Banyak faktor terjadinya keguguran. Antaranya, rahim wanita yang tidak kuat dan kualiti telur atau kualiti sperma yang tidak berkualiti. Kebanyakan pasangan langsung tidak mempertimbangkan peranan nutrisi, gizi ataupun vitamin untuk meningkatkan peluang wanita untuk cepat hamil setelah mengalami episod keguguran. Mereka beranggapan yang ubat-ubatan kimia adalah satu-satunya jalan untuk meningkatkan kesuburan mereka agar cepat hamil kembali. Anggapan ini salah kerana, vitamin juga amat diperlukan untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh yang kemungkinan besar tidak lengkap diambil setiap hari.
Ada sesetengah orang dapat hamil dengan mudah seawal di awal usia perkahwinan. Ada orang mudah untuk hamil, walaubagaimanapun mudah pula untuk berlaku keguguran. Ada sesetengah orang yang memerlukan ikhtiar lebih lagi untuk hamil terutama daripada sudut penjagaan makanan, mengawal gaya hidup dan juga pengambilan vitamin yang membantu anda untuk cepat hamil. Di sini, saya akan bincangkan lebih lagi vitamin yang diperlukan dan mengapa setiap vitamin sangat penting untuk membantu kesuburan agar cepat hamil selepas keguguran. Pengambilan vitamin adalah salah satu cara yang boleh diamalkan oleh setiap pasangan di luar sana untuk meningkatkan tahap kesuburan suami isteri sekaligus tingkatkan peluang untuk hamil dengan cepat, lebih-lebih lagi setelah keguguran.
Vitamin Agar Cepat Hamil
Untuk isteri
1. Vitamin C
Wanita yang mahu cepat hamil, memerlukan kandungan vitamin C yang cukup dalam tubuh. Ini adalah kerana, vitamin C membantu dalam pembentukan sel telur yang sihat. Salah satu punca utama yang menyumbang kepada kemerosotan fungsi organ reproduksi wanita adalah kerana serangan radikal bebas yang berlaku terhadap sel yang terdapat dalam badan wanita tersebut. Serangan radikal bebas boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk daripada asap rokok, pencemaran alam sekitar, bahan kimia daripada makanan dan juga persekitaran.
2. B Complex
Vitamin ini diperlukan oleh setiap wanita yang merancang untuk hamil. Ianya berfungsi untuk mengatur dan menyokong hormon reproduksi dan membantu menentukan kadar kesuburan bagi wanita. Risiko untuk berlaku keguguran juga dapat dikurangkan dengan pengambilan B-Complex. B Complex Shaklee ini mengandungi kandungan asid folik yang mana ianya penting dalam proses pembentukan janin untuk bantu mengelakkan kejadian spina bifida dan membantu perkembangan otak janin dengan baik.
3. GLA Complex
GLA membantu menstabilkan haid dan kestabilan haid sangat penting, kerana isteri boleh menentukan waktu suburnya dan merancang kehamilan dengan mudah. Vitamin GLA ini membantu untuk menstabilkan hormin badan serta mencegah aktiviti sel yang abnormal. GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur.
Vitamin Untuk Suami
1. Vitamin E
Vitamin E dapat membantu mempertingkatkan kemampuan reproduktif suami. Kajian mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif bagi suami. Orang lelaki yang mengambil 600-800IU vitamin E sehari mampu untuk meningkatkan jumlah sperma mereka.
Terdapat kajian yang melibatkan 960 lelaki tidak subur yang menerima tambahan selenium dan vitamin E sekurang-kurangnya 100 hari. Hasil kajian mendapati:
1) 52%- meningkatkan mobiliti sperma dan morfologi.
2) 37% – kehamilan secara spontan – ini berlaku kepada isteri mereka.
3) 11% – tiada kuputusan-kemungkinan mereka mempunyai masalah lain.
2) CoQ Health
CoQHealth mengandungi CoQ10 dan ia sangat mempengaruhi kesuburan lelaki. Kesuburan lelaki dipengaruhi oleh tenaga yang menurun akibat protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma dan bergantung pada CoQ10. Kajian menunjukkan bahawa punca utama kemandulan lelaki termasuk jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma yang kurang. Sperma yang baik ialah sperma yang mempunyai antioksidan yang tinggi. Enzim CoQ10 dapat menghasilkan antioksidan yang kuat dan bermanfaat untuk kesuburan.
3) Zinc Complex
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.
Kesemua vitamin ini mempunyai peranan yang khusus untuk memastikan suami mahupun isteri menerima nutrisi yang secukupnya buat tubuh mereka, sekaligus meningkatkan peluang untuk mereka hamil. Dan setiap satu vitamin yang diperkenalkan di atas adalah selamat dan semulajadi, dan sudah tentu ianya berbeza dengan vitamin lain yang berada di pasaran. Jangan bertangguh lagi, dapatkan vitamin anda hari ini, untuk meningkatkan peluang untuk anda suami isteri agar cepat hamil.
DAPATKAN VITAMIN ANDA HARI INI!
Ummi akan kongsikan tips-tips semasa mengandung dan pengambilan vitamin paling tepat untuk anda supaya hasilnya terbaik!
Boleh buat belian terus secara online di sini:
ATAU HUBUNGI UMMI UNTUK DAPATKAN LEBIH PENJIMATAN