Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Pulmonary Embolism, Pembunuh Senyap Wanita Dalam Pantang

Posted on January 25, 2018 by admin
 pulmonary embolism

Apa Maksud Pulmonary Embolism?

Penyakit pulmonary embolism adalah keadaan di mana terdapat darah beku di paru-paru dan sering terjadi selepas bersalin. Penyakit pulmonary embolism ini menjadi punca utama yang menyebabkan kematian sama ada pada ibu mengandung atau ibu yang sedang dalam tempoh berpantang sehingga 6 minggu selepas bersalin.

 rawatan pulmonary embolism

Pulmonary embolism menjadi punca utama yang menyumbang kepada statistik kadar kematian ibu mengandung atau dalam pantang selain daripada kejadian tumpah darah dan penyakit darah tinggi. Oleh itu, setiap wanita yang sedang mengandung dan sedang menjalani fasa berpantang haruslah peka dengan tanda-tanda awal dan perubahan yang berlaku pada diri masing-masing, supaya jika dikesan awal, langkah pencegahan dapat diambil sebelum keadaan menjadi parah dan berakhir dengan kematian. Kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital.

Punca Salur Darah Tersumbat

Darah wanita yang sedang mengalami fasa mengandung adalah lebih pekat daripada kebiasaan. Bayi yang membesar dalam perut juga akan menghimpit saluran darah utama dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah menjadi kurang lancar. Kebiasaannya, salur darah akan mula tersumbat di bahagian kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan banyak di kaki, ia akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis. Pesakit akan mengalami masalah bengkak kaki dan sakit pada bahagian betis semasa berjalan. Jika tiada rawatan awal, saluran darah pada bahagian kaki boleh pecah secara tiba-tiba dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku dipanggil pulmonary embolism. Ada juga kes yang darah beku itu datangnya daripada jantung, kerana pesakit sudah mempunyai masalah jantung.

Golongan Berisiko Mendapat Pulmonary Embolism

Semua wanita yang mengandung dan dalam tempoh berpantang terdedah untuk mendapat pulmonary embolism kerana kelikatan darah yang pekat daripada biasa. Namun, risiko untuk mendapat pulmonary embolism lebih tinggi jika anda mempunyai ciri-ciri berikut:

✔ Berumur lebih daripada 35 tahun.

✔ Mempunyai anak lebih dari 2 orang.

✔ Tidak bergerak atau lumpuh lebih dari 3 hari.

✔ Berat badan melebihi 80 kg dan BMI lebih 30.

✔ Menaiki kapal terbang lebih 4 jam.

✔ Dehidrasi.

✔ Pernah ada sejarah penyakit darah beku pada kandungan terdahulu.

✔ Tumpah darah semasa bersalin (lebih dari 1 L)

✔ Ada menjalani apa-apa pembedahan semasa mengandung atau semasa berpantang.

✔ Kandungan kembar.

✔ Penyakit pre-ecklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing keluarkan protein).

Tanda-Tanda Awal Penyakit Pulmonary Embolism

✔ Kaki bengkak dan rasa sakit pada betis sebelah kaki sahaja.

✔ Sukar untuk bernafas.

✔ Sakit dada.

✔ Batuk berdarah.

✔ Nadi menjadi laju.

Sekiranya anda mengalami simptom sebegini, dapatkan pemeriksaan segera di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan memeriksa keadaan anda untuk melihat sama ada anda berisiko tinggi untuk mendapat pulmonary embolism atau tidak.

Jika anda tergolong dalam golongan berisiko, langkah-langkah pencegahan haruslah diambil serta-merta sebelum keadaan mula memburuk.

✔ Minum air dengan banyak untuk elakkan dehidrasi.

✔ Aktif berjalan dan bergerak.

✔ Memakai thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin untuk cegah pembentukan darah beku) ketika tidur waktu malam atau menaiki penerbangan.

✔ Ubat Pulmonary Embolism tiada ubat khusus. Namun, biasanya ubat suntik cair darah akan diberikan. Suntikan akan diberikan semasa mengandung dan selepas bersalin untuk tempoh tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk cegah pembentukan darah beku dalam salur darah.

Pencegahan lebih baik daripada penyelesaian.

Pemakanan Yang Boleh Bantu Kurangkan Risiko Darah Beku

Untuk ibu yang berisiko tinggi, doktor akan memberikan aspirin sepanjang mengandung dalam dos yang rendah. Aspirin adalah ubat cair darah yang mengandungi acid salicylates yang dipercayai boleh mencairkan darah.

Antara tumbuhan  yang mengandungi salicylates ialah:

Pemakanan Yang Mungkin Boleh Bantu Cegah Darah Beku

Biasanya, untuk ibu yang berisiko tinggi, doktor akan bagi aspirin sepanjang mengandung, selalunya dalam dos yang rendah. Aspirin adalah ubat cair darah yang mengandungi salicylate. Salicylate ni lah yang dipercayai boleh mencairkan darah. Salicylate ni sebenarnya didapati daripada tumbuhan.
Antara tumbuhan yang mengandungi salicylate ialah:
  • Aprikot, oren, blackberry, nanas, blackcurrrant, plum, blueberry, prun, raspberry, strawberry, anggur.
  • Herba dan rempah termasuklah kari, paprika, kunyit, halia, peppermint, gingko.
Makanan yang kaya dengan vitamin E dan asid lemak omega-3 kerana kedua-duanya bersifat mencairkan darah. Makanan lain yang boleh mengurangkan darah beku termasuklah makan yang kaya dengan vitamin C.
Saya sangat menggalakkan ibu mengandung untuk amalkan set mengandung Shaklee, yang boleh diambalkan lepas bersalin dan sangat sesuai untuk berikan nutrisi yang lengkap untuk ibu dan juga bayi. Vitamin Shaklee ini terbukti selamat dan dapat meningkatkan kualiti kesihatan, dan tidak merosakkan organ serta hati. 

Untuk maklumat lanjut Set Postnatal/ Set Bersalin Shaklee ini, boleh hubungi saya hari ini!



DAPATKAN HARI INI SET BERPANTANG YANG AWESOME INI!

    Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.

ATAU

HUBUNGI KAMI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Review Lawatan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak May 10, 2020
  • Tips Travel Dengan Anak-Anak May 8, 2020
  • Pakaian Baby Musim Sejuk May 8, 2020
  • Pengalaman Di Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands May 8, 2020
  • Homestay Best Di Temerloh, Kampungstay Desa Murni Temerloh May 8, 2020
  • Book Xcess Ipoh Perak, Dari Bank Ke Kedai Buku May 8, 2020
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« May    
©2023 | Design by Superb