Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu
cairkan darah pekat

Petua Cairkan Darah Pekat Secara Semulajadi

Posted on August 3, 2018April 5, 2023 by admin

Masalah darah pekat boleh mengundang kepada beberapa penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, strok , tekanan darah tinggi dan penyakit kronik yang lain. Apabila anda mempunyai masalah darah pekat dan kental, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Rawatan dan petua tertentu hasruslah diamalkan untuk cairkan darah pekat yang anda alami.

cairkan darah pekat

Masalah darah pekat ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja hatta tanpa disedari pun jika tidak kerap melakukan pemeriksaan darah. Antara simptom yang sering dialami oleh orang yang mempunyai darah pekat ialah sering sakit dan pening kepala, mudah kena migrain, selalu mengantuk, badan terasa lemah dan lesu, dan sering sakit pada bahagian mata. Jika anda sering mengalami tanda-tanda ini, kemugkinan anda berhadapan dengan masalah darah pekat. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

 

Punca Darah Pekat

Sebenarnya, sukar untuk mengetahui dengan tepat punca terjadinya darah pekat. Namun, terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi punca kepada terjadinya darah pekat.

1. Pengambilan alkohol. Pengambilan alkohol boleh menyebabkan badan mengalami dehidrasi atau kekurangan air. Keadaan dehidrasi itu menyebabkan darah menjadi pekat. Orang yang sering minum minuman beralkohol sangat terdedah pada masalah ini. Itu sebab, heavy drinker boleh mati secara mengejut.

2. Kurang minum air.

3. Merokok. Nikotin yang terkandung dalam rokok menyebabkan aliran darah menjadi tidak lancar dan menyebabkan penggumpalan dan pengentalan darah.

4.  Kurang bergerak.

5. Genetik

6. Stress atau tekanan.

7. Tidak menjaga pemakanan

Makanan Untuk Cairkan Darah Pekat

 

1. Makanan Cair Darah Yang Kaya Salicylate

 

cairkan darah pekat

 

Untuk proses pembekuan darah yang normal dan semulajadi dalam tubuh, Vitamin K amat penting. Makanan yang kaya dengan salicylates membantu untuk menyekat penyerapan Vitamin K dan ia boleh mencairkan serta melancarkan pengaliran darah. Ia juga dapat meningkatkan metabolisme badan. Tidak  hairanlah, makanan tinggi salicylates ini dianggap sebagai ‘makanan panaskan badan’ di kalangan masyarkat melayu. Contoh makanan tinggi salicylates seperti cili merah, serbuk kari, halia, kayu manis (cinnamon), kunyit dan pudina.

 

2. Makanan Cair Darah Yang Kaya Vitamin E

 

ubat cairakan darah pekat

 

Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang boleh membantu mencairkan darah secara semulajadi. Vitamin E bersifat antioksidan yang kuat dan mampu melindungi dinding arteri daripada serangan radikal bebas. Secara tidak langsung, ia dapat mengelakkan penyakit yang
berkaitan dengan jantung dan pembuluh darah. Antara makanan yang kaya dengan vitamin E seperti kekacang, semua jenis minyak sayuran, gandum, oat, tomato, buah mangga.
3. Makanan Cair Darah Yang Kaya Omega-3
Asid lemak Omega-3 mengandungi DHA dan EPA yang menurunkan kecenderungan sel platlet untuk mudah membeku. Ia juga membantu mengawal paras kolestrol yang sihat dalam darah, secara tidak langsung menurunkan risiko arteri tersumbat. Makanan kaya Omega-3 seperti salmon, sardin dan ikan tuna. Telur, minyak zaitun dan minyak flaxseed juga kaya dengan Omega-3.
4. Makanan Cair Darah Kaya Antibiotik

Makanan seperti bawang merah dan bawang putih mempunyai sifat antibiotik semulajadi dan mampu memusnahkan bakteria yang menghasilkan vitamin K di dalam usus. Vitamin K yang kurang dihasilkan menyebabkan platlet sel akan susah untuk bergumpal dan darah menjadi lebih cair. Lebihkan bawang putih dan merah dalam masakan.

Ubat Cairkan Darah

Ubat cairkan darah yang sering diberikan kepada pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi, masalah darah pekat dan mempunyai risiko strok adalah:

✔ Anticoagulants- Ia berfungsi untuk melambatkan reaksi tubuh untuk membekukan darah. Contoh ubat yang digunakan ialah heparin atau walfarin.

✔ Antiplatelet- Ia berfungsi untuk menghalang sel darah platelet daripada bergumpal membentuk darah beku. Contoh ubat ialah aspirin.

Semua ubat cairkan darah ini selamat digunakan. Tetapi, terdapat kesan sampingan seperti berlakunya heavy bleeding semasa luka atau haid, berasa sakit kepala dan pening-pening. Untuk kesan jangka panjangnya ialah tidak bagus untuk kesihatan buah pinggang. Jika anda mengalami simptom-simptom tersebut setelah mengmbil ubat cairkan darah, segeralah untuk berjumpa doktor.

 

Petua Cairkan Darah Secara Semulajadi

Produk Set mencairkan darah ini terdiri daripada rangkaian vitamin semulajadi, bebas dadah dan bahan kimia. Pengambilan dengan dos yang tepat serta penjagaan makanan yang terkawal membantu mencairkan darah dengan cepat dan berkesan.

Ramai orang yang telah mengambil PRODUK SET MENCAIRKAN DARAH INI menunjukkan kesan yang positif dan sangat improve kesihatan mereka.

 

DAPATKAN SET CAIR DARAH DARI UMMI

Jom ikhtiar untuk bantu cairkan darah pekat anda secara semulajadi!

Ummi akan kongsikan cara makan paling tepat untuk anda. 

 Boleh buat belian terus secara online di sini:

urticaria

ATAU HUBUNGI UMMI

Jangan ragu-ragu untuk hubungi Ummi.
Ummi sedia untuk membantu.
Intan Farhana bt Sharifudin (Ummi)
ID : 1235190
Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com
Fb : Intan Farhana Sharifudin

1 thought on “Petua Cairkan Darah Pekat Secara Semulajadi”

  1. Prema Nadarajan says:
    November 10, 2021 at 1:33 am

    Berapa harga set ubat cair ini.. Wsaap saya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Mar    
©2023 | Design by Superb