Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu
ubat sopak

Petua Hilangkan Sopak Secara Semulajadi

Posted on August 22, 2018August 22, 2018 by admin

Apabila seseorang diserang sopak, sudah tentu ramai yang mencari ubat sopak dan segala macam rawatan untuk menhilangkan sopak. Sopak atau lebih dikenali sebagai vitiligo merupakan sejenis penyakit kulit yang mana munculnya tompok-tompok putih pada kulit di beberapa bahagian badan terutamanya di bahagian tangan, muka dan juga kaki. Sopak berlaku apabila sel melanosit (sel pigmen) yang berfungsi untuk memberi warna kepada kulit mula musnah sedikit demi sedikit. Ini menyebabkan kulit menjadi tidak sekata dan memunculkan tompok putih pada kulit.

ubat sopak

Sopak ini bukanlah satu penyakit berjangkit dan bukan juga penyakit yang boleh mengancam nyawa. Walaupun ia tidak serius, penghidap sopak boleh memberi kesan negatif kepada psikologi seseorang. Jika penghidap sopak melibatkan bahagian muka dan mana-mana bahagian yang terdedah dan tidak boleh ditutup, sudah tentu mereka akan berasa malu, kurang keyakinan dan berasa rendah diri. Tompokan putih akan menjadi lebih ketara dan jelas apabila kulit pesakit berwarna gelap kerana kontras warna tersebut lebih mudah kelihatan. Jadi, penting untuk kita ikhtiar dengan segera cara merawat sopak (vitiligo) supaya kulit kembali cantik!

 

ubat sopak

 

Punca Penyakit Sopak (Vitilogo)

Penyakit sopak ini berpunca daripada proses pigmentasi, yang mana sel-sel yang menghasilkan pigmen bernama sel melanosit, dirosakkan oleh antibodi yang dihasilkan oleh badan penghidap sendiri. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini, punca sebenar penyakit sopak ini tidak diketahui dengan jelas. Hasil penyelidikan menunjukkan terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada terjadinya tompokan putih penyakit sopak ini.

 

1. Faktor Genetik.

1/5 daripada penghidap penyakit sopak ini memiliki keluarga dengan penyakit yang sama.

2. Mempunyai penyakit autoimun lain.

Contoh penyakit autoimun lain seperti hipertiroidisme, diabetis atau penyakit Addison.

3. Tekanan.

Sering mengalami tekanan (stress) dalam hidup.

4. Kerosakan berlaku pada kulit. 

Berlaku kerosakan pada kulit disebabkan terdedah pada sinaran cahaya matahari dalam tempoh yang lama atau terdedah pada bahan kimia.

Tanda-Tanda Penyakit Sopak

1. Perubahan pada warna kulit

ubat sopak

 

Warna kulit yang berubah menjadi tanda awal kepada penyakit sopak lagi-lagi perubahan warna menjadi warna putih di beberapa bahagian tubuh. Warna putih tersebut akan nampak seperti panau di bahagian kulit dan tidak ambil kisah kerana menyangka ia adalah panau.

 

2. Tompok pada kulit mula merebak dan meluas

ubat sopak

Tompok putih mula muncul pada bahagian kulit yang berbeza dengan saiz juga berbeza.

3. Rambut menjadi putih

 

Mereka yang mempunyai penyakit sopak akan akan terjadi pemutihan di kulit kepala, rambut, bulu mata, janggut bagi lelaki  walaupun usia baru 20-an.

4. Perubahan warna pada retina mata

Apabila merasakan perubahan warna lapisan retina atau bola mata, kita harus berjaga-jaga kerana ia merupakan satu ciri penghidap penyakit sopak.

Rawatan Dan Ubat Untuk Penyakit Sopak

1. Sapuan Steroid

Biasanya sapuan steroid digunakan pada peringkat awal anda dikesan menghidap sopak. Steroid akan disapu pada tompok-tompok putih selama 3 bulan sebelum melihat keberkesanannya. Walaubagaimanapun, penggunaan steroid yang berterusan bakal memberikan kesan sampingan kepada pesakit.

