Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu
hilangkan vitiligo

Petua Hilangkan Vitiligo Secara Semulajadi

Posted on November 13, 2018 by admin

Penyakit vitiligo adalah sejenis penyakit autoimun atau lebih dikenali sebagai sopak di kalangan masyarakat Melayu. Penyakit vitiligo ini terjadi bilamana sistem imun pesakit menyerang sel-sel melanosit yang berfungsi menghasilkan pigmen yang memberikan warna pada kulit manusia. Sel-sel melanosit yang musnah menyebabkan terhasilnya tompok-tompok putih di bahagian badan tertentu dan kemudian, merebak ke bahagian kulit yang lain. Tompok-tompok vitiligo ini biasanya timbul di atas kulit di bahagian tangan, mulut, kaki, dan juga bahagian yang mempunyai rambut atau bulu, seperti kening, misai, bulu roma dan sebagainya. Orang yang mengalami penyakit vitiligo ini, sudah tentu risau dan berusaha pelbagai cara untuk hilangkan vitiligo ini kerana ia sangat menggangu penampilan orang yang mengalaminya. Anda jangan risau! Vitiligo boleh dirawat dengan penggunaan ubat steroid, penggunaan ultraviolet A dan melakukan terapi pigmentasi. Pelbagai rawatan tradisional juga boleh dilakukan untuk merawat vitiligo, tetapi pastikan ianya selamat dan semulajadi.

hilangkan vitiligo
(Sumber: Mayo Clinic)

Sebelum, berkongsi tentang petua hilangkan vitiligo secara semualajadi, menjadi keutamaan untuk kita tahu apakah punca yang menjadi penyumbang kepada penyakit vitiligo ini supaya ianya penyebabnya dapat diketahui dan dikawal. Antara punca vitiligo ialah:

  • Gangguan autoimun– imun sistem badan pesakit menjadi terlalu aktif dan merosakkan pelbagai sel termasuk sel melanosit.
  • Sering terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama.
  • Sering mengalami stress.
  • Sering terdedah kepada bahan kimia.
  • Faktor genetik/keturunan.
  • Ia juga boleh berpunca daripada virus.

Walaubagaimanapun,anda tidak perlu risau kerana penyakit vitiligo ini tidak berjangkit. Penyakit vitiligo atau sopak ini tidak dipengaruhi oleh umur, jantina ataupun kaum. Tetapi kajian menunjukkan bahawa kebanyakan kes vitiligo boleh bermula seawal umur dalam lingkungan 20 tahun.

Petua Hilangkan Vitiligo Secara Semulajadi

1. Petua Hilangkan Vitiligo Menggunakan Betik.

 

hilangkan vitiligo

Sapukan potongan betik pada tompokan putih. Biarkan ianya kering dan sapukan semula potongan betik beberapa kali. Biarkan jus pada buah betik itu menyerap pada kulit. Sebagai tambahan, amalkan minum jus betik setiap hari. Buah betik membantu memulihkan sel-sel melanosit yang menghasilkan pigmen kulit kita.

 

2. Petua Hilangkan Vitiligo Menggunakan Betik.

Red clay atau tanah liat berwarna merah mengandungi kandungan kuprum yang berfungsi untuk memberi warna asal kulit dengan berkesan. Campurkan 2 sudu besar red clay dengan 1 sudu besar jus halia. Sapukan campuran tersebut pada tompokan putih setiap hari. Jus halia berfungsi untuk merangsang dan meningkatkan peredaran darah ke bahagian bertompok putih. Penggunaan berterusan mampu memulihkan struktur warna kawasan terjejas.

 

3. Petua Hilangkan Vitiligo Menggunakan Kunyit.

Buat campuran serbuk kunyit dan minyak mustard sehingga terbentuk paste. Sapukan paste tersebut pada bahagian yang terjejas. Kunyit adalah bahan semulajadi yang bersifat anti radang. Mustard oil pula boleh membantu mengembangkan kapilari darah dan juga membantu meningkatkan peredaran darah kepada bahagian kulit yang terjejas. Kombinasi keduanya mampu memulihkan sel-sel melanosit di kawasan yang terjejas.

4. Petua Hilangkan Vitiligo Menggunakan GooseFoot.

Goosefoot adalah sejenis tumbuhan herba yang dikategorikan sebagai tumbuhan ubatan herba. Goosefoot kaya dengan asid folik, mineral, vitamin serta kaya juga dengan protein. Ambil sayuran ini sebagai makanan harian dan ekstrak jusnya untuk disapukan di bahagian terjejas sebanyak 3 kali sehari.

Anda yang mengalami masalah vitiligo, anda boleh mencuba petua hilangkan vitiligo secara tradisional yang dicadangkan di atas.

Anda juga boleh ikhtiar dengan supplemen untuk hilangkan vitiligo anda secara semulajadi.

Nak tahu lebih lanjut. Klik LINK ini >> Cara Merawat Vitiligo (Sopak) Supaya Kulit Kembali Cantik.

atau hubungi saya

Intan Farhana bt Sharifudin (Ummi)
Certified Health anda Welnesss Consultants Shaklee Malaysia
ID : 1235190
Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com
Fb : Intan Farhana Sharifudin

 

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« May    
©2023 | Design by Superb