Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Motivasi Untuk Berjaya

Posted on November 6, 2017 by admin

1. Bersyukur..Bersyukur…dan Bersyukur..

Bersyukur sebab kita masih diberikan peluang untuk meneruskan hidup. kita juga masih diberikan kesempatan untuk melakukan yang terbaik pada hari ini, lebih baik daripada hari semalam.

2.Tekad Bermotivasi

Pasang niat dalam hati yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel motivasi-motivasi pendek dan bacalah dalam seminit dua. Di waktu awal pagi,jangan baca gossip-gossip ataupun sebarang aktiviti mengumpat bersama kawan-kawan. Sebabnya, ia akan mengeluarkan energy negative lalu menghalang anda daripada bermotivasi sepanjang hari. tulis kata-kata yang elok
” hari ni aku nak bantu 100 orang dengan shaklee”

3. Dekatkan Diri Dengan Sessi Motivasi

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya sesi Motivasi Pagi di TV3 dan ikuti Motivasi dekat IKIM fm, Luangkan masa 3-5 minit untuk memberi motivasi kepada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak dijaga ia mudah turun. Kesannya anda menjadi lemah semangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang kita Buat, Mulakan Dengan Bismillah..

Bila kita mula punch kad untuk nak masuk kerja, mulakanlah dengan baca Bismillah.., moga kita dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuatkan kita lalai, mengantuk [macam tak cukup cas bateri saja].

Anda kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas..duduk di kerusi kita dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah.. Moga apa jua yang kita lakukan akan mendapat keberkatan.

Masuk sahaja ke dalam kelas, pasang niat dengan ikhlas anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah dalam melakukannya, anda mempunyai peluang yang cerah untuk Cemerlang!

Contoh nak buat artikel bismillah dan pasang niat aku mesti publish dalam masa sejam ni.

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Pernah tak kita setkan kemajuan diri kita ?
Mulai hari ini, ubah sikap kita. Set target apa yang anda mahu capai. Lagi best setkan untuk setiap hari.
set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini  dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari perniagaan anda. Set juga apa yang kita nak pelajari hari ini dalam bidang bisnes kita.


6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuatkan kita lebih energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari lihat warna-warna yang cerah seperti merah, kuning, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri. Berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lupakanlah kisah semalam yang pedih. Lepaskanlah semuanya..Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan kesemuanya dari dahulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ini bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda akan jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, kita jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri

Berani berubah untuk kecemerlangan hidup

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb