Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Ingatkan Tahi Lalat Biasa, Rupanya Kanser Kulit!

Posted on April 18, 2017 by admin

Kanser Kulit– Ingatkan tahi lalat biasa, rupanya ia merupakan kanser! Ini yang berlaku baru-baru ini kepada bapa kepada kenalan rapat saya. Pada mulanya, tahi lalat sedia ada sejak kecil di bahagian tepi mata, kian membesar daripada biasa. Keadaan bertambah merisaukan apabila tahi lalat itu, mula mengeluarkan darah apabila disentuh. Lalu, mereka ke hospital untuk membuang tahi lalat supaya tidak menggangu kehidupan harian bapa mereka. Namun, mengejutkan apabila mendapati tahi lalat itu telah bertukar menjadi sel kanser. Pemeriksaan lanjut dilakukan dan mendapati kanser itu telah merebak ke hampir keseluruhan badannya, dan bapanya didiagnos menghidap kanser kulit tahap 4! Tiada tanda yang serius kelihatan pada luaran, hanya pada tahi lalat yang mula berubah saiz dan keluarkan darah, rupanya bapanya menghidap kanser kulit tahap 4.

 merawat kanser kulit

Kanser kulit begitu berbahaya, kerana kulit merupakan organ badan paling besar! Kulit merangkumi lapisan dermis dan epidermis dan dermis adalah lapisan terbesar kulit yang melindungi kita dari haba, cahaya matahari, kecederaan dan jangkitan. Dan peranan kulit sangat besar iaitu ia juga berperanan dalam mengawal suhu tubuh dan menyimpan air, lemak dan vitamin. 3 jenis kanser kulit ialah karsinoma sel basal, karsinoma sel skuamos dan melanoma. Melanoma adalah jenis kanser kulit yang paling dasyat kerana ia boleh merebak dengan sangat cepat.


Tanda Kanser Kulit

Memandangkan kanser kulit sukar dikesan sejak awal, kita haruslah sensitif dan peka dengan sebarang perubahan yang berlaku pada kulit badan kita. Jika anda mnegalami sebarang perubahan pada kulit, cepat-cepatlah membuat pemeriksaan doktor.

1. Tahi lalat sedia ada berubah bentuk, membesar dan mengeluarkan darah. 
2. Kulit menjadi kering, dan menunjukkan tanda-tanda kulit bakal menggelupas.
3. Terbentuk tompok merah pada kulit, dan lama-kelamaan ia menunjukkan tanda tompok merah itu semakin menggelap dan mati, kering, bersisik dan menggelap.
4. Berlaku ketumbuhan baru atau luka yang sukar untuk sembuh. Contohnya kanser itu mungkin bermula sebagai benjolan kecil, licin, berkilau, pucat dan kelihatan berlilin. Atau ia muncul sebagai benjolan merah yang jelas. 

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb