Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Rawatan Nutrisi Pembawa Talasemia Semasa Mengandung

Posted on February 14, 2017 by admin
 pembawa talasemia mengandung


Doktor mengesahkan saya pembawa talasemia semasa mengandung. Ini kerana kandungan hemoglobin (Hb) saya sentiasa rendah sekitar 8-9g/dl sahaja. Adakah penyakit saya berbahaya dan apakah risiko kandungan saya mendapat penyakit yang sama? Apakah rawqtan atau langkah untuk kekalkan kualiti kesihatan semasa mengandung?


Pembawa Talasemia Mengandung-Terdapat sebahagian wanita yang langsung tidak tahu bahawa dirinya adalah seorang pembawa talasemia sehinggalah dia mengalami anemia yang agak teruk semasa hamil. Ada kalanya ada juga ibu yang baru tahu pembawa talasemia ini semasa mengandungkan anak ketiga atau keempat kerana sebelum ini si ibu tidak mengalami sebarang simptom anemia atau kekurangan darah yang serius.

Iktiar melalui pengambilan zat besi daripada sumber makanan atau suplemen setidak-tidaknya akan membantu ibu agar lebih bertenaga dan tidak lembik sepanjang menjalani tempoh kehamilan yang sepatutnya dinikmati dengan emosi dan kesihatan yang baik.

Bagaimana Talasemia Terjadi?

 pembawa talasemia mengandung
Hemoglobin (Hb) terdiri daripada rangkain haem iaitu zat besi dan globin iaitu rangkaian protein. Bagi penghidap talasemia, terdapat keganjilan kepada rangkaian globin ini. Ini menyebabkan penghidap talasemia mempunyai hemoglobin yang senang pecah. Kesannya, penghidap talasemia mengalami kekurangan darah dan perlu menjalani rawatan tambah darah. Talasemia merupakan penyakit genetik yang boleh diturunkan.

Pembawa Talasemia

Pembawa talasemia adalah berbeza daripada penghidap talasemia. Pembawa talasemia mewarisi satu genetik talasemia dan tidak mempengaruhi keseluruhan genetiknya. 
Jika ada seorang pembawa talasemia, anda juga akan mengalami kekurangan darah dalam keadaan tertentu terutamanya semasa mengandung. Tambahan darah kadang-kadang diperlukan dan boleh jadi tidak perlu. Oleh kerana itu, pembawa talasemia boleh menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak banyak masalah. 

Talasemia Penyakit Genetik

Jika anda pembawa talasemia, anak anda mempunyai keberangkalian pembawa talasemia sebanyak 50%. Sekiranya suami anda juga pembawa talasemia, maka ada 25% peluang untuk anak puan juga menghidap talasemia. Darah suami dan anak-anak lain harus diperiksa.
 pembawa talasemia mengandung

Gejala Penghidap Talasemia

Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan. Antara tanda-tanda penghidap anemia ialah:

1. Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.

2. Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

3. Jaundis.

4. Tumbesaran terbantut.

5. Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.

6. Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dahi dan rahang yang tidak normal (tanda lewat).

Rawatan Pembawa Talasemia Semasa Mengandung

Pesakit Talasemia yang serius harus menjalani transfusi darah yang berterusan setiap bulan. Namun, transfusi darah yang berterusan juga tidak bagus kerana akan menyebabkan pengumpulan zat besi dalam organ penting tubuh seperti hati, jantung dan kelejar endokrin yang akhirnya boleh merosakkan fungsi-fungsi organ tersebut. Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan pula perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine. Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
Untuk rawatan pembawa talasemia semasa mengandung, pengambilan beberapa supplemen yang baik dan membekalkan zat yang mencukupi untuk ibu mengandung sangat penting. Supplemen yang mengandungi tinggi zat besi atau iron tidak digalakkan kerana ia tidak membantu dalam meningkatkan Hb, malah ia boleh membawa kemudaratan kerana mengambil zat besi yang berlebihan dan berupaya merosakkan organ-organ.

Supplemen Yang Dicadangkan Untuk Pembawa Talasemia Semasa Mengandung


1) Vitamin B complex.



Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah.


2) Ostematrix




 Ostematrix(lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.

3) Soy Energizing Protein (ESP)


Energizing Soy Protein (ESP) juga disarankan kerana protein membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga. 



DAPATKAN SUPPLEMENT INI HARI INI


    Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.


ATAU

HUBUNGI KAMI





Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« May    
©2023 | Design by Superb