sebagai rawatan utama, menyembuhkan dan menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan di hospital yang berkaitan pada masa yang sama boleh ikhtiar dengan supplemen yang dicadangkan.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Mar    
©2023 | Design by Superb