3 Tips Menjemput Rezeki Dengan Cepat – “Rasa macam susah je rezeki nak masuk. Jual barang, tiada pula orang nak beli. Orang lain tu, dalam sehari tak menang tangan menguruskan sale customer.”
Kita? (Krik..krik..)
Bertenang..bertenang. Tanpa kita sedar sebenarnya, banyak sangat rezeki yang Allah kurniakan buat kita sehari-hari. Kita saja yang nampak rezeki Allah itu dalam bentuk DUIT & JUALAN SAJA.
Betapa luas rezeki Allah untk kita bak luasnya lautan.
Bentuk Rezeki Yang Allah Beri
Rezeki bukan DUIT saja tau! Rezeki Allah ini luas sangat.
1. Rezeki Untuk Hidup.
Bangun pagi, masih diberikan peluang untuk hidup. Itu rezeki. Allah masih berikan ruang waktu untuk bertaubat dan beramal.
2. Rezeki Kesihatan
Allah masih berikan kesihatan yg baik. Itu rezeki. Ada orang terpaksa terlantar di katil kerana strok. Ada juga orang terpaksa bergantung kepada mesin oksigen untuk bernafas dengan sempurna.
3. Rezeki Ketenangan & Keamanan
Malaysia masih aman. Banyak juga Allah kurniakan nikmat ketenangan dan keamanan kepada kita. Takde lah hidup kita selalu tak tenang bak macam orang kena kejar ceti haram tu.
4. Rezeki Keluarga Yang Sihat & Ceria
Tengok kiri dan kanan, anak-anak, suami, mak ayah, semua sihat dan ceria. Itu pun rezeki yang besar utk kita. Bayangkan orang-orang tersayang kita ni sakit, tentu kita susah hati kan?
5. Rezeki Dapat Suami/Isteri Yang Baik
Cuba tengok dalam suratkhabar tu ha! Suami pukul isteri, isteri curang dengan suami, macam-macam dah dunia sekarang ni. Tapi, Allah masih berikan kita calon suami dan isteri yang baik.
6. Rezeki Makanan
Cuba tengok makanan yang kita makan tu. Pernah tak skip makan pagi, makan tengahari atau makan malam sebab tiada makanan? Tak pernah kan. Tak makan pun sebab puasa, diet atau malas keluar beli makanan.
Banyak lagi kalau nak ceritakan tentang rezeki yang tidak pernah putus Allah berikan pada kita. Kita je yang tak nampak. Sebab rezeki mengikut tafsiran kita ialah DUIT YANG BANYAK. Salah tafsiran tu ok!
3 Tips Menjemput Rezeki
Hari ini, saya nak berkongsi 3 tips menjemput rezeki dengan cepat. 3 tips sahaja untuk anda terus beramal ok!
1. Banyak kena bersyukur pada Allah.
Kalau kita teliti betapa banyak rezeki yang Allah dah berikan pada kita, tentu kita rasa malu sangat sebab tak pernah sedar pun rezeki Allah bagi dan tak pernah menzahirkan syukur pun pada Allah.
Jadi bagaimana nak bersyukur?
Manifestasi syukur itulah yang dipersembahkan dlm bentuk solat di awal waktu, solat dhuha, berbuat baik kepada keluarga, bersedekah, sentiasa bersikap ihsan kepada sesama manusia tidak kira level dan sentiasa rendah diri pada Allah.
Al-Qur’an menerangkan,”Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat.” (Surah Ibrahim: 7)
Antara salah satu cara untuk bersyukur dan pada masa yang sama boleh menarik rezeki ialah dengan bersedekah. Jom mendengar cerita tentang keajaiban sedekah!
2. Perbanyakkan Istighfar.
Istighfar membuka pintu rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
“Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Niscaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu”. (Surah Nuh: 10-12).
3. Doa Dengan Spesifik
Kita sering lupa kuasa doa. Kita merasakan doa itu perkara sepele sahaja setiap kali selepas solat. Dan kita teragak-agak untuk doa secara specifik. Kalau kita tengok kisah Nabi Zakaria, bagaimana dia minta pada Allah secara spesifik mahukan zuriat untuk meneruskan tugas membawa risalah, walaupun pada ketika itu isterinya telah tersangat tua dan secara logiknya memang tidak akan mengandung lagi. Namun, Allah tetap kabulkan doanya.
“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu’.” (Al-Mukmin: 60).
Cukuplah 3 Tips kali ini. Selamat beramal dan istiqamah dalam amal kalian!