Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

7 Tips Anak Cepat Membaca Seawal 5 Tahun

Posted on December 29, 2017 by admin

Tips Anak Cepat Membaca– Ramai orang tidak setuju apabila kanak-kanak di usia seawal 4-5 tahun sudah BELAJAR DAN BOLEH MEMBACA! Saya sebagai seorang ibu, mempunyai matlamat yang berbeza untuk setiap anak-anak saya bergantung kepada keadaan dan potensi mereka. Mungkin anak saya kali ini, boleh membaca di usia 5 tahun. Tetapi, mungkin tidak applicable untuk anak saya yang seterusnya. Bergantung kepada kelebihan dan potensi mereka. Anda kena ingat, every child is special.

Walaupun anak saya sudah boleh membaca di usia 5 tahun, daripada pemerhatian saya, dia tetap seorang kanak-kanak yang hampir 24/7 bermain, menonton kartun, berjalan-jalan, ke hulu hilir pula mengikut ummi dan abi, bercuti, dan hidupnya penuh dengan imaginasi kartun-kartun Upin Ipin, Omar Hana, Ultraman, Superwing dan banyak lagi! Jangan menjadikan fakta masa 4-6 tahun adalah masa untuk anak-anak bermain sahaja, sebagai alasan untuk anda mengabaikan pembelajaran membaca anak anda. Mengapa saya kata begitu? Sebenarnya, anak anda mempunyai keupayaan yang sangat besar untuk bermain sambil belajar dan mereka mempunyai daya ingatan pada yang kuat di usia emas 4-6 tahun ini. Anda sebagai ibu bapa harus menyiapkan anak-anak dengan persiapan terbaik sebelum anak anda melangkah ke alam sekolah yang sebenar. Nak mengajar ada caranya!

7 Tips Anak Cepat Membaca

1. Hantar Anak Ke Sekolah Yang Baik

Pemilihan sekolah itu penting. Di sekolah, anak kita akan menjalani sesi pembelajaran yang ceria sambil menyanyi, berkawan, bercerita, bermain dan belajar bergaul dengan kawan-kawan. Saya dapati mudah untuk saya mengajar anak saya membaca, setelah dia ke sekolah. Saya akan menggunakan buku yang diajar di sekolah, untuk mengajarnya membaca di rumah. 

2. Peruntukkan 30 minit Sehari Untuk Belajar Membaca

Di peringkat permulaan, saya hanya berjaya peruntukkan 5-10 minit sahaja untuk mengajar . Ketika itu usianya baru 4 tahun. Sekarang, masa belajar boleh pergi hingga ke 30 minit. Selebihnya masa anak saya ialah dengan dunia kanak-kanaknya. Bermain dan bermain. Bayangkan hanya peruntukkan 30 minit sehari, semua orang mampu lakukannya!

3. Biarkan Anak Anda Banyak Main Dan Explore The World

Memang fitrah kanak-kanak suka bermain. Saya dapati semakin banyak anak saya bermain, semakin banyak dia belajar perkara baru. Lagi banyak dia bermain, lagi mudah dia hendak menangkap apa yang diajar. Jadi, jangan marah jika anak anda aktif bermain!

4. Say No To TV dan Gadget?

Ada orang menidakkan terus tv di rumah. Tetapi, tidak untuk saya. Tahukah anda? Cerita-cerita kartun seperti Upin Ipin, Omar Hana, Superwing, mempunyai nilai yang baik untuk anak-anak kita belajar. Anak saya belajar banyak nilai-nilai yang baik daripada watak kartun-kartun yang baik, terutama nilai yang tak sempat saya nak sentuh atas asbab kesibukan. Ada TV itu tidak salah, yang penting, anda mengajar anak anda disiplin. Dalam sehari, peruntukkan hanya 2 jam untuk menonton rancangan kegemarannya. Selebihnya, lambakkan mainan, buku, plastesin untuk mereka bermain. 
Gadget? Ya saya sangat memerlukan gadget, video dalam kereta supaya anak saya boleh duduk diam dan tenang dalam carseat! Huh…

5. Dekat Hubungan Dengan Allah

Sebagai seorang ibu, kena banyak doa untuk anak kita. Pada masa yang sama, dekatkan hubungan kita dengan Allah. Saya sendiri dapat merasakan mudah untuk saya mengajar anak saya, apabila saya menjaga ibadah saya sendiri terutamanya quran. 

6. Ajar Anak Anda Disiplin

Ini pun saya belajar daripada orang yang lebih berusia dari saya, yang dah lahirkan anak-anak yang berjaya dunia dan akhiratnya inshaAllah. Bagaimana dia mengajar disipilin pada anaknya. Sehinggakan apabila bangun pagi, anaknya sudah tahu rutin yang perlu mereka lakukan, mandi, solat, sarapan pagi, ke sekolah, belajar dan seterusnya. Jadi ibu bapa tidak perlu menjerit bagai untuk menyuruh anak belajar dan solat.
Pada peringkat permulaan, saya membuat jadual sebegini untuk anak saya. Jika berjaya dilakukan, saya akan hadiahkan sticker pada mereka. 

7. Beri Anak Makan Supplemen Tambahan

Supplemen tambahan adalah untuk memberikan zat tambahan pada anak-anak kita. Saya suka berikan vitamin C dan multivitamin untuk anak-anak saya, supaya mereka ada daya ketahanan imun badan yang kuat dari melawan virus atau bakteria. Bila-bila anak-anak tak sihat, kita pun pening kepala kena berjaga malam monitor suhu kan? Memang ada anak ni, kesihatan mereka sangat berharga untuk ibu bapa.
Omega Guard kaya dengan Omega-3 yang kaya dengan DHA dan EPA. DHA dan EPA ini sangat bagus dan membantu untuk meningkatkan kecerdasan otak.
Sekian sahaja sharing daripada saya. Semoga 7 tips anak cepat membaca seawal 5 tahun ini bermanfaat untuk semua. Jika anda ingin dapatkan supplemen tambahan untuk anak anda, boleh hubungi saya. 

 Boleh buat belian terus secara online di sini:
urticaria

ATAU

HUBUNGI KAMI

Klik image untuk terus whatapps


                                            Penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.


Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb