Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir

Posted on October 30, 2017 by admin

Petua Hilangkan Kuning Bayi – Penyakit kuning atau lebih dikenali sebagai jandice adalah keadaan di mana bahagian tubuh bayi seperti bahagian dalam mulut, mata dan kulit menjadi seakan kekuning-kuningan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh peningkatan tahap bilirubin pada tisu badan.

 petua hilangkan kuning bayi

Menurut kajian yang dijalankan, lebih kurang 3/4 bayi yang dilahirkan akan mengalami masalah kuning dalam masa beberapa hari selepas kelahiran. 50% bayi yang cukup bulan akan mengalami masalah kuning pada hari kedua atau ketiga kelahiran, kemudian ia biasanya hilang selepas beberapa minggu. 80% bayi yang dilahirkan pramatang akan kena kuning pada hari ke 5 hingga ke 7 selepas kelahiran, dan kebiasaannya akan hilang selepas 2 bulan kelahiran.

Bagaimana Kuning Bayi Terjadi?

Semasa bayi berada dalam kandungan, bayi kita memerlukan sel darah merah yang banyak untuk membawa oksigen untuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Ini kerana paru-paru bayi dalam kandungan masih belum matang. Namun, setelah dilahirkan, fungsi paru-paru mula meningkat, dan kandunga oksigen dalam darah juga akan meningkat.

Jadi, sel darah merah dalam darah tidak lagi diperlukan dan akan musnah secara semulajadi oleh tubuh bayi itu sendiri. Sel darah merah yang musnah dalam tubuh akan hasilkan zat besi dan bilirubin yang mana bilirubin ini akan diproses oleh hati bayi dan dibuang dalam bentuk najis. Walaubagaimanapun, fungsi hati bayi yang masih tidak matang seperti orang dewasa menyebabkan sistem pemprosesannya tidak efisien. Bilirubin yang telah diperoses dalam hati ini, akan disalurkan ke hempedu, dan kemudiannya ke usus. Usus bayi pula mempunyai kandungan enzim, beta glucuronidase yang lebih tinggi berbanding orang dewasa. Enzim ini boleh berfungsi mengubah kembali bentuk bilirubin menyebabkan ia mudah diserap semula oleh usus ke dalam darah bayi. Ini menyumbang kembali kepada jumlah bilirubin yang tinggi dalam darah bayi. Kitaran ini menjadi kitaran yang berterusan. Kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah bayi yang menjadi petanda bayi anda menghidap kuning.


Petua Hilangkan Kuning Bayi

Dalam masyarakat Melayu, antara cara terkenal dan turun-temuran diajar turunkan kuning bayi adalah dengan menjemur anak di bawah cahaya matahari. Sebenarnya, cara ini berbahaya kerana ia boleh menyebabkan bayi anda mengalami dehidrasi (kekurangan air) dan boleh sebabkan masalah kuning bayi anda lebih serius! 

Jadi, bagaimana cara rawatan untuk hilangkan penyakit kuning bayi ini? 



1. Berikan Susu Pada Bayi Anda Sekerap Mungkin

Apabila bayi anda kerap membuang najis, maka lebih banyak bilirubin yang akan dikeluarkan daripada badan bayi dan ia sangat membantu untuk kurangkan kuning dengan cepat. 
Jadi, ibu seharusnya memberikan susu yang cukup kepada bayi anda. Bayi yang menghidap kuning akan mengantuk dan sukar untuk disusukan. Jadi, ibu harus pandai merangsang bayi anda untuk minum susu dengan lebih kerap!

2. Rawatan Fototerapi

Rawatan fototerapi diperlukan apabila paras bilirubin mencecah tahap tinggi iaitu melebihi 200 umol/L. bagi bayi berumur sehari dan 250 umol/L bagi bayi yang berumur 2 hari atau lebih. (Rujukan: Good Clinical Practice Guidelines Management of Jaundices in Healthy Newborn, 2003)
Rawatan fototerapi berjalan di mana bayi diletakkan di bawah lampu yang mempunyai jarak gelombang cahaya yang tertentu putih, biru muda, atau biru pekat – bergantung kepada keadaan bayi dan punca kuning terjadi). Kebiasaanya, ia dilakukan di hospital dan bayi akan diletakkan di bawah lampu hampir sepanjang masa. Mata bayi akan ditutup untuk elakkan kena sinaran yang dekat. Kedudukan bayi juga akan diubah-ubah supaya keseluruhan badan bayi dipastikan menerima sinaran. 

3. Rawatan Tukar Darah

Rawatan tukar darah dalam situasi paras bilurubin terlalu tinggi dan tidak dapat diturunkan dengan rawatan fototerapi dan dalam keadaan klinikal tertentu.
Dan paling penting, ialah kekalkan penyusuan secara eksklusif. Jom baca tips Banyakkan Susu Badan Dengan Berkesan.

Anda Mempunyai Masalah Penyusuan?

Petua Banyakkan Susu Badan Dengan Bantuan Supplemen Shaklee

Fungsi Setiap Supplemen dalam Set Menyusu Shaklee secara ringkas :

ESP : Merupakan protin yang boleh dibancuh sebagai minuman yang membantu memberi tenaga untuk ibu. ESP juga membantu menggalakkan penghasilan susu ibu dengan lebih cepat dan berkualiti. Kebanyakkan pengguna menyatakan dengan pengambilan ESP, susu mereka lebih cepat terhasil untuk sesi berikutnya.
Ostematrix : Merupakan kalsium yang dapat melengkapkan keperluan buat ibu dan bayi. Kalsium membantu mengurangkan sakit pinggang dan membantu ibu mendapat rehat yang lebih baik walaupun kurang tidur.
Vitalea : Multivitamin yang membantu menampung kekurangan nutrisi dalam diet harian ibu yang bekerja atau masih berpantang yang semakin sibuk. Keperluan nutrisi sangat penting untuk penghasilan susu ibu yang bernutrisi tinggi yang kaya anti bodi.
B Complex : Lengkap dengan asid folik dan kesemua vitamin B membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Ibu juga menjadi lebih fokus dan tenang kerana vitamin B membantu mengawal stress dan mengelak kemurungan.
Vitamin C : Membantu menguatkan antibodi ibu dan khasiatnya turut dikongsi dengan bayi. Membantu menyokong kesihatan tulang, gigi dan gusi yang sihat.
Alfalfa : Merupakan galactagogue atau herba penggalak susu ibu a.k.a milk booster. Alfalfa juga membantu masalah keputihan ibu dan mengurangkan angin dalam badan.

Apa Kata Pengguna Set Menyusu Shaklee?


TESTIMONI 1
       TESTIMONI 2


TESTIMONI 3

Ini adalah hanya sebahagian feedback positif selepas mengambil set menyusu Shaklee. Sangat banyak lagi feedback positif yang diterima daripada pengguna selepas amalkan supplemen Shaklee ini.



DAPATKAN SET MENYUSU SHAKLEE SEKARANG!


Anda mengalami masalah susu DROP! Atau ingin susu lebih pekat dan meriah, dapatkan set menyusu dari kami hari ini!

Beli dari kami untuk mendapatkan konsultasi cara makan yang tepat dan berkesan!


ATAU

HUBUNGI KAMI

Klik image untuk terus whatapps

Penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.

Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« May    
©2023 | Design by Superb