Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Cara Kurangkan Sakit Contraction

Posted on August 2, 2017 by admin
Cara Kurangkan Sakit Contraction– Sakit contraction itu sukar untuk digambarkan kesakitannya. Kita bernasib baik kerana hidup di zaman yang membolehkan kita mengambil pelega kesakitan efektif semasa proses kelahiran, sekiranya mahu. Namun, sesetengah pelega kesakitan memberikan kesan sampingan kepada kita dan bayi, jadi sangat berbaloi sekiranya kita mempunyai ilmu tentang pelega kesakitan semulajadi.
cara kurangkan sakit contraction
Sekarang, ramai ibu boleh menarik nafas lega dan dapat menikmati proses kelahiran dengan indah dan tenang. Pelbagai cara semulajadi dan alternative diperkenalkan dan telah berjaya membantu ibu untuk mengurangkan sakit contraction mereka. Jom terus membaca!

Cara Kurangkan Sakit Contraction


Hampir semua cara yang bakal saya ketengahkan ini sangat mudah dilakukan dan tidak melibatkan sebarang kos. Yang penting, anda mempunyai ilmu dan tahu apa hendak dibuat semasa sakit contraction.

1. Refleksologi

 cara kurangkan sakit contraction

Membuat refleksologi berasaskan tapak kaki seperti sebuah peta yang menggambarkan tubuh badan kita. Ahli refleksologi percaya yang tekanan pada titik tertentu pada tapak kaki akan mengurangkan symptom, selari dengan bahagian tertentu dalam badan. Apabila kita mengalami sakit contraction, minta pasangan untuk memicit tumit beberapa kali semasa kontraksi. Tumit mewakili zon refleksologi di bahagian pelvis. Memicit tumit adalah cara ‘memeluk’ bahagian badan yang melakukan semua kerja keras semasa kelahiran. Sekiranya kontraksi semakin perlahan, pasangan boleh mengurut di belakang ibu jari kaki. Titik refleksologinya dipercayai berhubungan dengan kelenjar pituitary di dalam otak, di mana hormon kelahiran dikeluarkan.

2. Teknik Pernafasan


Dalan proses kelahiran, kita perlu menjimatkan tenaga sebanyak yang mungkin dan memberi bayi bekalan oksigen secukupnya bagi membantu bayi melalui proses kelahiran dengan jayanya. Pernafasan berirama dapat membantu kita melakukannya, dan focus pada pernafasan adalah cara berkesan bagi kita melalui setiap kontraksi.
Tarik nafas dalam-dalam pada permulaan kelahiran, dan apabila kita menghembus nafas keluar, cuba untuk relaks. Kemudian tarik nafas melalui hidung dan hembus keluar melalui mulut dan pipi dengan sangat lembut. Jangan terlebih bimbang, beeapa banyak kali kita harus menarik nafas, Cuma kekalkan rentak pernafasan itu secara berterusan. Tarik nafas melalui hidung dan hembus keluar lembut melalui mulut.
Fokus lebih mendalam pada pernafasan apabila contraction makin kuat dan mula menghilang. Apabila contractrion itu berlalu, cuba untuk relaks.
Kita juga boleh mencuba teknik pernafasan berbilang. Apabila kita menarik nafas, kira dengan perlahan hingga ke angka tiga atau empat dan apabila kita menghembus nafas keluar, kira semula ke angka tiga atau empat. Kita mungkin mendapati, ia lebih selesa untuk bernafas dakam kiraan tiga dan hembus nafas dalam kiraan empat.

3. Berurut


Urutan merangsang badan merembes hormone endorphin, iaitu penahan kesakitan semulajadi dan bahan perangsang semangat. Pakar-pakar kelahiran bayi mencadangkan teknik ini, kerana ia terbukti mengurangkan kesakitan dan mengurangkan rasa cemas. Amalan mengurut juga mempunyai kaitan dengan pengurangan tempoh pelahiran dan merendahkan risiko kemurungan selepas bersalin.
Urutan juga merapatkan hubungan kita dengan seseorang yang mengambil berat tentang diri kita. Beritahu mereka tempat mana kita suka diurut. Kita mungkin suka diurut di bahagian paling asas belakang semasa kontraksi. Kita mungkin juga suka diurut di bahagian bahu, antara sakit kontraksi bagi membantu kita relaks. Beri maklum balas pada mereka yang mengurut, supaya kita dapat urutan dan keselesaan terbaik.Urutan yang bermula dengan perlahan dan lembut adalah terbaik. Gosokan yang tergopoh-gapah akan membuat kita lebih mudah panic berbanding masa relaks. Jangan lupa, tekanan pada itulah yang kita perlukan. Ia membantu badan merangsang perembesan hormone endorphin, di mana ia memberi satu pengalaman positif daripada amalan mengurut.

