Ramai ibu yang sedang mengandung mendapati mereka susah tidur ketika mengandung lagi-lagi apabila kelahiran semakin hampir. Kebanyakan ibu mengandung akan mendapati mereka susah untuk tidur pada beberapa fasa kehamilan. Di fasa terakhir kehamilan terutamanya, hendak berbaring dengan selesa juga menjadi cabaran kerana perut yang semakin membesar. Kadangkala ada ibu mengandung mendapati untuk mendapatkan rehat terbaik hanya dengan cara tidur secara duduk.
Walaupun masalah susah tidur ketika mengandung sama ada di waktu siang dan malam ini sudah menjadi masalah biasa, ibu harus berusaha untuk mendapatkan kualiti tidur dan rehat yang mencukupi walaupun sekejap. Rehat yang tidak cukup terutamanya tidak mendapat tidur malam yang berkualiti boleh menyebabkan si ibu mengalami pelbagai masalah kesihatan lain contohnya mudah terkena jangkitan demam dan selsema, letih dan lesu, hilang selera makan, dan sakit kepala.
Mengapa Susah Tidur Ketika Mengandung?
1. Pedih Ulu Hati
Pedih ulu hati sering terjadi di fasa awal mengandunf. Ia menyebabkan perut berasa tidak selesa, kadangkala rasa ingin muntah, dan segalanya rasa tidak kena. Ia boleh menjejaskan kualiti tidur si ibu.
2. Kejang Kaki
Ibu mengandung sering mengalami kaki kejang terutamanya semasa tidur. Ini adalah simptom yang menunjukkan yang si ibu mengalami kekurangan kalsium semasa mengandung.
3. Bayi Yang Menendang Dalam Perut
Perut yang tidak selesa kerana pergerakan bayi membuatkan si ibu mudah terjaga dari tidur. Kajian menunjukkan ibu yang sedang mengandung dalam trimester ketiga lebih letih dan tidak bermaya. Ia membawa kepada kitaran tidur yang menyeksakan.
4. Mimpi Luar Biasa
Ramai bakal ibu mendapati mereka mengalami mimpi luar biasa semasa mengandung. Ia disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku, mungkin juga disertai dengan perubahan bentuk badan, mungkin bercampur juga dengan perasaan takut dan seronok bakal menjadi ibu.
Cara Atasi Susah Tidur Saat Hamil
1. Berurut
Urutan pada kaki, kepala, tangan atau leher daripada pasangan adalah cara terbaik untuk bersantai sebelum tidur. Ia akan memberikan kelegaan, keselesaan dan mendorong diri untuk tidur.
2. Pernafasan Dalaman
Bernafas dengan mendalam dan berirama dapat mengurangkan tekanan otot, membantu rendahkan paras denyutan jantung dan membantu kita untuk tidur.
3. Rehatkan Otot
Baring di atas katil, mulakan dengan menarik dan melepaskan tangan dan otot lengan, diikuti dengan bisep dan trisep dan lain-lain hingga ke kaki. Konsentrasi, bersama rasa santai yang diperolehi, boleh membantu kita untuk tidur.
4. Imaginasi Terkawal
Gambarkan diri kita berada di tempat sunyi, dan tenang, dan sedang menjalankan aktiviti santai seperti berbaring di pantai pasir, berjalan di padang yang penuh bunga-bungaan yang cantik dan harum. Imaginasi yang tenang ini boleh membantu diri kita untuk rasa mengantuk.
5. Minum
Minum banyak air pada waktu siang hari, tetapi kurangkan minum pada sebelah malam. Kita akan kurang pergi ke tandas pada waktu malam sekaligus meningkatkan kualiti tidur kita.
6. Ambil Supplemen Ostematrix (Kalsium dan Magnesium)
“Ada seorang ibu mengandung yang mengalami kesukaran untuk tidur. Padahal siang tak tidur pun. Lagi-lagi nak tidur malam. Saya cadangkan beliau ambil Ostematrix. Alhamdulillah dalam masa satu minggu pertama dah mula nampakkan hasil. Beliau lebih mudah tidur dan berjaya daapatkan tidur yang lebih lena. Saya sendiri sangat suka amalkan Ostematrix sebelum tidur sebab ia membantu kita untuk tidur lena. Apabila kita tidur lena, walaupun sekejap, kita akan mendapatkan quality sleep yang mana kita akan rasa lebih segar dan sihat.”
Ostematrix mengandungi kalsium yang merangsang penghasilan hormon melatonin yang membantu kita untuk rasa mengantuk dan seterusnya boleh tidur. Kekurangan magnesium juga boleh menyebabkan kita suka untuk tidur.
Sumber rujukan – Living With Insomnia: Get a Good Night’s Sleep
Ada Apa Dengan Ostematrix?
Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan pelbagai lagi unsur yang penting untuk ibu hamil. Ibu hamil yang mempunyai masalah untuk tidur boleh mengambil Ostematrix untuk membantu rasa mengantuk dan menghilangkan masalah sukar tidur. Pada masa yang sama, masalah lain seperti kejang kaki waktu tidur, sakit belakang, sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan sewaktu hamil juga dapat diatasi.
Jangan biarkan tidur anda tidak berkualiti! Jom atasi masalah susah tidur ketika mengandung sekarang!
DAPATKAN VITAMIN ANDA HARI INI!
Saya akan kongsikan cara makan paling tepat untuk anda.
Boleh buat belian terus secara online di sini:
ATAU HUBUNGI UMMI UNTUK DAPATKAN LEBIH PENJIMATAN