Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu
review upin ipin keris Siamang tunggal

Review Movie Upin Ipin Keris Siamang Tunggal

Posted on March 23, 2019July 17, 2019 by admin

review upin ipin keris siamang tunggal

Hari ni, Kami membawa anak-anak menonton movie Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal yang baru sahaja dilancarkan di pawagam bermula 22 Mac 2019. Movie ini mengetengahkan tentang pengembaraan Upin Ipin dan kawan-kawan tanpa sengaja dihantar ke dunia Inderaloka untuk membantu kerajaan Inderaloka yang dikuasai oleh Raja Bersiung. Macam biasa je jalan cerita, ala-ala cerita fantasi orang putih? Tidak. Movie Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ini mengetengahkan kualiti cerita yang cukup menarik dan  mengangkat pelbagai nilai moral untuk dijadikan pengajaran penonton. Memang best. Anda mesti tonton sendiri untuk merasai keseronokannya. Bukan anak-anak je happy, mak ayah pun enjoy! Kalau rate over 10, saya bagi 10/10!

Review Movie Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal.

 

 

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-layout-key="-5d+ca-8-4s+n3"
     data-ad-client="ca-pub-2383582865204588"
     data-ad-slot="3438028507"></ins>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

Saya tertarik sangat movie yang sangat sarat dengan nilai ini. Antara nilai yang dibincangkan dalam movie ini:

1. Pengarah movie Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal ini mempositifkan persepsi masyarakat Melayu tentang cerita dongeng Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan Mat Jenin. Cerita yang sebelum ini diketahui ramai tentang Mat Jenin yang suka berangan, si Tanggang yang menjadi mangsa ibu yang kecewa dan tidak sabar, bawang putih yang stab back kakaknya sendiri, namun, dalam movie Upin Ipin ini, kisah dongeng dibawa dan digarap dalam suasana yang sangat positif. Nak tahu, bagaimana, kena tengoklah.

2. Nilai memaafkan. Kemaafan menjadi kunci kepada terselamatnya kerajaan Inderaloka dari tangan Raja Bersiong. Movie ini digarap dengan mengangkat nilai memaafkan itu menjadi intipati utama. Seorang kakak harus menjaga dan menyayangi adiknya, selalu kena berlapang dada dan memaafkan. Seorang ibu perlu sabar, tidak boleh mudah sentap kecewa, perlu sentiasa redha dengan setiap anak-anak.

3. Apa yang penting? Kerjasama! Sukar untuk kita mencapai impian kita seorang diri, tanpa ada tangan-tangan yang sudi menghulurkan bantuan. Watak upin ipin dalam movie ini mengetengahkan tentang peri penting bekerjasama. Pelbagai dialog mengangkat nilai kerjasama dalam seni cerita movie Upin Upin: Keris Siamang Tunggal ini.

4. Mengajar kita untuk fahami yang manusia ini adalah makhluk Allah yang unik. Ada hati dan perasaan. Jika disalah lenturannya, ada hati yang boleh remuk.Hatta dengan kata-kata dapat membahagiakan perasaan seseorang mahupun mencalarkan hati mereka. Kerana hadirnya hati dan perasaan, manusia akan terjemahkan dalam bentuk bahagia, atau duka dan air mata. Empatilah dan jaga perasaan orang lain.

5. Kanak-kanak fitrahnya bermain. Walau sebesar mana badai melanda, mereka akan terus hanyut dengan fitrah mereka yang ceria dan terus beemain. Jangan sekat anak-anak kita untuk explore the world melalui bermain.

6. Cerita ini mengangkat nilai kekeluargaan. Sejauh mana mereka merantau, at last mereka mahu juga kembali ke tempat asal, tempat orang-orang yang banyak berbakti dan menjaga mereka.

Sekian, perkongsian dari saya tentang review Movie Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal. Selamat menonton!

1 thought on “Review Movie Upin Ipin Keris Siamang Tunggal”

  1. Hairul Hissam says:
    May 2, 2019 at 11:27 am

    Mmg best filem nie… Sambil berhibur sambil memupuk nilai murni dalam diri anak2

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Mar    
©2023 | Design by Superb