4. Terapi Aroma

Ahli terapi, mempercayai patu minyak ekstrak daripada beberapa jenis tumbuhan dan bunga boleh merangsang, mengimbang paras hormon, dan melegakan tekanan. Berurut dengan pati minyak semasa kelahiran dapat membantu mengurangkan cemas dan menaikkan hormone ‘rasa bagus’ seperti oksitosin. Ia dapat membantu kelahiran bergerak normal. Sekiranya kita tidak suka diurut, kita juga boleh menghidu bauan dengan meletakkan satu atau dua titis atas tisu.Pati minyak buah limau gedang, mandarin, lavender,ylang-ylang, semuanya dapat membantu melegakan tekanan dalam kelahiran.

5. Kehangatan

Menggunakan cara panas merupakan cara traditional bagi merehatkan otot yang sedang tertekan. Kita boleh memanaskan belakang dan perut dengan menggunakan beg tungku berisi air panas. Tetapi, cara ini mesti berhati-hati untuk memastikan air panas tidak tertumpah keluar dan melecurkan badan kita.Berurut juga merupakan cara untuk memberikan kehangatan pada badan.

6. Air Dan Kelahiran Dalam Air

Ia merupakan suatu kebiasaan untuk ibu mandi, berendam dalam tab atau kolam bersalin khususnya untuk membantu melalui perlahiran dengan sebaiknya. Ramai bidan mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk memberi sokongan dengan teknik ini di UK. Bagaimanapun, kelahiran dalam air sebegini adalah terhad di Malaysia, kenali hospital yang mengamalkannya dengan cara bertanya pada doktor semasa perjumpaan antenatal. Sekiranya kita menggunakan kolam bersalin di hospital, kita mungkin tidak dapat masuk ke dalam kolam sehingga proses perlahiran kita benar-benar kukuh. Ini kerana dengan memasuki kolam, ia boleh menyebabkan perlahiran menjadi perlahan. 2 kemungkinan boleh berlaku, kita masuk kolam dan kelahiran menjadi perlahan atau contraction jadi cepat dan makin kuat. Kita boleh menggunakan kolam mengikut keselesaan kita iaitu kita boleh keluar masuk kolam bila-bila masa mengikut keselesaan. 

Ostematrix Membantu Dalam Proses Kelahiran

 Ada Apa Dengan Ostematrix?


Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan pelbagai lagi unsur yang penting untuk ibu hamil. Ostematrix dapat membantu ibu hamil atasi beberapa masalah yang common dengan mereka seperti kejang kaki waktu tidur, sakit belakang, sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan dan juga sukar tidur malam. 





Banyak kajian menunjukkan kalsium dan magnesium membantu dalam proses melahirkan anak. Gabungan kalsium dan magnesium ini membantu dalam mengecutkan rahim dan menolak bayi untuk keluar dengan lebih cepat tanpa membuatkan si ibu rasa kesakitan yang amat sangat. Ini kerana seluruh saraf badan mengalami ketenangan dan tidak stress.


Magnesium bertindak sebagai natural induce. Kalsium pula diperlukan dalam setiap otot tubuh untuk pergerakan. Apabila wanita hamil itu sedang stress apabila mengalami fasa kesakitan, digalakkan untuk mengambil Ostematrix mereliefkan muscle contraction dan membuatkan rasa mengantuk. 
Seandainya paras kalsium dan magnesium rendah di semasa hampir bersalin dan melahirkan anak, proses kelahiran akan menjadi lebih panjang. Ibu mudah mengalami tekanan dan boleh menimbulkan rasa sakit yang keterlaluan. 

Pengambilan kalsium dan magnesium yang mencukupi sepanjang kehamilan boleh merendahkan risiko bayi anda untuk lahir pra-matang. 

BOLEH DAPATKAN OSTEMATRIX DI SINI

Dapatkan segera Ostematrix anda hari ini. Saya akan kongsikan cara makan paling tepat dan tips-tips berguna. Jangan lupa hubungi saya seperti di bawah.

 Boleh buat belian terus secara online di sini:

ATAU

HUBUNGI KAMI

Klik Image Untuk Terus Whatapps

Penghantaran via POS ke seluruh Malaysia

Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Disclaimer: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan sebagai rawatan utama, menyembuhkan dan menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan di hospital yang berkaitan pada masa yang sama boleh ikhtiar dengan supplemen yang dicadangkan.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« May    
©2023 | Design by Superb