Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu
Kepentingan hibah rumah

2 Kepentingan Hibah Rumah

Posted on March 27, 2023March 27, 2023 by admin

Kepentingan Hibah Rumah

hibah rumah
                           Kepentingan Hibah Rumah

Rumah adalah keperluan yang sangat penting untuk sebuah keluarga. Namun apa yang akan berlaku jika berlaku kematian pada pemilik rumah?Anda perlu tahu betapa pentingnya melakukan hibah rumah sewaktu anda hidup untuk memastikan kelangsungan ahli keluarga yang tinggal.

 

2 Kepentingan Hibah Rumah

Hibah rumah adalah satu akad pemberian harta berupa rumah yang dilakukan secara sukarela kepada orang lain dalam tempoh hayatnya tanpa sebarang balasan. Ia berbeza dengan wasiat di mana wasiat merupakan pemberian harta selepas kematian pembuat wasiat. Anda perlu tahu 4 kepentingan hibah rumah.

 

1. Pastikan rumah jatuh ke tangan orang yang kita sayang.

Hibah rumah sangat penting dan merupakan langkah bijak untuk pastikan rumah itu jatuh ke tangan orang yang kita sayang. Ia juga untuk pastikan pasangan dan anak-anak kita ada tempat berteduh selepas ketiadaan kita nanti.

Sekiranya anda tidak buat hibah rumah, rumah akan dibahagikan mengikut hukum faraid apabila berlaku kematian. Terdapat cara pengiraan yang tersendiri dan berbeza mengikut situasi dan bilangan waris.
Saya mengambil contoh, sekiranya pemilik rumah merupakan suami yang mati, maka pembahagian nilai rumah mengikut faraid adalah seperti berikut:
  • Bapa (1/6 dari rumah)- 16.7%
  • Ibu (1/6 dari rumah) – 16.7%
  • Isteri (1/8 dari rumah)- 12.5%
  • Anak-anak (baki rumah yang kemudiannya dibahagikan mengikut nisbah 2:1 antara anak lelaki dan perempuan. 

 

2. Bahagian isteri yang hanya 1/8 atau 12.5% dari seluruh rumah.

Cuba bayangkan jika sebuah rumah berharga 1 juta, bahagian isteri hanyalah 250k, atau mungkin miliknya adalah bahagian dapur rumah sahaja. Jika semua waris tidak mampu mencapai kata putus, maka jalan terakhir adalah menjual rumah tersebut dengan harga yang bersesuaian dengan pasaran semasa. Dan bahagian isteri hanyalah 1/8. Memang perit sekiranya anda terperangkap dalam proses perebutan harta pusaka apatah lagi untuk melepaskan rumah yang sudah tentu menyimpan banyak memori indah. Lagi-lagi ibu tunggal yang masih mempunyai anak kecil yang perlu disara, ketiadaan rumah memang sesuatu yang memeritkan.

Sebagai kesimpulannya, sangat penting untuk membuat hibah rumah, bagi mengelakkan permasalahan dan perebutan harta sekiranya berlaku kematian.

Bagaimana nak buat Hibah Rumah?

Hubungi:
 
Intan Farhana Sharifudin,
Perunding Hibah, Wasiat, Pusaka & Amanah.
Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com

 

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
December 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Mar    
©2023 | Design by Superb