Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu
rambut gugur lelaki

Rawatan Rambut Gugur Lelaki Supaya Tidak Botak

Posted on October 21, 2018October 22, 2018 by admin

Perkara yang ditakuti oleh lelaki ialah apabila mereka mengalami masalah rambut gugur sedikit demi sedikit sehingga menyebabkan masalah kebotakan. Hal ini menyebabkan lelaki yang mengalami masalah rambut gugur menjadi rendah diri. Lagi-lagi, lambakan shampoo dan ubat rambut gugur lelaki langsung tidak dapat membantu malah menyebabkan masalah rambut gugur kian parah.

rambut gugur lelaki

Walaupun sesetengah orang menganggap botak itu menawan, walaubagaimanapun tidak terkecuali ramai juga yang tertekan apabila mengalami masalah kebotakan disebabkan rambut gugur sedikit demi sedikit. Masalah rambut gugur ini boleh menimpa siapa sahaja, baik lelaki mahupun perempuan. Jika anda salah seorang yang mengalami masalah rambut gugur, wajib untuk anda dapatkan rawatan rambut gugur dengan segera. Jom baca artikel ini hingga habis untuk lebih kenali punca dan rawatan rambut gugur khusus untuk lelaki.

 

rambut gugur lelaki
Jenis-Jenis Kebotakan Yang Sering Terjadi Pada Lelaki

Sebab Rambut Gugur Lelaki

Ramai tertanya-tanya, mengapa lelaki mudah untuk mengalami kebotakan lagi-lagi apabila usia mereka semakin meningkat. Di sini saya ingin kongsikan faktor rambut gugur di kalangan lelaki dan cara mengatasinya.

1. Mengalami Tekanan

rambut gugur lelaki

Lelaki yang sering mengalami tekanan yang teruk seperti tekanan emosi akibat stress kerja atau berlakunya kematian dalam keluarga, boleh memberikan kesan pada tubuh badan. Tekanan yang teruk membawa kepada keadaan Telogen effluvium (badan terkejut), dan membawa kepada masalah keguguran rambut.

 

2. Hipotirodisme

Tiroid adalah kelenjar kecil yang terletak di bahagian hadapan leher di bawah peti kotak suara. Ia berperanan penting dalam mengawal metabolisme badan melalui perembesan pelbagai hormon untuk menjalankan pelbagai sistem tubuh. Hipotiroidisme adalah keadaan di mana kurangnya pengeluaran hormon tertentu dan ia menjadi punca paling biasa kehilangan rambut di sesetengah kawasan badan sama ada di kepala atau kawasan lain badan. Hipotiroidisme ini disebabkan oleh kecacatan semasa kelahiran, penyakit autoimun atau pernah melakukan pembedahan yang melibatkan pembuangan tiroid.

 

3. Penyakit Autoimun

Sekiranya anda mempunyai diabetes atau mempunyai artritis, anda mungkin berhadapan dengan penyakit autoimun. Peyakit autoimun ini berlaku apabila sistem imun badan sendiri tersilap menyerang dan memusnahkan tisu badan yang sihat. Apabila sistem imun badan sendiri menyerang folikel rambut atau sel-sel atau tisu yangberfungsi untuk pertumbuhan rambut, ia boleh menyebabkan kehilangan rambut pelbagai jenis, termasuk cicatricial alopecia (satu bentuk keguguran rambut yang berkekalan) dan Telogen (yang berlaku apabila kitaran pertumbuhan rambut terganggu).

4. Jangkitan Kulat Di Kulit Kepala

Beberapa jenis jangkitan boleh membawa kepada rambut gugur dan jangkitan yang paling biasa yang boleh menyebabkan kesan kepada kulit kepala dan rambut adalah kurap yang disebabkan oleh kulat. Contoh kulat ialah Tinea capitis yang hidup dalam keadaan yang panas, lembap dan biasa muncul di tempat kotor. Jika anda orang yang suka memakai topi dan menutup rambut, pastikan rambut anda dicuci dengan kering dan jangan dibiarkan lembap kerana kulat yang menyerang kulit kepada boleh menyebabkan keguguran rambut.

5. Kemoterapi

Rawatan kemoterapi begitu berkesan dalam membantu menghentikan sel kanser daripada berkembang dengan pesat dalam badan penghidapnya. Malangnya, terdapat sel-sel lain dalam badan termasuk folikel rambut yang terjejas dan menyebabkan keguguran rambut apabila menjalani proses kemoterapi.

 

6. Kurang Zat Dan Vitamin

Kekurangan zat yang paling biasa dianggap menyumbang kepada keguguran rambut adalah zat besi. Kekurangan zat besi dalam nutrien lain  seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein, dianggap menyumbang kepada keguguran rambut juga.

Cara Mengatasi Rambut Gugur Lelaki Secara Semulajadi

 

rambut gugur lelaki

Jika anda mengalami masalah rambut gugur yang kronik, rawatan rambut gugur haruslah dicari segera supaya tidak menjadi kronik. Di sini, saya memperkenalkan cara mengatasi rambut gugur lelaki secara semulajadi dengan menggunakan supplemen dan shampoo Shaklee.

1. ESP- Membantu pertumbuhan rambut yang sihat. Membina sel rambut dan membaiki sel kulit.

2. B Complex-Membantu penyerapan zat besi dan elak keguguran rambut.

3. Zinc Complex- Membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut.

4. Shampoo  Prosente- Membantu melicinkan rambut dan membantu melebatkan rambut. Ianya selamat dan semulajadi, bebas dari bahan kimia. 

 

 

Untuk mendapat kesan yang kebaikan yang optimum, anda perlu dapatkan set rambut gugur ini.
Jangan buat tak tahu tentang masalah rambut. Manjakan rambut kita dengan vitamin terbaik, semulajadi dan halal bersih.

Dapatkan Set Rambut Gugur Di Sini

 

Saya akan kongsikan cara makan paling tepat untuk anda. 

 Boleh buat belian terus secara online di sini:

urticaria

 

ATAU HUBUNGI UMMI UNTUK DAPATKAN LEBIH PENJIMATAN

Jangan ragu-ragu untuk hubungi Ummi.
Ummi sedia untuk membantu.
Intan Farhana bt Sharifudin (Ummi)
ID : 1235190
Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com
Fb : Intan Farhana Sharifudin

 

2 thoughts on “Rawatan Rambut Gugur Lelaki Supaya Tidak Botak”

  1. Faehana says:
    October 21, 2018 at 5:17 am

    Very good sharing

    http://www.ummicenter.com
    http://www.vitamindocket.com

    Reply
  2. kakda Mamikembar says:
    November 28, 2018 at 4:45 am

    Bagus perkongisan intan ni. Bukan lelaki saja takut botak, perempuan pun sama. Lagi-lagi lah kalau baru lepas bersalin kan.hehe

    http://www.mamikembar.com

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« May    
©2023 | Design by Superb