Anemia Pada Kanak-Kanak– Kekurangan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah dikenali sebagai anemia. Anemia boleh terjadi apabila penghasilan sel-sel darah merah menjadi berkurang, atau termusnah dengan kadar yang cepat daripada biasa. Zat besi adalah komponen utama untuk memastikan hemoglobin (Hb) berada di paras normal kerana tubuh manusia memerlukan zat besi untuk membuat hemoglobin. Jika badan kekurangan zat besi dalam darah, badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup. Sel darah merah yang mengandungi hemoglobin ini berperanan dalam mengangkut oksigen ke tisu. Hemoglobin yang rendah menyebabkan oksigen tidak dapat diangkut ke tisu dan organ dengan baik.

Di Malaysia, kajian menunjukkan peratusan tinggi kanak-kanak negara ini mengalami kekurangan zat besi. Masalah ini biasanya diwarisi sejak bayi atau daripada ibu yang turut mengalami masalah kekurangan zat besi. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengalami masalah anemia ini boleh menjejaskan tumbesaran jika tidak diberikan rawatan segera. Antara masalah yang terhasil kerana anemia ialah berkaitan dengan koordinasi, daya ingatan, pembelajaran dan kemudiannya akan menjejaskan mutu pelajar dan potensi bakat dalam hidup.
Tanda-Tanda Anemia Pada Kanak-Kanak
Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti di bawah, segeralah untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital, kemungkinan anak anda menghidap anemia.
1. Selalu nampak letih, lemah dan tidak bersemangat.
2. Kurang selera makan.
3. Tidak aktif seperti kanak-kanak yang lain.
4. Tidak dapat menumpukan perhatian semasa belajar.
5. Kadar denyutan jantung yang tinggi.
6. Sukar untuk bernafas terutama apabila melakukan aktiviti lasak.
7. Nampak pucat terutama di bahagian tapak kaki dan tangan juga pada bahagian kelopak mata.
8. Bengkak pada hati dan limpa.
9. Lemah sistem imun badan- kerap demam dan sakit.
Punca Anemia Di Kalangan Kanak-Kanak
1) Bayi dari 0 – 6 bulan: Penyebab utama anemia pada bayi adalah bilamana terjadi kelahiran bayi pramatang atau bayi yang beratnya rendah (kurang dari 2.5 kg)
2) Bayi 6 – 12 bulan: pada usia 6 hingga 9 bulan, bayi kerap mengalami anemia kerana kekurangan zat besi. Ini disebabkan pertukaran pemakanan dari susu kepada makanan pejal. Berikutan itu cara pemakanan yang salah kerap berlaku dan menyebabkan kekurangan zat besi. Pada masa ini juga perkembangan psikomotor berlaku dengan cepat. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan masalah perkembangan psikomotor. Jadi, ibu-ibu pastikan anak anda dapat makanan kaya zat besi dalam tempoh 6-12 bulan ini.
3) Kanak-kanak lebih dari satu tahun dan prasekolah – Masalah pemakanan yang boleh menyebabkan kekurangan zat besi adalah penyusuan susu ibu secara eksklusif (lambat berhenti susu) dan lambat memberi makanan pejal.
4) Remaja – Pada waktu ini, kadar pertumbuhan adalah paling pesat dan tinggi. Masalah pemakanan dan permulaan haid bagi remaja perempuan adalah punca kekurangan zat besi.
Punca Anemia Secara Umum
1) Kekurangan zat besi dalam diet adalah peyebab utama anemia. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah seperti buah-buahan, sayuran hijau, kuning telur dan makanan yang kaya dengan zat besi.
2) Kekurangan asid folik dan Vitamin B12 juga boleh menyebabkan anemia.
3) Peyakit seperti Thalasemia (sama ada Thalasemia major/minor atau pembawa) juga boleh menyebabkan anemia. Kita perlu mengetahui sejarah keluarga jika terdapat keluarga kita yang menghidap Thalasemia kerana ia adalah peyakit genetik.
4) Kekurangan enzim G-6PD juga boleh meyebabkan anemia jika kanak-kanak tersebut terdedah kepada bahan2 yang boleh meyebabkan sel-sel darah merah pecah seperti kacang parang dan sesetengah ubat. Ujian G-6PD ini dilakukan semasa bayi lahir dan akan beritahu kepada ibu bapa jika anak mereka kurang enzim tersebut.
Rawatan Anemia Pada Kanak-Kanak
Jika Hb kanak-kanak yang terlibat menjadi terlalu rendah iaitu di bawah 6g/dL dan mempunyai tanda-tanda seperti susah bernafas, denyutan jantung laju, kelihatan terlalu lemah, maka pemindahan darah perlu dilakukan segera untuk menstabilkan keadaan kanak-kanak tersebut. Rawatan selanjutnya adalah bergantung kepada sebab anemia. Jika kekurangan zat besi, rawatan dengan supplemen zat besi akan membantu menaikkan Hb pada kanak-kanak.
Ikhtiar Rawatan Alternatif Dengan Nutrisi Untuk Penyakit Anemia Pada Kanak-Kanak
1. B-Complex
B-Complex terdiri daripada gabungan vitamin larut air. Setiap komponen dalam vitamin B-Compleex memiliki fungsi khas untuk membantu meningkatkan fungsi pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Dengan kehadiran folic acid, ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.
2. Meal Shake
Meal shake merupakan minuman multivitamin berperisa vanilla. Ianya mengandungi 24 jenis vitamin A-Z termasuk mineral zat besi yang membantu menaikkan selera makan anak. Kanak-kanak anemia akan kehilangan selera makan. Oleh sebab itu, meal shakes sangat baik untuk pesakit anemia untuk memastikan tubuh dapat cukup nutrien.

DAPATKAN HARI INI!
Anemia pada kanak-kanak boleh menyebabkan masalah tumbesaran pada anak termasuk masalah dalam pembelajaran. JANGAN TUNGGU LAGI! Rawat anemia anak anda sebelum parah..
Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.
ATAU
HUBUNGI KAMI