Walaupun penyakit denggi dan malaria sering dianggap sinonim kerana ia berpunca daripada bawaan nyamuk, tetapi sebenarnya ia tidaklah sama. Walaupun simptom kepada denggi dan malaria hampir sama, dan ramai orang hampir tersilap. Denggi berasal daripada nyamuk yang membawa virus denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes. Sebaliknya, malaria adalah penyakit serius yang berlaku kerana penghantaran plasmodium, protozoa parasit melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti.
Jom lihat beza denggi dan malaria dengan lebih terperinci.
Apakah perbezaan di antara simptom denggi dan malaria?
Walaupun banyak simptom kedengaran seperti sama seperti sakit kepala dan sakit otot, namun adalah penting untuk kita dapat membezakan antara kedua simptom denggi dan malaria untuk memberikan penjagaan yang terbaik. Berikut adalah beberapa perbezaan yang menarik untuk kita tahu:
1. Tempoh inkubasi.
Simptom denggi akan muncul 4-5 hari selepas gigitan. Manakala malaria pula mengambil masa dalam lingkungan 10-15 hari untuk mengeram dan menunjukkan simptom demam.
2. Tempoh demam
Demam denggi biasanya berlaku lebih lama dan muncul selama 2-3 hari. Ia akan hilang seketika dan naik semula, dengan keadaan demam yang lebih teruk daripada sebelumya. Malaria pula berlaku untuk tempoh yang lebih pendek dan datang secara berperingkat seperti sejuk yang melampau, berpeluh-peluh dan pesakit akan berasa sangat sejuk.
3. Ruam
Ruam biasanya muncul untuk denggi sahaja. Pesakit malaria tidak menunjukkan ruam. Jadi jika muncul simptom ruam pada orang yang sakit, kemungkinan besar ia menderita denggi. Sebaliknya, jika seseorang mengalami keadaan mengigil yang teruk dan mengeluarkan banyak peluh, dia mungkin didiagnosis dengan malaria.
4. Platelet dan Sel Darah Merah
Orang yang dijangkiti denggi akan menunjukkan penurunan besar dalam kiraan platelet darah. Sebaliknya, seseorang yang mengalami malaria akan menunjukkan sel darah merah yang dijangkiti.
5. Rawatan Denggi dan Malaria
Kerana denggi dan malaria adalah dua penyakit berbeza, sudah tentu rawatannya berbeza juga. Untuk pesakit denggi, tidak banyak yang boleh dilakukan, selain daripada pengambilan ubat paracetamol (panadol), banyakkan berehat dan dimasukkan air dalam badan.
Sebaliknya untuk pesakit malaria, ubat malaria yang sering diberikan oleh doktor ialah ubat profilaksis seperti proguanil dan pyrimethamine.
Rawatan segera harus diambil untuk denggi mahupun malaria.
Atasi denggi dan malaria dengan supplemen
Selain daripada rawatan yang diberikan oleh doktor, kita juga boleh berikhtiar dengan supplemen semulajadi untuk bantu atasi denggi dan malaria dengan lebih cepat. Kebanyakan pesakit denggi dan malaria yang mengambil supplemen semulajadi ini kelihatan lebih bertenaga dan lebih cepat baik.
1. VIVIX
Menggalakkan kesihatan keseluruhan, meningkatkan tahap imunisasi dan membantu memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
2. Vitamin C Sustained Released.
– Meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi.
– Membantu penyerapan nutrient secara optimum
– Membaiki simptom pendarahan
– Meningkatkan sistem imunisasi
– Menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel tubuh.
3. Performance drink.
– Membantu menstabilkan cecair dalam badan.
– Memberi tenaga dan daya ketahanan fizikal
– Meningkatkan daya ketahanan badan
– Mencegah penyah-hidratan
Jom Tonton Video Ini!
DAPATKAN VITAMIN ANDA HARI INI
Dapatkan segera vitamin anda hari ini. Ummi akan kongsikan cara makan paling tepat untuk anda.
Boleh buat belian terus secara online di sini:
ATAU HUBUNGI UMMI
terima kasih untuk info yang baik ini.
Dulu masa sekolah pernah kena denggi..alhamdulillah tak serius. Apa pun thanks for the info 😊
sanagt bermanfaat artikel ini. Rupanya ade beza demam denggi dan malaria.