Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Pasar Terapung Kelantan, Floating Market Pertama di Malaysia!

Posted on July 23, 2019 by admin

Baru-baru ni, Intan dan keluarga ke Kelantan. Tidak lengkap rasanya jika ke Kelantan tapi tak pergi ke pasar terapung Kelantan ni. Bulan Mac baru ni, masa ke Hatyai dan Songkla, ada juga singgah di pasar terapung di Songkla tu. Terfikir juga, Malaysia sebenarnya boleh buat pasar terapung juga untuk tarikan pelancong. Tak sangka, rupanya pasar terapung yang terletak di Tumpat Kelantan ini sudah lama ada, sejak tahun 2016. Pelik juga kenapa tempat seperti itu tidak dimarketkan secara meluas. Intan pun baru tahu tentang pasar terapung Kelantan ni semasa tiba di Kelantan.

 

 

Pasar Terapung Kelantan ni sedikit berbeza daripada pasar terapung di Songkla tu. Pasar Terapung Kelantan yang terletak di dalam daerah Tumpat ini, terletak di satu pulau kecil bernama Pulau Suri. Orang kebanyakan di situ, panggil Pasar Terapung Pulau Suri.

Pasar Terapung Pulau Suri

 

Nak ke Pulau Suri, kami menaiki sampan yang dilengkapi dengan enjin. Dalam 10 minit sampailah ke Pulau Suri. Pasar Terapung Pulau Suri ini hanya dibuka pada hari Sabtu jam 8 pagi hingga 3 petang sahaja, Kebetulan, memang kami free pagi sabtu tu sebelum majlis pertunangan saudara di sebelah tengahari. Awal pagi, usai solat Subuh kami dah keluar rumah untuk ke jeti Kuala Besar. Daripada jeti tu, ambil masa 10 minit je nak sampai ke floating market Pulau Suri. Ada satu lagi jeti yang boleh kita ambil bot dari situ iaitu jeti Kok Majid. Daripada jeti ni, ambil masa 40 minit naik bot ke Pulau Suri. So, kerana kami ramai tentera-tentera kecil, maka kami decide untuk ambil sampan berenjin je dari Jeti Kuala Besar.Lama pun tak lama. Murah pun murah. Setiap sampan dilengkapi dengan life jacket.

 

Jam 8.00 pagi kami dah sampai Pulau Suri. Orang menjual pun ramai yang belum datang lagi. Rupanya pagi-pagi, Pulau Suri ni memang sejuk betul. Sempatlah kami menikmati udara segar di Pulau Suri ni sementara tunggu penjual-penjual atas sampan datang dan setup bisnes mereka.

Sampai dah di Pasar Terapung Kelantan ni. Jumlah sampan yang berniaga adalah dalam 30 sampan.

 

Kawasan lapang di hadapan floating market Pulau Suri.
Anak-anak enjoy main pasir di sini

Pelbagai makanan special ada di sini. Apalagi, hampir semua makanan kami cuba. Namapun tengah bercuti dan food hunting. Best betul menikmati breakfast di sebuah pulau yang cantik macamni, Anak-anak? Sibuk main pasir. Seronok betul mereka main pasir ya.

 

Cantikkan Pulau Suri ni.

 

Lokan Bakar
Sotong Goreng
Pulut Sotong

Dan pelbagai lagi masakan Kelantan yang sedap-sedap ada di sini tau! Memang korang akan enjoy makan breakfast di sini. Pulau Suri ini dilengkapi dengan tandas juga, dan paip air berhampiran meja makan. Memang kemudahan tiptop la dekat sini.

Selain daripada makanan dalam sampan, di pasar terapung Pulau Suri ini, ada juga gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai lagi barangan seperti buah-buahan, bahan mentah segar, kerepek-kerepek, tudung pun ada! Pasar Terapung Kelantan ni happening betul. Ada konsep yang tersendiri, dan menjadi tarikan.

 

Makanan laut mentah pun ada dijual
Kerepek-kerepek, kuih raya pun ada dijual di pasar terapung Pulau Suri ni

 

Tudung-tudung pun ada.

Antara yang best di Kelantan ni, ialah ke pasar terapung Kelantan ni la. Memang rugi, jika anda tidak ke sini jika sudah berada di Kelantan. Jangan lupa ke floating market Kelantan ni!

1 thought on “Pasar Terapung Kelantan, Floating Market Pertama di Malaysia!”

  1. ch says:
    August 27, 2019 at 10:34 am

    tak tahu pun di kelantan ada pasar terapung, dah baca entri ni baru tahu, tq

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb