Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

8 Tips Berkesan Kurangkan Alahan Mengandung

Posted on February 10, 2017 by admin

Kurangkan Alahan Mengandung– Kebanyakan wanita yang mengandung akan mengalami alahan semasa mengandung dalam bentuk rasa loya, muntah-muntah, pening kepala, rasa tidak bertenaga dan tidak larat pun untuk bangun. Dalam bahasa perubatan, alahan semasa mengandung ini disebut sebagai hyperemesis gravidarum.

Selalunya, rasa loya dan muntah ini berlaku pada waktu pagi atau boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Bau masakan dan bau yang kuat juga boleh merangsang rasa ingin muntah. Ada kalanya, stress dan tekanan yang teruk juga boleh menyebabkan muntah yang teruk. Fasa alahan mengandung ini adalah fasa yang mengujikan bagi bakal ibu. Mana tidaknya, ketika itu, mereka tidak berupaya berbuat apa-apa, tidak bertenaga dan banyak aktiviti seharian yang terbatas kerana alahan mengandung ini.

 kurangkan alahan mengandung

Bersabarlah, para ibu sekalian! Tiada ubat khusus untuk alahan mengandung ini. Bantulah diri anda untuk amalkan Tips Berkesan Kurangkan Alahan Mengandung ini supaya anda dapat menjalani hari-hari kehamilan anda dengan indah dan bahagia.

Mengapa Alahan Mengandung Berlaku?

Alahan mengandung berlaku disebabkan oleh hormon HCG yang dirembes dengan banyak semasa mengandung. Kandungan hormon ini mula naik pada minggu ke-6 dan mencapai puncak maksimum pada minggu ke-10 hingga minggu ke-12. Selepas minggu ke-12, kebiasaannya keadaan ibu menjadi lebih baik. Namun, jangan terkejut, sesetengah orang mengalami alahan mengandung ini sepanjang tempoh kehamilan.

Alahan mengandung boleh jadi berbahaya jika berlaku muntah-muntah yang teruk sehingga mengakibatkan dehidrasi atau kekeringan air dalam badan, rasa lemah yang amat sangat dan boleh jadi pengsan juga.

Tanda-tanda Berlaku Dehidrasi

1. Bibir dan lidah menjadi kering

2. Kulit berkedut

3. Bola mata ke dalam

3. Nafas berbau ketone iaitu sejenis bau yang terdapat pada orang berpuasa.

Jika anda mengalami alahan seteruk ini, sehingga muncul tanda-tanda dehidrasi di atas, pergilah ke hospital bagi mendapatkan rawatan menggantikan air dan garam galian. Pemeriksaan darah juga perlu dibuat untuk memastikan semua elektrolit dalam badan berada dalam keadaan seimbang. Kandungan air kencing juga harus diperiksa bagi memastikan tiada jangkitan kuman dan juga menentukan terdapat ketone iaitu bahan yang terhasil dalam keadaan berpuasa di mana tubuh mengeluarkan metabolisme protein kerana tiada karbohidrat atau gula dalam badan.

8 Tips Berkesan Kurangkan Alahan Mengandung

1. Makan Dalam Kuantiti Sedikit Tetapi Kerap

Wanita mengandung tidak seharusnya membiarkan perut mereka kosong kerana ini akan membuatkan loya dan muntah-muntah semakin teruk, Makanlah dalam kuantiti sedikit tetapi kerap boleh membantu menstabilkan tahap gula dalam darah, dan memberi anda tenaga. Elakkan makanan berlemak, bergoreng. berempah dan berasid. Makanan yang dicadangkan untuk kurangkan alahan mengandung adalah seperti sandwich, biskut dan yogurt. Ambil banyak makanan berunsurkan protein dan vitamin B seperti kacang.

2. Minum TEH HALIA

Air teh halia yang tidak terlalu pekat boleh memberikan kelegaan kepada perut dan kurangkan loya. Tambah daun pudina atau peppermint untuk memberikan efek kelegaan pada perut yang lebih baik. 

3. Banyakkan Minum Air

Minuman air mineral dan jus yang digemari boleh kurangkan rasa loya dan nak muntah. Tetapi perlu diingat untuk tidak mnengambil air berlebihan kerana ia akan menyebabkan  perut penuh dan cepat kembung.

4. Dapatkan Banyak Rehat

Tekanan dan keletihan boleh menyebabkan alahan menjadi semakin teruk. Dapatkan rehat yang mencukupi.

5. Bau Kesegaran Lemon

Bau buah lemon boleh menyebabkan kita berasa segar dan mengurangkan rasa loya dan nak muntah. Selain membau, lemon juga boleh dititiskan dalam minuman kita. Jika tiada lemon, buah limau juga memadai. 

6. Menyimpan Diari

Tuliskan dalam diari anda waktu dan masa anda selalu diserang alahan semasa mengandung ini. Jadi, anda boleh cari punca makanan atau sistuasi yang boleh membawa kepada alahan tersebut. Langkah atasi untuk kurangkan alahan juga boleh diambil.

7. Mencuba Aromaterapi Semulajadi

Aromaterapi menggunakan minyak limau nipis, citrus dan lemon boleh kurangkan alahan mengandung. Titiskan beberapa titis dalam air yang diletakkan lilin di bawahnya atau guna lilin yang telah ada bau aromaterapi. Ia dapat membantu menenangkan fikiran, dan kurangkan alahan mengandung.

8. Ambil Multivitamin & Vitamin B Complex (piridoksina)

Multivitamin dan vitamin B Complex boleh mengurangkan alahan mengandung. Jika anda mengambil vitamin yang membekalkan nutrisi yang cukup dalam badan anda semasa mengandung, kemungkinan besar anda tidak akan mengalami simptom alahan mengandung yang teruk.


Nutrisi Untuk Kurangkan Alahan Mengandung

1. Multivitamin (Vitalea)


  • Vita-Lea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.



2. Sustained Release Vitamin C

Set Mengandung Shaklee

  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan :(

3. B-Complex Shaklee


Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik. 


4. Energizing Soy Protein (ESP)



Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Membantu pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.


5. Ostematrix (Kalsium, Vitamin D & Magnesium)

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Ostematrix membantu masalah cramp, sakit pinggang dan sakit belakang pada ibu hamil.

6. Omega Guard (DHA & EPA)


DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain. Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.



Apa Kata Pengguna Set Hamil Shaklee?



1. Anemia Tiada Lagi!


2. Mengandung Tapi Steady! Tiada penat-penat lagi. 

3. Sihat, Bertenaga dan Alahan Tiada!

DAPATKAN HARI INI SET HAMIL YANG AWESOME INI!

    Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.


ATAU

HUBUNGI KAMI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb