Merawat Luka Bernanah– Kemalangan kecil seperti terjatuh, terkena pisau, luka kerana pembedahan semuanya tidak dapat dielakkan. Jika luka basah ini mengalami jangkitan kuman atau bakteria, ia boleh menyebabkan luka menjadi bernanah. Luka bernanah menyebabkan kita berasa sakit, dan mengeluarkan cairan berwarna hijau yang busuk, yang membuatkan kita dan orang di sekeliling kita tidak selesa.
Luka yang bernanah terjadi kerana luka yang berlaku mengalami keradangan menyebabkan bakteria piogenik datang membuat rumah di bahagian luka. Nanah merupakan cairan kaya protein dan mengandungi sel darah putih yang telah mati. Sel darah putih yang berfungsi untuk melawan jangkitan bakteria piogenik, namun apabila sel darah putih kalah, ia akan berubah menjadi nanah berwarna kuning, putih kekuningan atau mungkin berubah menjadi kuning coklat.
Cara Merawat Luka Bernanah
1. Bersihkan Luka Anda
Bersihkan luka anda dan kawasan sekitar luka terutamanya jika luka mengeluarkan darah. Luka terbuka yang kotor akan mengundang bakteria membiak dan menyebabkan jangkitan. Luka harus dibersihkan menggunakan air steril atau rivanol.
2. Tekan Luka Anda Dengan Kain Halus
Pastikan kain halus yang anda gunakan bersih dan steril dan tidak digunakan oleh orang lain. Pastikan kain yang anda guna juga tidak berserabut yang boleh menempel pada luka dan menyebabkan jangkitan.
3. Gunakan Ubat Luka Mengandungi Antiseptik
Gunakan ubat luka mengandungi antiseptik untuk mencegah berlakunya jangkitan dan mempercepatkan penyembuhan.
4. Tutup Luka
Luka yang terbuka berisiko untuk terkena debu yang membawa bakteria dan kuman. Luka yang terbuka juga berisiko untuk tergesek pakaian semasa anda lasak beraktiviti. ni boleh menyebabkan luka bertambah besar dan parah. Tutup luka anda dengan kain kassa yang steril.
5. Makan Antibiotik
Antibiotik membantu mencegah bakteria yang menyebabkan jangkitan daripada dalam tubuh anda. Minta nasihat daripada doktor untuk menedapatkan jenis dan dos antibiotik dengan tepat.
6. Jumpa Doktor Jika Luka Masih Tidak Sembuh
Jika darah terus mengalir dari luka, luka bernanah terasa sangat sakit, luka bengkak lebih dari 5 hari, dan luka bernanah meninggalkan bau yang tidak sedap, maka segeralah berjumpa doktor. Doktor akan memeriksa luka anda dengan lebih teliti, dan menyesyorkan ujian darah atau ujian allergik untuk mengetahui punca luka anda sukar untuk sembuh.
Cara Merawat Luka Bernanah Supaya Cepat Kering
Di antara alternatif yang boleh diambil oleh pesakit yang mengalami luka bernanah untuk bantu sembuhkan luka ialah dengan mengambil supplemen yang sihat untuk membantu proses penyembuhan luka dengan cepat supaya ianya tidak terus bernanah.
1. Vitamin C Sustained Release Shaklee
Mempercepatkan proses penyembuhan luka. Meningkatkan sistem imun tubuh, mengawal, dan mengekalkan paras gula rendah dalam darah.
2. Garlic Complex
Bawang putih mengandungi kadar karbohidrat yg tinggi, sedikit protein, serat dan sedikit lemak.Ia juga mengandungi byk vitamin dan bahan galian yg penting utk kesihatan terutamanya vit c, zat besi dn potassium. Kajian juga menunjukkan org yg mengambil 10ulas bawang putih selama sebulan boleh menambahkn bhn anti-beku dlm darah.
Garlic Complex merupakan antibotik semulajadi untuk membantu kurangkan risiko jangkitan bakteria pada luka.
DAPATKAN SUPPLEMEN NUTRISI SHAKLEE DI SINI
Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.
ATAU
HUBUNGI KAMI
Dan penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.