Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu
merawat sopak garam

Petua Merawat Sopak Garam Secara Semulajadi

Posted on November 2, 2018November 14, 2018 by admin

Apa itu sopak garam? Sopak garam lebih dikenali dengan gegata atau bahasa perubatannya urticaria. Penghidap sopak garam akan mengalami miang dan gatal-gatal, serta meninggalkan bintik merah pada kulit seakan-akan digigit ulat bulu. Bintik merah pada kulit akan menjadi bintik merah yang bertompok-tompok seperti peta yang besar pada sebahagian besar badan. Walaubagaimanapun, tidak sampai tempoh 8 jam, bintik merah sopak garam akan mula menghilang dan tidak meninggalkan apa-apa kesan pada kulit. Jika badan anda alah dengan sesuatu dan tidak tahan, sopak garam akan menyerang lagi tidak kira masa. Sopak garam sangat menggangu kehidupan penghidapnya kerana badan akan gatal-gatal dan tidak selesa. Jika anda mengalami penyakit sopak garam, penting untuk anda merawat sopak garam ini dengan segera kerana ia boleh mengganggu aktiviti seharian anda. Jom terus baca artikel ‘Petua Merawat Sopak Garam Secara Semulajadi” ini untuk dapat tahu ubat merawat sopak garam yang selalu digunakan dalam bidang perubatan dan saya juga akan kongsikan petua merawat sopak garam secara semulajadi. Jom membaca!

 

merawat sopak garam

Punca Sopak Garam

Sopak garam banyak menyerang golongan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Ini kerana kanak-kanak mempunyai tahap imun sistem yang masih rendah. Sopak garam ini terjadi disebabkan oleh allergik, perubahan suhu sekitar yang mendadak, tertekan dan juga kerana jangkitan. Keadaan sopak garam terjadi apabila tubuh kita merembeskan histamine, yang mana histamine merupakan compund dalam sistem imun kita yang bertindak balas dengan allergen (benda asing), dan kemudiannya menyebabkan pembengkakan. Imun sistem dalam badan mungkin tersalah anggapyang allergen dalam tubuh kita sebagai suatu yang berbahaya. Jadi, ia melepaskan histamine dan beberapa compound lain dalam salur darah pesakit. Kerana itu, orang yang mengalami allergik, akan mengalami simptom awal dengan menunjukkan tanda bersin dan selsema. Ubat yang sering digunakan untuk rawatan sopak garam ialah anti-histamine.

Walaubagaimanapun, ubat anti histamine hanya berfungsi untuk memberhentikan perembesan histamine untuk elakkan sopak garam muncul pada kulit. Root cause kepada pembentukan sopak garam masih tidak dapat diselesaikan.

Contoh allergen yang boleh trigger pembentukan sopak garam

  • Makanan laut, makanan kaya protein seperti ikan, ayam dan daging.
  • Susu lembu dan susu soya.
  • Makanan kekacang.
  • Ubat-ubatan tertentu.
  • Bulu binatang.
  • Pollen dari debunga atau tumbuhan.
  • Gigitan serangga yang berbisa.
  • Terdedah kepada cuaca sejuk.
  • Terdedah kepada bahan kimia.

Ubat Untuk Sopak Garam 

Biasanya, doktor akan mencadangkan ubat anti-histamine supaya badan pesakit berhenti menghasilkan histamine. Ubat antihistamine yang dicadangkan doktor ada bermacam-macam jenis. Ada yang diambil secara oral, dan ada juga yang terus melalui suntikan steroid (jika keadaan pesakit semakin serius dan tidak boleh dikawal lagi). Tetapi,  ia hanya bertindak sementara sahaja untuk menyekat perembesan histamin dalam tubuh.  Perlu diingatkan bahawa pengambilan steroid untuk jangka masa panjang memang sangat memudaratkan. Root cause kepada pembentukan bintik merah sopak garam masih tidak dapat diselesaikan. Sebab itulah akhirnya saya berjaya menjumpai cara penyelesaian sopak garam ini melalui rawatan semulajadi, iaitu dengan cara meningkatkan sistem imun badan pesakit yang sering mengalami masalah sopak garam ini. Jom teruskan membaca.

