Cara Hilangkan Protein Dalam Air Kencing– Menjadi sesuatu yang normal apabila terdapat kehadiran sedikit protein dalam air kencing kita. Namun, jika protein dikesan berlebihan dalam air kencing, ia dipanggil sebagai proteinuria (iaitu protein dalam urin) dan seringkali ia menjadi petanda awal kepada sakit buah pinggang.
Ini adalah kerana fungsi utama buah pinggang adalah untuk menapis darah dan buah pinggang yang sihat dan berfungsi dengan baik akan mengekalkan molekul dan komponen penting dalam aliran darah seperti protein. Namun, jika didapati kandungan protein berlebihan dalam air kencing, ini merupakan indikasi yang buah pinggang tidak lagi berupaya menapis protein dengan baik.
Namun adakalanya, kes protein dalam air kencing juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain. Disarankan untuk yang mengalami protein berlebihan dalam air kencing untuk mengubah diet seharian untuk mencegah daripada kerosakan buah pinggang yang lebih teruk dan komplikasi penyakit lain.
Punca Protein Dalam Air Kencing
Tahukah golongan berisiko untuk mengalami masalah protein berlebihan dalam air kencing adalah pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Ini kerana kedua-dua jenis penyakit ini boleh menyebabkan masalah kerosakan buah pinggang seterusnya membawa kepada protein dalam air kencing. Jadi, pesakit diabetes dan darah tinggi harus memperhatikan masalah ini dengan lebih serius.
Antara punca protein berlebihan dalam air kencing termasuklah:
✔ Jangkitan air kencing atau jangkitan pada buah pinggang.
✔ Ubat-ubatan seperti NSAID.
✔ Masalah buah pinggang termasuk buah pinggang kronik, glomerulonephritis dan nephrotic syndrome.
✔ Amyloidosis (badan hasilkan jumlah protein berlebihan).
✔ Toksin banyak dalam badan.
✔ Toksin
✔ Pra-eklampsia.
Namun, ada kalanya, peningkatan protein dalam air kencing berlaku hanya sementara disebabkan oleh masalah emosi, tekanan, dehidrasi dan melakukan senaman berat.
Cara Hilangkan Protein Dalam Air Kencing
Masalah protein berlebihan dalam air kencing boleh dirawat dengan mengenalpasti punca sebenar masalah tersebut. Jika ianya berpunca daripada buah pinggang, rawatan perubatan tertentu diperlukan dan menjadi keutamaan. Jangan biarkan penyakit buah pinggang anda tidak dirawat kerana ia boleh mengundang kepada kegagalan buah pinggang yang lebih serius. Bagi yang mengalami masalah protein berlebihan kerana darah tinggi dan diabetes, sangat penting untuk anda mengawal dan mendapatkan rawatan yang betul untuk mencegah kerosakan buah pinggang. Bagi kes protein dalam air kencing yang bersifat sementara, biasanya tiada rawatan diperlukan.
Di sini, saya ingin kongsikan beberapa cara alternatif untuk menghilangkan/ mengurangkan protein dalam air kencing dengan menggunakan pendekatan menjaga pemakanan.
1. Amalkan Protein Soya
2. Elakkan Pengambilan Garam
3. Kawal Gula Dalam Darah
4. Amalkan Minyak Ikan Kaya Omega-3
Menurut beberapa kajian, kesan anti-keradangan dari asid lemak omega-3 yang terdapat di dalam minyak ikan dipercayai dapat memberikan manfaat untuk kesihatan buah pinggang. Minyak ikan juga dipercayai boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Jadi, pengambilan minyak ikan dalam diet sehari-hari boleh beri manfaat kepada mereka yang mengalami masalah protein dalam air kencing. Dicadangkan untuk anda mengamalkan supplemen Omega Guard yang kaya dengan asid lemak Omega-3.
5. Polifenol Membantu Kurangkan Protein Dalam Air Kencing
Feedback Pengguna VIVIX