Cara Merawat Kanser Payudara– Kanser payudara yang dikesan awal dapat menjanjikan penyembuhan. Apabila ketumbuhan dijumpai di kawasan payudara, biopsy adalah cara untuk mengesan sama ada ketumbuhan itu adalah benign (bukan kanser) atau ketumbuhan kanser.
Biopsy dilakukan untuk mengetahui ketumbuhan jenis apa, ketumbuhan berasal daripada mana, dan sejauh mana kanser itu telah merebak jika ianya ketumbuhan jenis kanser.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh LPPKN, kebanyakan wanita yang menghidap kanser payudara dapat sembuh daripada penyakit ini jika ia melibatkan pengesanan awal dan rawatan kanser dilakukan dengan sebaiknya.
Seorang pesakit kanser, seharusnya bertenang dan berfikiran positif apabila didiagnos penyakit kanser payudara. Jauhkan diri anda daripada stress. Itu perkara utama dan pertama yang harus anda buat. Bertenang dan positif. Setiap penyakit, ada ubatnya. Yakin itu! Kemudian, anda boleh senaraikan beberapa rawatan untuk merawat kanser payudara, dengan mempertimbangkan baik buruk setiap rawatan.
Bagaimana Kanser Payudara Terjadi?
Kanser payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel kanser ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekali gus memasuki saluran darah serta sistem limfa. Inilah juga cara serta kaedah penyakit kanser payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
Bagi payudara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur. Hormon estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payu dara. Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser.
Peringkat Kanser Payudara
Tahap 1
Pada peringkat ini, ketumbuhan kanser adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan kanser payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan kanser payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, kanser payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan kanser ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Pelbagai Cara Merawat Kanser Payudara
Seiring dengan kecanggihan teknologi, pelbagai cara merawat kanser payudara yang telah diperkenalkan yang dapat membantu pesakit kanser payudara untuk sembuh. Dan memang terbukti, ada yang sembuh sepenuhnya. Dengan syarat, pesakit kanser payudara harus kuat semangat dan sentiasa positif. Antara rawatannya ialah:
1. Lumpectomy
Pembuangan tisu kanser pada sebahagian atau keseluruhan payudara dan kelenjar ketiak. Terapi lumpectomy ini tidak melibatkan tisu yang sihat.
2. Kemoterapi.
Kimoterapi merupakan ubat pembunuh sel kanser yang diberikan melalui darah atau secara makan. Kimoterapi adalah rawatan utama yang diberikan apabila kanser telah merebak ke bahagian lain. Rawatan kimoterapi ini diberi dalam beberapa kitaran, diikuti dengan tempoh rehat. Jumlah kitaran biasanya memakan masa 3-6 bulan.
Kesan sampingan daripada kemoterapi ini adalah bergantung kepada jenis, jumlah dan tempoh ubat-ubatan yang diberikan.
1. Sangat letih kerana kekurangan sel darah merah.
2. Loya dan muntah.
3. Hilang selera makan.
4. Rambut gugur.
5. Kudis mulut.
6. Perubahan kitaran haid yang mungkin berkekalan.
7. Jangkitan kuman meningkat kerana kurang sel darah putih.
8. Lebam dan pendarahan daripada luka kecil kerana kurang sel pembeku darah.
3. Terapi Radiasi
Terapi radiasi adalah jenis rawatan yang melibatkan pancaram bertenaga tinggi seperti X-Ray untuk membunuh sel-sel kanser, Rawatan radiasi ini bertujuan untuk memusanhkan sel kanser yang masih tertinggal dalam payudara, dinding dada atau pada bahagian ketiak selepas menjalani pembedahan. Setiap rawatan mengambil masa beberapa minit sahaja.
Kadangkala rawatan jenis ini dilakukan sebelum pembedahan supaya saiz ketumbuhan mengecil.
4. Terapi Hormon
Pembentukan sel kanser pada payudara adalah disebabkan oleh hormon estrogen yang terlalu tinggi dalam badan. Terapi hormon adalah satu kaedah untuk mengurangkan paras estrogen dalam tubuh badan pesakit untuk merawat kanser payudara.
Ubat tamoxifen bertindak untuk menghalang kesan estrogen yang mana ianya diambil dalam bentuk pil setiap hari selama 5 tahun, selepas pembedahan dijalankan. Cara ini mengurangkan kanser daripada berulang.
‘Aromatase ingibitors’ pula bertindak untuk menghalang pembentukan estrogen dalam tubuh. Ubat ini hanya berkesan untuk wanita yang telah putus haid, dan kanser yang dihadapinya positif hormon (reseptor estrogen positif).