Cara Nak Buat Hibah Rumah
Penting sangat untuk kita buat hibah rumah sewaktu kita hidup. Ini untuk memastikan waris sepetti pasangan dan anak-anak kita ada tempat berlindung selepas ketiadan kita. Jika tidak buat hibah, rumah kita akan dibahagikan mengikut sistem faraid. Bayangkan isteri atau suami hanya mendapat hak 1/8 dari rumah! Apalah nasib mereka nanti. Bila mana kita membuat hibah rumah, harta berupa rumah kita itu akan terkeluar daripada harta pusaka sekaligus tidak perlu difaraidkan. Rumah yang dihibahkan tidak dapat dituntut oleh mana-mana pihak. Apa yang menarik tentang hibah ialah bila mana ia boleh dihibahkan kepada ahli bukan waris sebagai contoh anak angkat.
Bagaimana cara nak buat hibah? Prosesnya tidak la sesukar yang dijangka. Jom ikuti perkongsian bagaimana cara nak buat hibah?
Bagaimana Cara Nak Buat Hibah?
1. Pastikan harta berupa rumah kita ada ciri-ciri berikut:
Sebelum pergi ke cara nak buat hibah, kita perlu pastikan harta berupa rumah kita, mempunyai ciri-ciri berikut:
- Hartanah yang mempunyai geran S&P
- Hartanah yang masih dalam pinjaman dengan adanya MRTA (Mortgage Reduce Term Assurance atau Mortgage Reduce Term Takaful).
- Rumah yang masih dalam cagaran dan tiada MRTA atau MRTT
- Jika hartanah berstatus bumiputera, penerima harus berstatus bumiputera.
2. Perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
- Geran atau S&P
- Cukai tanah (jika ada)
- Pengisytiharan jualan (proclamation of sale)
- Hibah rumah sahaja atau kelengkapan dalam rumah
- Salinan MRTA/MRTT, MLTA/MLTT
- Surat tawaran pinjaman dari pihak bank atau surat habis bayar
- Beberapa salinan kad pengenalan pemberi hibah, penerima hibah dan benefeciari
3. Hubungi saya
Jika anda berhasrat untuk membuat hibah rumah, anda boleh hubungi saya Puan Intan Farhana Sharifudin selaku, pengurus aset hibah, wasiat, amanah dan pelaburan. Saya akan membuat penerangan dan membimbing anda untuk menguruskan harta dan aset rumah anda untuk dihibahkan kepada orang tersayang.