Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank
Hibah rumah yang masih dalam pinjaman bank boleh dibuat hibah? Jangan risau, anda boleh buat hibah rumah yang masih dalam pinjaman bank atau masih bercagar dengan baik yang penting ada syarat mendapat keizinan pada penggadai atau peminjam. Sebagai contoh, bank yang memberikan pinjaman. Jadi, untuk pastikan ada jaminan baki pinjaman rumah yang habis dibayar jika pemberi hibah meninggal dunia, perlu ada perlindungan takaful terhadap pinjaman iaitu MRTT atau MLTT.
Hibah Bersyarat Rumah Bercagar
Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB) ini muncul sebagai satu penyelesaian kepada mereka yang nak hibahkan rumah tapi masih tak habis hutang dengan bank. Hibah rumah bersyarat ini boleh membantu kita mendapatkan pemilikan sempurna tetapi dengan syarat perlulah ada jaminan yang hutang rumah tersebut akan dilangsaikan apabila pemberi hibah meninggal dunia.
Jom Hibah Rumah
Jika anda berhasrat untuk membuat hibah rumah, anda boleh hubungi saya Puan Intan selaku, pengurus aset hibah, wasiat, amanah dan pelaburan. Saya akan membuat penerangan dan membimbing anda untuk menguruskan harta dan aset rumah anda untuk dihibahkan kepada orang tersayang.
Maksudnya acam mana pun kena ada takaful dulu la kan baru boleh buat hibah kalau belum habis bayar.
Ya betul Puan Nina