Tahukah anda apakah itu penyakit Sistemik Lupus Eritemotosus (SLE)? Penyakit SLE atau lebih dikenali sebagai lupus ini adalah penyakit kronik autoimmune di mana antibodi pesakit SLE bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Keadaan ini menyebabkan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, buah pinggang, sendi, paru-paru, saraf atau organ lain terjejas.
Antara simptom yang biasa dialami oleh pesakit SLE ialah radang pada kulit dan sakit-sakit pada sendi (arthritis). Ia seringkali diiringi dengan rasa letih dan demam.
Ubat Untuk Penyakit SLE
Merawat dan rawatan untuk penyakit SLE merupakan satu cabaram kerana ia bergantung kepada simptom dan tahap penyakit SLE yang dihadapi. Kita dapat lihat pesakit SLE di pelbagai klinik kerana simptom yang dihadapi berbeza-beza. Untuk menentukan rawatan yang terbaik untuk penyakit SLE ini, pakar-pakar daripada pelbagai disiplin harus bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE daripada terus meneruk dan mengawal komplikasi dan membantu menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.
Antara ubat yang digunakan untuk mengawal simptoms penyakit SLE ialah:
a) NSAIDS
Bagi pesakit SLE yang mengalami sakit sendi, otot dan demam, ubat yang membantu mengurangkan keradangan biasa digunakan seperti nonsteroidal anti-inflammatory (NSAIDs). NSAIDs boleh memberikan kesan sampingoan seperti sakit perut, pedih ulu hatim cirit-birit dan pembengkakan pada kaki.
b) Hydroxychloroquine
Ubat anti malaria yang kebiasaannya digunakan untuk merawat malaria didapati amat berkesan untuk merawat SLE. Hydroxychloroquine boleh diberi secara individu atau digabungkan juga dengan ubat lain. Ia biasa digunakan untuk merawat keletihan, sakit sendi, sakit kulit, dan keradangan paru-paru. Kajian klinikal mendapati penggunaan berterusan hydrochloroquine boleh menghalang penyakit SLE dari berulang.
Kesan sampingan ialah sakit perut dan kerosakan pada retina walaupun sangat jarang berlaku.
c) Kortikosteroid
Penggunaan ubat kortekosteroid merupakan rawatan utama untuk SLE. Jenis kortikosteroid yang utama dan biasa digunakan ialah prednisolone. Kortikosteroid boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan, dalam bentuk krim yang disapu pada kulit, atau boleh diberi juga melalui kaedah suntikan. Memandangkan tindakan dan reaksi kortekosteroid yang agak kuat dan ketara, penggunaan dalam dos yang rendah adalah diamalkan untuk keberkesanan rawatan.
Kesan sampingan yang sering berlaku dalam jangka masa pendek ialah mendapat bengkak pada bahagian muka, pertambahan selera makan, serta penambahan berat badan. Kesan sampingan ini akan hilang apabila pengambilan ubat ini dihentikan. Namun begitu, pemberhentian pengambilan kortikosteroid secara tiba-tiba adalah merbahaya. Oleh itu doktor akan mengurangkan dos kortekosteroid secara sedikit demi sedikit hinggalah ianya boleh diberhentikan dengan selamat. Kerjasama di antara doktor dan pesakit amatlah penting bagi mengelakkan salah faham tentang cara pemberhentian ubat ini.
Kesan sampingan jangka panjang kortikosteroid pula ialah tulang menjadi rapuh (osteoporosis), tekanan darah tinggi, paras kolesterol menjadi tinggi, paras gula dalam darah menjadi tinggi (diabetes), kerosakkan pada salur arteri, mudah mendapat jangkitan bakteria dan virus, dan katarak. Semakin tinggi dos dan semakin lama tempoh kortikosteroid diambil, maka lebih teruklah kesan sampingan yang akan dialami. Doktor akan cuba mengurangkan pengambilannya dengan menggabungkan bersama ubatan yang lain yang kurang kesan sampingan, dan apabila SLE dapat dikawal, dos kortikosteroid akan dikurangkan secara berperingkat. Bagi mengurangkan risiko osteoporosis, pesakit akan diberi ubatan tambahan seperti kalsium, vitamin D, dan lain-lain lagi.
d) Immunosuppresif
Untuk pesakit SLE yang sudah terjejas saraf dan buah pinggang, sejenis ubat yang dipanggil immunosuppresif mungkin digunakan. Jenis-jenis immunosuppresif, seperti Cyclophosphamide (Cytoxan) dan mycophenolate mofetil (CellCept), bertindak menghalang sistem imun yang terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi. Immunosuppresif boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan atau secara infusi (drip).
Kesan sampingan pengambilan ubat immunosuppresif ialah loya, muntah, gugur rambut, masalah pundi kencing, kurang kesuburan, risiko untuk mendapat kanser, serta senang mendapat jangkitan. Kesan sampingan akan menjadi lebih teruk jika penggunaan ubat ini dilanjutkan dalam masa yang lama. Seperti juga penggunaan ubatan SLE yang lain, jika ubatan immunosuprresif ini diberhentikan, kemungkinan serangan SLE akan berulang kembali.
Kerjasama yang rapat antara doktor dan pesakit sangat penting untuk memastikan rawatan yang diterima akan memberi kesan yang baik. Pesakit perlu memberitahu doktor dengan segera sekiranya terdapat simptom baru untuk mengesan sebarang kesan sampingan yang memudaratkan. Satu perkara yang perlu diingatkan ialah pesakit tidak boleh menukar ubat dan memberhentikan ubat secara spontan tanpa berbincang dengan doktor mereka terlebih dahulu.
Supplemen VIVIX Untuk Pesakit SLE
Vivix Shaklee merupakan supplement terbaik yang boleh diamalkan oleh pesakit SLE. Selain ubat yang disyorkan oleh doktor, pengambilan supplemen terbaik seperti VIVIX dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatan pesakit SLE menjadi lebih baik. VIVIX dapat membantu memperbaiki kesihatan secara menyeluruh dan membantu membaiki kerosakan sel dan DNA.
Kualiti Kesihatan Pesakit SLE Semakin Baik Selepas Amalkan VIVIX
TESTIMONI 1
TESTIMONI 2
TESTIMONI 3
Bagi yang berminat untuk mendapatkan VIVIX ini,
boleh terus hubungi saya
whatapps INTAN 013-5241628
atau
Bagi yang access blog ini melalui handphone, boleh terus klik di sini www.wasap.my/60135241628
Fb: Intan Farhana Sharifudin
ATAU
Anda boleh terus order online melalui website Shaklee: