Menu
  • Utama
  • Hubungi Saya
  • About UmmiCenter.Com
  • Disclaimer
Menu

Petua Atasi Sakit Urat Belikat Dengan Berkesan

Posted on December 14, 2017November 28, 2018 by admin

Sakit Urat Belikat – Sakit urat belikat dan bahu sering dialami oleh orang dewasa dan ramai yang mengadu ianya berpunca daripada masalah salah tidur, salah urat, mengangkat barang berat, melakukan aktiviti tangan dengan berlebihan dan macam-macam lagi. Sebenarnya, masalah sakit urat belikat ini disebabkan oleh saraf di bahagian tertentu yang terganggu. Kebiasaannya, apabila sakit di bahagian belikat dan bahu ini, aktiviti mengangkat tangan, menyikat rambut, memakai baju juga terasa sakit dan susah. Malah, sepanjang hari, mood menjadi tidak elok, kerana rasa sakit yang mengganggu di bahagian belikat dan bahu.

 

 sakit urat belikat

Saya suatu ketika dahulu, sering mengalami masalah urat belikat sering sakit. Ianya berlaku terutamanya selepas bangun daripada tidur. Kadang-kadang, tidak semena-mena sedang membuat kerja, tiba-tiba sahaja berasa sakit belikat belakang sebelah kiri mahupun kanan. Ianya kemudian merebak ke bahagian bahu. Sakit urat belikat dan bahu ini berlarutan paling lama hingga 2-3 hari. Kemudian, ianya akan datang semula tidak kira waktu. Apabila sakit datang, sudah tentu, banyak aktiviti dan kerja-kerja tergendala kerana kita lebih fokus pada rasa sakit. Jenuh sudah saya cuba mengurut di bahagian belakang belikat dengan harapan sakit belikat berlalu, namun, ia tetap memakan masa untuk sembuh kembali. Saya tidak tahu apa puncanya. Yang boleh saya buat untuk mencegahnya ialah dengan berhati-hati dan berjaga-jaga dalam menentukan posisi tidur. Jika sakit, saya akan mengambil panadol atau ubat tahan sakit untuk mengurangkan rasa sakit.

Punca Sakit Urat Belikat

Sakit urat belikat atau dikenali sebagai scapulocostal syndrome adalah sejenis penyakit berkaitan otot dan sendi. Ia seringkali melibatkan kawasan bahagian tulang belikat dan bahagian belakang bahu dan boleh merebak ke bahagian tengkuk.
Antara punca yang menyumbang kepada sakit urat belikat ialah:
1. Postur yang tidak betul. Ini adalah punca kesakitan yang paling kerap. Jadi, anda perlu mengubah cara kerja bagi menghalang kecederaan daripada berulang.
2. Disebabkan penyakit pada tulang tengkuk, kecederaan pada bahu, abnormaliti pada tulang skapula atau rusuk.
3. Masalah saraf di kawasan belikat.
4. Pesakit yang mempunyai otot yang lemah pada kawasan belikat contohnya pesakit strok.
5. Sakit urat belikat boleh menjadi petanda anda menghidap penyakit kronik yang lain.

Rawatan Sakit Urat Belikat

Rawatan adalah bergantung pada diagnosis penyakit yang menjadi punca kesakitan.
1. Melibatkan modifikasi aktiviti, fisioterapi dan ubat penahan sakit seperti ubat antiradang (NSAIDS). Dalam kebanyakan kes, kaedah ini dapat mengurangkan kesakitan yang dialami oleh pesakit. 
2. Suntikan pada bahagian medial tulang skapula melibatkan ubat bius seperti Lignocaine yang dicampur dengan steroid seperti Bethamethasone dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan radang yang menjadi punca kesakitan.
3. Suntikan diberi ke dalam selaput busa yang berada antara otot tulang skapula yang dipercayai menjadi punca kesakitan. Ini adalah kaedah sementara namun punca asal penyakit haruslah dirawat secara spesifik.
4. Pembedahan adalah perlu jika punca penyakit gagal dirawat menggunakan kaedah-kaedah di atas.
Contohnya, jika punca kesakitan adalah disebabkan oleh koyakan pada otot rotator pada sendi bahu, maka koyakan tersebut perlulah dijahit semula secara pembedahan. Ini adalah penting untuk mencegah kesakitan itu berulang.
5. Mengambil supplemen yang sesuai untuk kesihatan saraf dan tulang. 

Sakit Urat Belikat Yang Saya Alami Tiada Lagi!

 

Berbalik kepada cerita saya di atas, saya adalah antara pesakit sakit urat belikat yang agak teruk. Ianya menyerang beberapa kali dalam masa sebulan dan ianya sangat mengganggu aktiviti seharian saya. Setiap kali sakit, saya perlu mengambil ubat tahan sakit dan kerana masih menyusukan anak, saya bertukar kepada panadol sahaja. Dr yang saya jumpa juga menyarankan untuk saya jaga posisi tidur dan tidak membuat aktiviti tangan yang berlebihan, untuk mengelakkan sakit urat belikat menyerang lagi. Namun, tanpa sebab musabab, sakit urat belikat memang akan datang juga walaupun saya sudah mengambil langkah berjaga-jaga.
Saya melakukan banyak lagi pembacaan dan menemui yang B-Complex adalah supplemen  yang bagus untuk saraf.Jadi, saya ikhtiar konsisten mengambil B-Complex untuk kesihatan saraf, dan juga Ostematrix untuk kesihatan tulang dan otot. Saya juga ada mengambil Omega Guard untuk kurangkan keradangan pada saraf dan membantu kurangkan sakit. Dan amazingly, biiznillah, sakit urat belikat saya tidak pernah datang lagi hingga hari ini. Ianya sudah masuk 1 tahun sakit urat belikat tidak  menyerang saya. Saya yakin, kerana saya ini seorang picky eaters mungkin zat yang saya terima daripada sumber makanan tidak mencukupi dan memerlukan supplemen luar untuk membantu masalah saya.
Anda juga mengalami sakit urat belikat?
Jangan biarkan masalah sakit urat belikat menghantui kehidupan anda lagi!
 
Beli dari kami untuk mendapatkan konsultasi cara makan yang tepat dan tips-tips berguna.

 

ATAU

HUBUNGI KAMI

Klik image untuk terus whatapps
Penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.
 
Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628
 

 

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

 

 
 

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Recent Post

  • Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah? March 27, 2023
  • Bolehkah Perjanjian Pinjaman Rumah Bersama Dihibahkan? March 27, 2023
  • Hibah Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank March 27, 2023
  • Hibah Rumah Yang Masih Belum Habis Bayar March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar? March 27, 2023
  • Bolehkah Hibah Rumah Dibatalkan? March 27, 2023
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« May    
©2023 | Design by Superb