Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Tanda Meroyan Sewaktu Dalam Pantang

Posted on October 4, 2017 by admin

Baby Blues dan Meroyan Adalah Sama?

Tanda Meroyan– Sebaik sahaja selepas bersalin, kebanyakan ibu mengalami keadaan dinamakan ‘kemurungan bayi’ atau baby blues rasa mahu menangis dan sangat sensitif. Ia selalunya berkaitan dengan hormon, tiga atau empat hari selepas bersalin apabila hormon kehamilan membazir keluar dan pengeluaran susu bermula. Ia juga berkaitan dengan anti klimaks fizikal dan emosi selepas bersalin.

 tanda meroyan

Kemurungan bayi atau baby blues ini mempengaruhi antara 60-80 peratus ibu, sebaik sahaja selepas bersalin, iaitu waktu berpantang dalam masyarakat orang Melayu. Ramai antara kita berasa letih, tidak boleh tidur atau rasa terperangkap dan risau. Selera makan juga akan berubah, berasa terganggu, resah, bimbang tentang fakta menjadi seorang ibu. Kesemua perasaan ini adalah normal dan biasanya akan berakhir dalam beberapa minggu.

Namun baby blues sering disalahertikan dengan sebagai postnatal depression (PND), atau dipanggil meroyan dalam konteks masyarakat Melayu kerana ia mempunyai simptom-simptom yang hampir sama. Beberapa hari terawal selepas bersalin, emosi turun naik adalah dijangkakan. Sekiranya kita berterusan seperti ini dalam dua hingga tiga minggu selepas bersalin, kita perlu dapatkan bantuan profesional.

Tanda-Tanda Meroyan

Umumnya dipercayai dakam 10 peratus ibu baru melahirkan anak mnderita masalah meroyan (PND). Sekiranya kita mempunyai banyak simptom yang disenaraikan di bawah ini, dan kita menderita kerananya, kita perlu berbincang dengan doktor. Antara tanda-tanda meroyan ialah:

✔ Selalu rasa tidak senang dan lebih teruk pada waktu pagi dan malam.

✔ Berasa hidup ini tidak bermakna dan tiada apa yang ditunggu lagi.

✔ Rasa bersalah dan sentiasa menyalahkan diri sendiri.

✔ Mudah terganggu dan mudah membentak pasangan dan anak-anak.

✔ Penuh linangan air mata.

✔ Sentiasa keletihan tetapi tidak boleh tidur.

✔ Tidak dapat menggembirakan diri sendiri.

✔ Hilang senda gurau dalam diri.

✔ Tidak dapat mengurus.

✔ Sangat bimbang tentang bayi dan kerap merujuk pakar kesihatan.

✔ Bimbang tentang kesihatan diri sendiri, takut diri mengalami kesakitan yang dasyat.

✔ Tidak boleh fokus dalam apa jua perkara.

✔ Berasa bayi adalah orang asing dan bukan milik kita.

✔ Hilang keinginan seks.

✔ Paras tenaga rendah.

✔ Masalah ingatan.

✔ Sukar membuat keputusan.

✔ Tiada selera makan.

✔ Gelisah.

✔ Tidur yang terganggu termasuk terjaga di awal pagi.

Jika anda mengalami simptom-simptom di atas dan ianya berlaruran untuk berminggu-minggu, dapatkan nasihat daripada profesional. Meroyan adalah masalah yang serius yang mana ibu mempunyai keberangkalian untuk mencederakan diri sendiri, atau orang sekelilingnya termasuklah bayi yang baru lahir.

Supplemen Terbaik Untuk Bantu Elak Meroyan

Kerana sayang kepada anda semua, selain daripada mengamalkan 6 Amalan Dalam Pantang Untuk Elak Meroyan , saya mahu perkenalkan supplemen terbaik untuk bantu elak meroyan di kalangan ibu berpantang ini.

Banyak kajian saintifik menunjukkan Omega3, magnesium, vitamin b complex dan zink antara nutrien penting yang boleh bantu cegah meroyan (postpartum depression). Rumusan nutrien ini terdapat dalam supplemen yang ingin saya kongsikan di bawah:

1. Omega Guard

Biasanya orang kaitkan Omega-3 (komponen asid lemak omega dlm Omega Guard) dgn perkembangan minda kanak2. Sebenarnya Omega Guard ni sgt banyak fungsi dia especially utk mak2 yg dalam pantang yang sedang mengalami perubahan hormon. 

  • Meningkatkan fungsi GREY MATTER. Grey matter adalah komponen otak yg utama, yg berfungsi menghantar signal kepada saraf2 yg lain. Ia memainkan peranan dalam peningkatan tisu otak di bahagian KEGEMBIRAAN.


Jadi kalau asyik sedih2, amalkan Omega Guard ye!

2. Vitamin B-Complex

  • Asid panthethonic dalam B-Complex memainkan penting untuk melegakan stress. Vitamin B sering dirujuk sebagai vitamin anti stress. 
  • Vitamin B5 dalam B-Complex juga penting untuk membantu pengeluaran hormon yang berkaitan tekanan yang dihasilkan dalam kelenjar adrenalin. Kajian menunjukkan vitamin B5 membantu memulihkan kelenjar adrenal dari stress.
  • Vitamin B6 berupaya mempengaruhi pengeluaran serotonin kimia otak. Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk hadapi stress.

3. ESP (Soy Energizing Protein)

ESP Shaklee mengandungi 9 asid amino yang badan perlukan, yang mana badan tidak dapat hasilkannya dengan sendiri. Dalam banyak-banyak asid itu, ada 2 amino asid yang membantu stabilkan emosi terutama mak-mak ni kan.
  • THIAMIN membantu naikkan mood, memberikan tenaga, menjaga saraf ibu dan memberi tidur yang lena.
  •  RIBOFLAVIN membantu mengurangkan sakit kepala, migrain, hilangkan kebimbangan, keletihan dan tekanan. 
So lepas ni, mak-mak dalam pantang bolehlah amalkan set vitamin ini atau pilihlah mana-mana mengikut budget anda! Yang penting, mak-mak berusaha untuk jadi mak yang cool dan cergas sentiasa semasa dalam pantang. Bukan untuk hilangkan stress saja, tapi juga untuk kesihatan mak-mak juga. 
Vitamin-vitamin ini juga sesuai untuk bantu hilangkan stress ibu hamil dan hilangkan stress ibu berpantang. 

JOM DAPATKAN VITAMIN ANTI STRESS INI

                                                      Boleh beli menggunakan debit/credit card!

ATAU

HUBUNGI KAMI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« May    
©2023 | Design by Superb