Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Bermain Dengan Biri-Biri Di Sheep Sanctuary, Cameron Highlands

Posted on December 7, 2019May 8, 2020 by admin

bermain dengan biri-biri Cameron Highlands

Baru-baru ini, intan sekeluarga ke Cameron Highlands di hari cuti Kemerdekaan Tahun 2019. Selain daripada menikmati pemandangan teh yang indah-indah (subhanallah), ladang-ladang strawberry yang mengeluarkan aroma strawberry yang sangat wangi, juga menikmati cuaca sejuk Cameron Highlands yang nyaman dan mendamaikan, terdapat satu tarikan baru di Cameron Highlands iaitu diĀ Sheep Sanctuary, Cameron Highlands. Kami berpeluang untuk beri makan dan bermain dengan kambing biri-biri di satu kawasan rumput lapang yag cantik. Seakan-akan kami berada di padang rumput di New Zealand atau Kashmir, sambil bermain dengan biri-biri yang ada. Biri-biri di Sheep Sanctuary ini diimport khas daripada Australia dan ditempatkan di ladang biri-biri yang terletak di kawasan Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands.


Tiket untuk masuk ke Sheep Sanctuary ini hanyalah RM6 untuk setiap orang. Anda akan diberikan pellet (makanan kambing biri-biri). Sebaik sahaja menuruni tangga ke ladang biri-biri, segerombolan kambing biri-biri dah datang ke arah kami kerana mahukan makanan. Pada mulanya, berlari juga kami dikejar biri-biri. Rupanya, kambing biri-biri di sini sangat jinak, dan memang mudah diberi makan dan bermain dengan mereka.

Kakak Sumayyah dah macam pengembala kambing. Haha..

Sheep Sanctuary ini buka seawal 8.30 pagi. Kerana cuaca di Kea Farm lebih sejuk berbanding di kawasan lain di Cameron Highlands, pengalaman bagi makan biri-biri di Sheep Sanctuary ini sangat menyeronokkan kerana keadaan cuaca yang sejuk dan nyaman juga. Jom tonton pengalaman intan sekeluarga bermain dan beri makan kambing biri-biri di Sheep Sanctuary, Cameron Highlands.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Mar    
©2023 | Design by Superb