 

2. Fotokemoterapi prosalen (penggunaan ultraviolet A)

Terapi ini adalah antara rawatan/ubat yang berkesan tetapi ianya memakan masa dan mendatangkan kesan sampingan. Prosalen adalah bahan kimia yang bertindak balas dengan lampu ultraviolet untuk membantu proses penghitaman kulit. Ia didatangkan dalam bentuk sapuan atau oral.

 

3. Dipegmentasi

Terapi ini melibatkan penghidap yang mempunyai sopak lebih dari 50% bahagian anggota badam. Bahan kimia seperti monobenzylether digunakan untuk tujuan ini. Namun, kebanyakan cara rawatan sopak ini boleh mendatangkan kesan sampingan jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.

 

Petua Hilangkan Sopak Secara Semulajadi

Bagi mereka yang mencari ikhtiar lain selain daripada rawatan yang dinyatakan di atas, anda boleh mencuba mengambil supplemen VIVIX dan ESP. Kedua-dua supplemen ini membantu membekalkan nutrisi pada sel kulit melalui pengambilan vitamin.

 

1. VIVIX

Bagaimana VIVIX membantu pesakit vitiligo?

1. Menghalang Pembentukan protein AGE.

Penghasilan terlalu banyak protein AGE boleh menyekat fungsi sel. Akibatnya sel-sel akan rosak dan kehilangan fungsi. Dalam kes penyakit sopak, sel melanosit yang rosak. VIVIX dapat membantu menghalang pembentukan protein AGE.

Penyakit sopak dipercayai membentuk satu jenis protein yang dipanggil cytokins. Protein inilah yang berperanan dalam merosakkan sel melasonit yang membentuk melanin pada kulit kita. Bagaimanapun, ada teori lain mengatakan yang melanosit ini sendiri yang merosakkan dirinya.

2. Mengandungi Polifenol Penting.

Kajian menunjukkan polifenol bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang dan merawat kulit yang rosak disebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari. Kerosakan kulit juga berkait rapat dengan radikal bebas yang memusnahkan sel kulit. Polifenol adalah komponen VIVIX yang sangat baik untuk membantu melindungi kulit dan tubuh dari radikal bebas.

 

2. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP merupakan protein segera yang dicipta sekitar tahun 1961. Protein diperlukan untuk membentuk sel, tisu, organ dan akhirnya terbentuk sistem yang efektif untuk bekerja buat kita. Makanan utama bagi sel kita ialah protein. Itu sebab pentingnya pengambilan ESP (protein yang baik), supaya sel yang terhasil adalah sel yang sihat.

Jom Lihat Feedback Penggunaan VIVIX Dan ESP Kepada Pesakit Sopak

Secara kasarnya, kebanyakan customer Ummi yang mengambil VIVIX dan ESP menunjukkan kesan yang sangat positif. Tompok putih mereka semakin dan semakin berkurang. Ummi nak tunjukkan sebahagian daripada feedback customer Ummi yang telah menunjukkan kesan postif. Jom tengok!

 

TESTIMONI 1

 

TESTIMONI 2

 

TESTIMONI 3

 

TESTIMONI 4

 

TESTIMONI 5

 

TESTIMONI 6

 

Jom kembalikan kecantikan semulajadi kulit anda tanpa tompok-tompok putih SOPAK!

DAPATKAN SUPPLEMEN UNTUK SOPAK ANDA HARI INI

Dapatkan segera vitamin anda hari ini. Ummi akan kongsikan cara makan paling tepat untuk anda.

 Boleh buat belian terus secara online di sini:

urticaria

 

ATAU HUBUNGI UMMI

Jangan ragu-ragu untuk hubungi Ummi.
Ummi sedia untuk membantu.
Intan Farhana bt Sharifudin (Ummi)
ID : 1235190
Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com
Fb : Intan Farhana Sharifudin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2 thoughts on “Petua Hilangkan Sopak Secara Semulajadi”

  1. aRzMoHa says:
    August 26, 2018 at 1:05 pm

    mudah-mudahan sopak dapat dihilangkan

    Reply
  2. raihana says:
    September 1, 2018 at 8:24 am

    xthu pun esp juga boleh guna untuk sopak

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« May    
©2023 | Design by Superb