Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu
rawatan cystitis

Apa Itu Cystitis Dan Cara Rawatan

Posted on July 31, 2018July 31, 2018 by admin

Apa Itu Cystitis?

Cystitis merupakan sejenis penyakit yang berpunca daripada jangkitan pada saluran kencing bahagian bawah yang biasanya disebabkan oleh bakteria E.coli, staphylococcus, streptococcus atau chlamydia. Jangkitan saluran kencing atau cystitis ini kebiasaannya terjadi di kalangan wanita, walaubagaimanapun boleh juga terjadi pada lelaki. Cystitis banyak menjangkiti wanita kerana saluran uretra wanita lebih pendek dan mudah untuk dijangkiti kuman dan bakteria berbanding lelaki. Apabila seseorang didiagnos menghidap cystitis, kebiasaannya doktor akan memberikan antibiotik sebagai rawatan cystitis.

 

rawatan cystitis

 

Antara tanda-tanda yang kebiasaannya kelihatan pada penghidap Cystitis ialah:

1. Kerap membuang air kecil.

2. Terasa pedih dan sakit ketika membuang air kecil.

3. Berasa sakit di bawah perut dan di atas kemaluan.

4. Berasa seram sejuk dan demam.

Punca-Punca Terjadinya Cytitis

1. Berlaku kecederaan pada uretra disebabkan hubungan seks.

2. Berlaku perubahan hormon dalam tubuh disebabkan tempoh haid, menopause dan kehamilan.

3. Penggunaan kaedah perancang keluarga tertentu boleh menyumbang kepaa cystitis.

4. Suka tahan kencing.

5. Gaya hidup yang tidak aktif. Banyak berehat dan bersantai, dan jarang keluarkan peluh.

6. Mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes.

Penyakit cystitis boleh dikawal secara semulajadi dengan melakukan perubahan pada gaya hidup. Namun, jika gejala cystitis ini masih berterusan, anda perlu mengambil antibiotk dan rawatan berpanjangan dengan pakar.

 

Cara Rawatan Cytitis

Bakteria penyebab cystitis boleh dibunuh dengan penggunaan antibiotik. Antibiotik seperti trimethoprim atau sulyfametoksazol, nitrofurantoin, atau fluoroquinolone yang perlu diambil sekurang-kurangnya 2-3 hari dan, kemungkinan sehingga beberapa minggu. Tempoh rawatan bergantung kepada tahap keseriusan jangkitan dan sejarah perubatan. 

Jika mempunyai jangkitan berulang, doktor akan menetapkan antibiotik yang lebih kuat atau perlu mengambil antibiotik untuk tempoh masa yang panjang.  Antibiotik juga boleh disyorkan dalam dos rendah sebagai langkah pencegahan secara harian, atau selepas hubungan. Jika jangkitan berulang berterusan, anda mungkin akan dirujuk kepada pakar.

Bagaimana Mencegah Cytitis

1. Minum banyak air. Digalakkan untuk minum jus kranberi. Beberapa kajian menunjukkan, jus kranberi boleh membantu mencegah jangkitan saluran kencing.

2. Tidak menahan apabila hendak kencing.

3. Selepas hubungan seks, kosongkan pundi kencing dan minum segelas air.

4. Basuh kemaluan setiap hari. 

5. Elakkan penggunaan apa sahaja produk kebersihan di bahagian sulit.

6. Elakkan memakai seluar dalam dan seluar yang ketat.

 

Merawat Cytitis Secara Semulajadi

Ummi ingin memperkenalkan rawatan cytitis secara semulajadi dengan menggunakan supplement nutrisi daripada Shaklee.

1. Alfafa

rawatan cystitis

Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi. Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria. Pelbagai vitamin ditemui dalam Alfafa, termasuk vitamin A, vitamin E, vitamin U, vitamin B6, vitamin K dan vitamin D. Alfafa juga kaya dengan mineral seperti zat besi, kalium, fosforus, klorin, sodium dan mangnesium. Alfafa juga kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu , 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan).

 

2. Garlic Complex

 

Bawang putih mengandungi kadar karbohidrat yg tinggi, sedikit protein, serat dan sedikit lemak.Ia juga mengandungi banyak vitamin dan bahan galian yg penting utk kesihatan terutamanya vit c, zat besi dn potassium. Kajian juga menunjukkan org yg mengambil 10ulas bawang putih selama sebulan boleh menambahkn bahan anti-beku dlm darah selain ia merupakan antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria penyebab cystitis. 

Kombinasi alfafa dan garlic complex dapat membantu anda untuk masalah cystitis ini.

 

DAPATKAN SUPPLEMEN NUTRISI SHAKLEE DI SINI

Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.

ATAU HUBUNGI UMMI

Jangan ragu-ragu untuk hubungi Ummi.
Ummi sedia untuk membantu.
Intan Farhana bt Sharifudin (Ummi)
ID : 1235190
Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com
Fb : Intan Farhana Sharifudin

1 thought on “Apa Itu Cystitis Dan Cara Rawatan”

  1. aRzMoHa says:
    August 2, 2018 at 2:54 am

    Macam-macam penyakit sekarang ni kan menakutkan…apa pun kena jaga pemakanan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« May    
©2023 | Design by Superb