Pengalaman Anak Menghidap Sopak Garam

merawat sopak garam
My always beloved daugther 🙂

 

Pada penghujung November 2016, anak saya sendiri yang kedua secara tiba-tiba mengalami bintik-bintik merah yang teruk. Saya dan suami tidak tahu apa puncanya kerana sebelum ini, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Ketika itu anak kami berusia hampir 2 tahun. Saya yang ketika itu langsung tidak mempunyai pengalaman, menjadi panik dan langsung beberapa kali kami ke klinik untuk dapatkan rawatan doktor. Doktor memberikan lotion calamine untuk mengurangkan rasa miang dan gatal, kemudian memberikan ubat antihistamine. Apabila makan ubat, bintik-bintik merah macam gegata surut, tetapi keesokan harinya bintik merah yang gatal dan miang, naik kembali dan ianya berlarutan hingga 2 minggu. Kami dah cuba stopkan makanan-makanan yang menyumbang pada allergik seperti susu, kacang, telur namun tiada kesan. Habis semua carpet kami hantar ke dobi, risaukan anak kami alah dengan habuk. Namun bintik merah terus muncul setiap hari.

Kerana risaukan keadaan anak kami, kami jumpa dengan 2 orang pakar kulit kanak-kanak. Yang pertama, Dr Sabirah di Prince Court Medical Centre. Yang kedua, Dato Dr Maziah di KPJ Damansara. Kedua-dua orang doktor ini mengesahkan anak kami kena urticaria atau sopak garam. Kata doktor, sopak garam yang dialami anak kami tidak kronik kerana masih tidak melepasi tempoh 3 bulan. Dato Dr Maziah Maziah minta teruskan dengan ubat antihistamine Zyrtec setiap hari. Alhamdulillah, selepas 3 minggu, gegata tidak datang lagi. Saya berasa sangat lega.

Namun pada hujung Januari 2017, sopak garam datang lagi. Dan kali ini setiap hari tanpa miss! Jika tidak makan ubat Zyrtec sahaja, gegata pasti akan muncul. Maka, bermulalah episod anak kami makan ubat antihistamine (Zyrtec) setiap hari hampir 2x sehari. Setiap kali cuba untuk stop ubat, gegata pasti naik. Gegata naik lebih teruk apabila makan telur dan kekacang serta coklat. Habis bengkak semua mulut dan kepala juga membengkak. Pada ketika itu, hampir setiap minggu kami jumpa doktor kulit, Dr Gangaram di PCMC. Doktor nasihatkan untuk teruskan dengan Zyrtec mengikut dos tertentu.

Sambil ikhtiar dengan ubat antihistamine Zyrtec, di penghujung Julai 2017, saya ikhtiar berikan nutriferon dan vitamin C chewable pada anak saya secara konsisten setiap hari. Selepas hampir 2-3 minggu, saya cuba hentikan Zyrtec. Ya, sopak garam tidak naik lagi selepas itu hingga hari ini selepas konsisten ambil vitamin C terutamanya. Alhamdulillah. Doakan moga Allah terus berikan kesihatan yang baik pada anak saya.

 

Petua Merawat Sopak Garam Secara Semulajadi

  1. Vitamin C Sustained Release & Vitamin C Chewable.

vitamin cepat hamil

merawat sopak garam

Vitamin C membantu tingkatkan sistem imun tubuh. Vitamin C bagus untuk allergik, resdung dan kegatalan.

 

2. Herbal Blend

Menghilangkan kegatalan dan rasa miang. Herbal blend ini selamat tanpa steroid.

 

3. Nutriferon

 

Nutriferon sangat bagus untuk tingkat sistem imun tubuh.

 

Dapatkan Set Sopak Garam Di Sini!

Saya akan kongsikan cara penggunaan supplemen paling tepat untuk selesaikan masalah sopak garam anda!

 Boleh buat belian terus secara online di sini:

 

ATAU HUBUNGI UMMI UNTUK DAPATKAN LEBIH PENJIMATAN

Jangan ragu-ragu untuk hubungi Ummi.
Ummi sedia untuk membantu.
Intan Farhana bt Sharifudin (Ummi)
ID : 1235190
Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com
Fb : Intan Farhana Sharifudin

2 thoughts on “Petua Merawat Sopak Garam Secara Semulajadi”

  1. akubiomed says:
    November 2, 2018 at 3:26 pm

    Kata orang tua-tua dahulu kena sembur cik Pontianak. Petua orang tua-tua dahulu guna kapur Sireh sapu pada ibunya akan surut yang lain-lain.

    Reply
    1. admin says:
      November 2, 2018 at 4:36 pm

      thanks for sharing petua ni

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« May    
©2023 | Design by Superb