Sakit ari-ari ketika hamil adalah antara masalah yang sering melanda ibu hamil dan ia merupakan perkara biasa yang dialami oleh ibu mengandung. Sakit ari-ari menjadi petanda seseorang itu hamil, dan sakit ari-ari juga sering datang pada pertengahan sekitar 4 bulan kehamilan atau di penghujung kehamilan iaitu semasa usia kandungan 9 bulan.
Sakit ari-ari dijelaskan dengan sakit di bahagian abdomen bawan perut dan di atas kemaluan. Sakitnya datang seakan-akan perut mengeras dan krem. Di peringkat awal kehamilan, rasa sakit pada bahagian ari-ari mungkin disebabkan oleh berlakunya pembesaran rahim. Dalam keadaan biasa semasa di luar tempoh hamil, rahim tersimpan dengan baik di dalam ruang pelvis dan langsung tidak dapat dirasai kehadiran rahim. Walaubagaimanapun, apabila masuk ke minggu ke 12, rahim mula membesar dah sudah mula keluar dari ruangan pelvis dan ianya dapat dirasakan di bahagian ari-ari. Rahim juga disupport pada bahagian kiri dan kanannya oleh struktur seperti round ligament, broad ligament dan otot-otot pelvis. Kadangkala, regangan dan tarikan yang berlaku di kiri kanan rahim menyebabkan rasa kurang selesa pada ari-ari. Itu sebab, kadangkala kita merasakan sakit ari-ari di bahagian kanan dan kadangkala di bahagian kiri pula.
Faktor Lain Sakit Ari-Ari Ketika Hamil
Selain daripada faktor berlakunya pembesaran rahim, sakit ari-ari ketika hamil ini juga disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
1. Saluran darah yang semakin membesar
Saluran darah yang semakin membesar di kiri kanan rahim untuk membekalkan makanan dan oksigen pada bayi, menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian ari-ari.
2. Berlakunya jangkitan kuman
Jangkitan kuman dalam air kencing juga boleh menyebabkan ari-ari anda menjadi sakit. Jika benar disebabkan jangkitan kuman, anda akan diberikan antibiotik untuk diambil dalam masa 2 minggu.
3. Bayi yang makin membesar
Apabila bayi mula membesar seiring dengan pertambahan minggu, kepala bayi menyebabkan rasa berat di bahagian ari-ari dan ada kalanya bayi cenderung ke kiri atau ke kanan menyebabkan rasa sakit.
Petua Kurangkan Sakit Ari-Ari Ketika Hamil
Keadaan sakit ari-ari ketika hamil ini kebiasaannya tidak berbahaya, dan jika sakit tidak bertambah teruk, anda sebenarnya tidak memerlukan sebarang rawatan. Anda boleh amalkan beberapa petua untuk kurangkan sakit ari-ari ketika hamil ini.
1. Duduk dan berehat
Berehat dengan selesa sepatutnya dapat menghentikan kesakitan. Jika dengan berkeadaan duduk, rasa sakit masih tidak hilang, cuba duduk dengan membongkok ke hadapan.
2. Bergerak dengan berhati-hati
Bergerak dengan perlahan dan berhati-hati dari posisi duduk/berbaring ke posisi berdiri kerana pada masa ini otot-otot anda beradaptasi dan menyokong anda sebelum menukar posisi. Cuba tolak punggung anda ke belakang sebelum berdiri.
3. Menggunakan tali pinggang sokongan
Kadang-kala tali pinggang sokongan atau pembalut tubular berelastik (tubigrip) yang direka khas untuk wanita hamil boleh membantu menampung berat bayi dan mengurangkan tekanan pada otot-otot perut. Doktor anda mungkin boleh memberitahu anda mengenainya.
Nak Mengandung Tapi Steady?
Tiada lagi HB low,
Tiada lagi morning sickness,
Tiada lagi cramp2 kaki,
Tiada lagi sakit ari-ari.
Dapatkan Nutrisi Ibu Hamil Yang Terbaik Ini.
Set hamil Shaklee ini membekalkan untuk ibu dan bayi anda kandungan nutrisi yang lengkap sepanjang kehamilan. Masalah-masalah yang sering datang semasa hamil akan berkurang.
Apa Kata Pengguna Set Hamil Shaklee? Jom saksikan!
1. Anemia Tiada Lagi!
2. Mengandung Tapi Steady! Tiada penat-penat lagi.
3. Ibu Hamil Cergas Amalkan Set Hamil Shaklee
4. Sihat, Bertenaga dan Alahan Tiada!
DAPATKAN SET HAMIL SHAKLEE ANDA HARI INI
Dapatkan segera vitamin anda hari ini. Ummi akan kongsikan cara makan paling tepat untuk anda.
Boleh buat belian terus secara online di sini:
ATAU HUBUNGI UMMI