Semua orang tentu tidak mahu jika mulutnya mengeluarkan aroma yang tidak sedap. Bau mulut yang keluar tentu akan sangat mengganggu tidak hanya diri sendiri tapi juga orang lain. Hal itu juga akan membuat orang merasa marah dan juga boleh membuat malu bagi yang mengalaminya. Oleh kerana itu bau mulut memang tidak seharusnya dipertahankan akan tetapi harus segera dihilangkan.
PENYEBAB BAU MULUT
Lalu apa penyebab bau mulut? Sebelum berbicara cara menghilangkan bau mulut, ada baiknya jika kita kenali beberapa sebab yang dapat menjadikan mulut seseorang itu berbau iaitu:
- Kurang menjaga kebersihan mulut. Pastikan untuk menggosok gigi minimal dua kali dalam sehari, Pagi serta malam menjelang anda tidur.
- Elak makan makanan yang boleh menghasilkan bau mulut seperti petai. Makan tersebut memang enak rasanya, namun tentu saja menimbulkan bau mulut tidak sedap.
- Kebiasaan merokok juga boleh membuat nafas orang yang merokok menjadi tidak sedap. Begitu banyak bahaya merokok, selain itu akan menyebabkan mulut anda bau tembakau dan terasa kecut setiap saat.
- Lupa akan sarapan pagi. Kebiasaan tidak makan pagi bisa menimbulkan bau mulut tidak sedap. Seharusnya pastikan gosok gigi sesudah makan pagi.
- Adanya gangguan pada gigi seperti gigi berlubang. Bakteria pada gigi yang berlubang juga menimbulkan bau mulut tidak sedap. Lagi-lagi pada saat sakit gigi, kita malas sekali gosok gigi kerana menahan rasa sakit pada gigi.
CARA MENGATASI BAU MULUT
Lalu bagaimana cara mengatasinya bila kita mempunyai masalah bau mulut? Berikut ini adalah cara menghilangkan bau mulut yang menggunakan bahan semulajadi dan praktik yang mudah:
1. KAYU MANIS
Cinnamon atau yang biasa disebut kayu manis, mengandungi aldehida cinnamic, iaitu minyak essential yang tidak hanya menutupi bau mulut, tetapi juga mengurangi jumlah bakteria dalam mulut. Untuk mengubati bau mulut anda boleh mencuba cara berikut:
2. CENGKEH
Cengkeh merupakan bahan semulajadi untuk menyegarkan nafas dan memiliki sifat antibakteria yang bagus untuk menyingkirkan bau mulut.
3. JUS LEMON
Jus lemon telah digunakan sebagai cara menghilangkan bau mulut secara semulajadi di negara-negara maju. Selain sebagai bahan kecantikan seperti pemutih muka, kandungan asam pada lemon berfungsi mencegah pertumbuhan bakteria dalam mulut. Selain itu, bau yang menyenangkan dari lemon membantu menutupi bau tidak sedap yang berasal dari mulut.
Selain lazat, jus lemon berkhasiat untuk bau mulut
4. CUKA EPAL
Cuka epal memiliki pH penyeimbang, yang dapat mengatasi bau mulut.
5. BAKING SODA
Baking soda atau soda bikarbonat, adalah bahan alami untuk menghilangkan dan mencegah bau mulut. Baking soda membantu keseimbangan kadar asam yang menyebabkan bau mulut.
6. MENJAGA MULUT ANDA TETAP LEMBAB
Mulut yang kering adalah sumber dari bau mulut. Air liur membantu agar mulut anda tetap lembab dan berfungsi sebagai antiseptik dan enzim yang membunuh bakteri. Itu sebabnya nafas lebih bau di pagi hari kerana mulut menghasilkan sedikit air liur saat tidur. Bagaimana menjaga mulut tetap lembab?
- Minum air. Minumlah banyak air putih dan gunakan air dengan berkumur di antara sela-sela gigi anda. Air tidak selalu meningkatkan produksi air liur, tapi itu akan membersihkan mulut dan itu baik untuk membuat mulut anda tetap lembab.
- Mulut kering dapat disebabkan oleh ubat-ubatan tertentu dan kondisi kesihatan. Konsultasikan kepada doktor tentang ubat yang anda ambil dan ceritakan tentang kesan sampingan mulut anda yang kering.
7. BERKUMUR
Seringlah berkumur untuk membersihkan sisa-sisa makan pada mulut anda. Anda juga boleh menggunakan ubat kumur yang hygenic dan berkuali yang dapat dibeli di pasaran.
8. GOSOK GIGI
Menjaga kebersihan mulut dengan cara gosok gigi secara teratur. Gosok gigi secara teratur bermanfaat untuk menghilangkan bau mulut anda. Cobalah untuk gosok gigi sehabis makan secara teratur.
9. MENGHENTIKAN KEBIASAAN MEROKOK
Merokok menyebabkan bau mulut tidak sedap yang tidak disukai orang.. Selain buruk bagi kesihatan, menghentikan kebiasaan merokok juga mengurangi bau mulut yang tidak sedap.
10. BANYAK MENGAMBIL BUAH-BUAHAN
Buah terutama yang mengandung vitamin c seperti jeruk, epal, pisang dll membantu memerangi bakteria di mulut. Selain buah-buahan, sayuran seperti sadri juga bermanfaat menghilangkan bau mulut.
11. MENGAMBIL JUS JERUK ATAU JUS NANAS
Selain jus lemon, jus jeruk juga bagus untuk membuang bau tidak sedap pada mulut. Anda juga boleh mencuba jus nanas. Sebelum tidur, buatlah segelas jus jeruk atau jus nanas dengan air hangat. Anda boleh menambahkan satu sudu madu dan sedikit kayu manis untuk menambah rasa yang nikmat. Pengambilan jus jeruk atau nanas membuat bangun pagi anda dengan nafas yang segar.
Cara menghilangkan bau mulut secara alami di atas bisa anda lakukan sendiri di rumah. Di beberapa kedai sudah ada juga yang menyediakan larutan untuk menjaga agar mulut tetap bersih dan juga sedap. Mungkin anda juga boleh untuk mencubanya
Sumber dari: Sihatsatu.Com